Cerita Maksu Jalan-Jalan Istanbul Day 1


Wah wah…teruja maksu nak story mory maksu jalan-jalan Istanbul waktu winter lepas dengan family maksu kat reader maksu semua. Jalan-jalan kali ni maksu bawak mak maksu jugak. So kami 7 orang semuanya. Maksu, paksu, anak-anak 4 orang (11, 9, 5 dan 2 tahun) dan mak maksu yang berumur 71 tahun. Pada mulanya maksu bercadang untuk pergi sendiri-sendiri saja tanpa perlu guide, tapi memandangkan mak maksu yang agak uzur dan memerlukan kerusi roda, maka maksu menggunakan khidmat agensi untuk membawa kami jalan-jalan Istanbul.

Aturan Allah Maha Hebat, lepas contact agensi tu, secara kebetulan ada beberapa family dari Doha pun nak ke Istanbul pada waktu yang sama. So, seronok sangatlah maksu sebab ada geng. 5 family semuanya dalam trip ni. Lepas dah confirm nak join trip tu, maksu pun buat booking untuk kapal terbang. Untuk bajet, maksu menggunakan airline Pegasus. Yang lain semua mahal! Maklumlah maksu 7 orang tuuuu…fuhh…koyak poket. Tapi takpalah sebab memang bercadang nak bawak mak jalan-jalan pun.

Trip ke Istanbul ni maksu amik package 8 hari 7 malam which covers Istanbul, Edirne dan Bursa. Untuk entry kali ni, maksu cerita pengalaman maksu pada hari pertama dulu ya…hehehe..

Maksu bertolak dari Doha pada 29Jan2015. Waktu penerbangan adalah pada pukul 3 pagi 30Jan2015! Mencabar jugak nak mengangkut anak-anak dan mak yang uzur waktu waktu awal pagi macam ni. Tapi dengan perancangan yang rapi, dan bantuan Allah Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Pada mulanya maksu bercadang nak sewa sahaja kerusi roda di Istanbul, tapi  memandangkan kos yang mungkin agak mahal, maka maksu bawak saja kerusi roda dari Doha.

Penerbangan Doha-Istanbul mengambil masa lebih kurang 3-4 jam. Sampai-sampai di Istanbul lebih kurang jam pukul 9 pagi macam tu, kami terus di bawa berjalan-jalan sekitar Sultanahmet melawat Masjid Biru, Hagia Sophia, Balisica Cistern, Topkapi Palace dan Hipodrome. Berjalan-jalan di sekitar ini dari pagi sampai petang dengan membawa 4 orang anak-anak comel dengan stroller, mak dengan kerusi roda dan suhu below 10deg, memang menduga iman dan kecekalan fizikal. Tahu-tahulah satlagi sorang nak kencing, sorang nak berak, sorang lapar, sorang mengantuk hehehe…apa-apa pun Alhamdulillah, a’la kulli hal. Allah banyak membantu memudahkan urusan kami anak beranak vacation kali nih. Ahli-ahli rombongan yang lain pun banyak membantu. Banyak benda baru yang maksu belajar dari kesan sejarah kerajaan Islam Turki Uthmaniyah di Istanbul ni. Dengan pemandangan yang sangat cantik Subhanallah. Maksu teruja untuk berjalan-jalan di hari kedua pulak. 

Dah habis jalan-jalan sekitar Sultanahmet, malamnya kami check in hotel apartment. Penat toksah cakap kan. Selesai dinner di bilik, semuanya pengsannn.. maksu? mana boleh pengsan lagi..esoknya nak kena bangun awal teruskan trip ni. Nak kena prepare siap-siap baju nak pakai esok, nak breakfast apa esok...so esok pagi bangun tak lah kelam kabut sangat. Oh ya, package travel ni tak termasuk breakfast. Breakfast sendiri-sendiri.  Oleh sebab tu beg maksu lebih banyak dari ahli-ahli rombongan yang lain sebab maksu ada bawak sambal nasi lemak frozen, sambal belacan adabi, beras, maggie, Vico 3 in 1, serunding, ikan masin dan budu...hhahaha..haaaa terliur tak? hihihi...maksu bawak mak kan...so nak kena bawak semua makanan kampung yang dia suka...especially nasi. Kat Istanbul mana nak cari nasi tu? Mak maksu pulak tak boleh silap makan sikit, kalau tak nanti perut masuk angin. Payah jugak kalau sakit-sakit time vacation macam ni kan. Biar susah angkut barang takpe asalkan mak sihat dan happy. Hotel apartment maksu ni ada dapur, peti ais semua, alhamdulillah...senang nak masak. 

Bila preparation untuk esok pagi dah settle, barulah maksu boleh tidur lena. Tapi sebelum tu maksu kena telan "gula-gula" shaklee maksu yang ni dulu... baru esok pagi tu bangun lebih segar dan kurang sikit sakit-sakit badan InsyaAllah, kesan dari letih trip seharian. 

Tak sah entry vacation tapi takdak gambar kan? Ok nahhh..maksu belanja beberapa keeping gambar untuk tatapan pembaca semua.

 Setibanya di Lapangan Terbang Sabiha Gockens, Istanbul

 

Saat melewati Bosphorus bridge menuju ke destinasi pertama, Sultanahmet.  This bridge connects Asia and Europe, located between Beylerbeyi and Ortakoy

 
Hippodrome obelisk

The oldest obelisk of Istanbul is on the spina of the Hippodrome. This monument constructed of monolithic stone was erected circa 1500 B.C. in front of a temple in the city of Hierapolis in ancient Egypt honoring thr Pharaoh Tutmosis III. The emperor Constantinius I (337-361) wrote a letter to the Alexandrian and requested them to send the monument from Alexandria to Constantinople.


