Bento : 20 gambar, 20 menu, 20 hari, untuk 3 perut comel

Apa itu Bento? 

Ini yang maksu ambil dari wikipedia : 
"Bento is a single-portion takeout or home-packed meal common in Japanese cuisine. A traditional bento holds rice, fish or meat, with pickled or cooked vegetables, usually in a box-shaped container"

Bento adalah berasal dari perkataan Jepun merujuk kepada bekal makanan. Biasanya bento ni di hias cantik dan comel untuk bekal anak-anak ke sekolah. Bento maksu pulak biasa-biasa saja. Tidaklah dihias secantik seperti gambar di bawah ini. Konsep bento maksu asal muat, asal habis makan dan  asal balanced diet. Nak hias cantik-cantik tak cukup masa nak belek satu-satu. 

Gambar ihsan google. Macam ni kalau nak hias untuk 3 bekal, maksu kena bangun pukul 3 pagi nak siapkan bekal sekolah. Nak makan pun tak gamak sebab comel sangat!





Tidak seperti sekolah-sekolah di Malaysia yang ada kantin, International School di Doha ni tidak menyediakan khidmat kantin. Setiap hari anak-anak kena bawak bekal sendiri. Konsepnya...homemade food is the best food for children. Sekolah pun  tak perlu pening-pening nak jaga makanan pelajar-pelajarnya yang datang dari bermacam-macam negara. Boleh fokus tentang akademik saja. Anak-anak pun dapat makan dari air tangan ibu setiap hari yang lebih berkhasiat dan lebih jimat. 


Duit belanja pun tak payah bawak. Kalau bawak pun nak beli apa? Koop a.k.a koperasi / kedai pun tak dak. Makanya setiap hari memang kena bawak bekal secukupnya. Kalau ada cocuriculum di petang nya tu, kenalah bawak bekal yang berat-berat sikit sebab nak cover perut sampai asar. 

Sekolah juga ada menetapkan jenis-jenis makanan  yang dibekalkan. Tak boleh makanan yang bercoklat, tak boleh junk food. Keropok, nugget, sosej, gula-gula, keropok memang tidak di benarkan sebenarnya. Kadang-kadang cikgu belek juga student bawak bekal apa. Kalau tak menepati piawaian, sekolah akan telefon parents. Bekal makanan kena seimbang. Kena ada protein..carbohydrates. ..fruits...vegetables...

Bila hari-hari dapat sediakan bento ni, maksu rasa sangat puas dan happy. Lagi-lagi bila anak-anak bawak balik bento yang kosong. Makan sampai habis. Disebabkan inilah...maksu simpan gambar-gambar bekal ini kerana rasa sangat bernilai  dengan effort yang telah maksu curahkan. Ceee waaahh...

Sebelum maksu tunjuk bento-bento maksu, ...nak tahu tips dan teknik muhasabah diri supaya kita kekal positif macam maksu yang hari-hari excited bangun awal pagi sebab nak buat bento yang best untuk anak-anak? Jom maksu belanja satu video menarik ini dari Master Lyna Noh untuk pembaca-pembaca semua. 


Cara Muhasabah Diri Agar Kekal Positif from iReach HD on Vimeo.


Inilah dia 20 gambar, 20 menu, 20 hari untuk 3 perut comel...hihihi...3 orang anak-anak maksu berumur 11, 9 dan 5 tahun. Semoga bermanfaat dan memberi idea kepada ibu-ibu di luar sana ketika menyediakan bento untuk anak-anak. 

Bento#1 : Cucuq udang, roti sekaya, buah oren & grapes, muffin



Bento#2 :Roti sandwich tuna, waffle sekaya/jem, buah oren, kekacang/raisins

Bento#3 :Roti canai cicah susu pekat, potato fries, buah oren & premagonate, biskut butter

Bento#4 :Mee telur goreng putih with brocoli, roti jem strawberry, buah oren & grapes, cupcake / kek gula hangus.

Bento#5 :Mini pizza, buah oren, potato fries, muffin

Bento#6 :cucuq bawang, jagung rebus, cupcake / kek gula hangus, buah oren & grapes

Bento#7 :ketayap inti sekaya, crossaint tuna / cheese, buah strawberry, muffin

Bento#8 :Spagetti chicken carbonara, muffin, roti jem strawberry, buah oren&strawberry&grapes

Bento#9 :Bihun goreng, roti telur / french toast, muffin, grapes



Bento#10 :Nasi minyak kicap ayam goreng, roti bakar sekaya, pulut sekaya, buah pisang dan oren
Bento#11 :Bihun goreng, roti tuna & cheese, muffin / kek gula hangus, buah epal&strawberry&grapes

Bento#12 :Nugget, potato fries, crossaint with cheese, buah epal & grapes, cekodok pisang

Bento#13 :Roti jala kuah kari ayam, roti jem/crosssaint, nasi goreng kampung, buah epal / grapes

Bento#14 :Pasta bolognese, buah epal & grapes, pisang goreng, buah melaka

Bento#15 :Maggie goreng kosong, roti jem & butter, karipap, buah oren / grapes

Bento#16 :Nasi impit kuah kacang, crossaint butter, cekodok pisang, buah epal&grapes

Bento#17 :Nugget, cucuq udang, muffin, buah epal & grapes.

Bento#18 :Roti telur, crossaint, grapes & strawberry, muffin

Bento#19 :Mee goreng, homemade nugget, muffin coklat, buah epal & oren

Bento#10 :Roti kawin (roti bakar inti sekaya dan butter), karipap, grapes, kekacang / raisins.

Alhamdulillah, demikianlah 20 menu bento maksu yang tak seberapa ini. Kebanyakkannya maksu repeat aje menu sebab yang tu je anak-anak suka makan. From time to time Maksu akan cuba variasikan menu bento ni. InsyaAllah.. 

Akhir kata, ingat slogan maksu "Bento, asal muat, asal makan, asal balanced diet"

Sekian sahaja untuk entry kali ini. Semoga bermanfaat dan happy bentoing!

1 comment:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...