 
 View of Blue Mosque from Hippodrome



The Balisica cistern..also called underground palace, is the largest of several hundred ancient cisterns that still lie beneath the city

.
 Medusa head

During the restoration of the cistern, medusa heads (pieces of a marble monument pertaining to Roman period) had been placed as a pedestal in order to elevate the bodies of the columns behind the infill wall constructed in the late period.


 Entrance to Topkapi Palace

 Inside Topkapi Palace

 Sekitar Sultanahmet Mosque


 

 
Marmara Sea view from Topkapi Palace. Subhanallah sangat cantik pemandangan di sini.


 Gulhane Park - Topkapi Palace


 
Hagia sophia
Located at the Sultanahmet square opposite to the Blue Mosque.
Hagia Sophia after serving 916 years as a church and 481 years as mosque now maintains its historical function as a museum since 1935. It is the most important monument of the architectural history.



Blue mosque constructed by Sedefkar mehmet aga, a masterpiece of architecture of 2 centuries of both Ottoman mosque dan Byzantine church development. Sedefkar took classical Ottoman architecture and the Hagia sophia into consideration in designing and construction of the Blue Mosque.


Oklah..setakat itu dulu cerita maksu untuk kali ini. Tunggu update maksu yang seterusnya yaa...Ehh Ehh sebelum tu, meh maksu belanja satu video kasi korang semua bersemangat untuk menjadi orang yang hebat. Kadang-kadang kita rasa jeles tengok orang tu...kenapa aku tak jadi macam dia...kenapa aku tak beruntung macam dia tu..haa...nak tahu macamana cara nak jadi hebat macam orang tu jugak? Haaa jom tengok apa dia 3 cara tersebut. 


Cara Nak Jadi Orang Yg BERBAKAT from iReach HD on Vimeo.

Bento : 20 gambar, 20 menu, 20 hari, untuk 3 perut comel

Apa itu Bento? 

Ini yang maksu ambil dari wikipedia : 
"Bento is a single-portion takeout or home-packed meal common in Japanese cuisine. A traditional bento holds rice, fish or meat, with pickled or cooked vegetables, usually in a box-shaped container"

Bento adalah berasal dari perkataan Jepun merujuk kepada bekal makanan. Biasanya bento ni di hias cantik dan comel untuk bekal anak-anak ke sekolah. Bento maksu pulak biasa-biasa saja. Tidaklah dihias secantik seperti gambar di bawah ini. Konsep bento maksu asal muat, asal habis makan dan  asal balanced diet. Nak hias cantik-cantik tak cukup masa nak belek satu-satu. 

Gambar ihsan google. Macam ni kalau nak hias untuk 3 bekal, maksu kena bangun pukul 3 pagi nak siapkan bekal sekolah. Nak makan pun tak gamak sebab comel sangat!





Tidak seperti sekolah-sekolah di Malaysia yang ada kantin, International School di Doha ni tidak menyediakan khidmat kantin. Setiap hari anak-anak kena bawak bekal sendiri. Konsepnya...homemade food is the best food for children. Sekolah pun  tak perlu pening-pening nak jaga makanan pelajar-pelajarnya yang datang dari bermacam-macam negara. Boleh fokus tentang akademik saja. Anak-anak pun dapat makan dari air tangan ibu setiap hari yang lebih berkhasiat dan lebih jimat. 


Duit belanja pun tak payah bawak. Kalau bawak pun nak beli apa? Koop a.k.a koperasi / kedai pun tak dak. Makanya setiap hari memang kena bawak bekal secukupnya. Kalau ada cocuriculum di petang nya tu, kenalah bawak bekal yang berat-berat sikit sebab nak cover perut sampai asar. 

Sekolah juga ada menetapkan jenis-jenis makanan  yang dibekalkan. Tak boleh makanan yang bercoklat, tak boleh junk food. Keropok, nugget, sosej, gula-gula, keropok memang tidak di benarkan sebenarnya. Kadang-kadang cikgu belek juga student bawak bekal apa. Kalau tak menepati piawaian, sekolah akan telefon parents. Bekal makanan kena seimbang. Kena ada protein..carbohydrates. ..fruits...vegetables...

Bila hari-hari dapat sediakan bento ni, maksu rasa sangat puas dan happy. Lagi-lagi bila anak-anak bawak balik bento yang kosong. Makan sampai habis. Disebabkan inilah...maksu simpan gambar-gambar bekal ini kerana rasa sangat bernilai  dengan effort yang telah maksu curahkan. Ceee waaahh...

Sebelum maksu tunjuk bento-bento maksu, ...nak tahu tips dan teknik muhasabah diri supaya kita kekal positif macam maksu yang hari-hari excited bangun awal pagi sebab nak buat bento yang best untuk anak-anak? Jom maksu belanja satu video menarik ini dari Master Lyna Noh untuk pembaca-pembaca semua. 


Cara Muhasabah Diri Agar Kekal Positif from iReach HD on Vimeo.


Inilah dia 20 gambar, 20 menu, 20 hari untuk 3 perut comel...hihihi...3 orang anak-anak maksu berumur 11, 9 dan 5 tahun. Semoga bermanfaat dan memberi idea kepada ibu-ibu di luar sana ketika menyediakan bento untuk anak-anak. 

Bento#1 : Cucuq udang, roti sekaya, buah oren & grapes, muffin



Bento#2 :Roti sandwich tuna, waffle sekaya/jem, buah oren, kekacang/raisins

Bento#3 :Roti canai cicah susu pekat, potato fries, buah oren & premagonate, biskut butter

Bento#4 :Mee telur goreng putih with brocoli, roti jem strawberry, buah oren & grapes, cupcake / kek gula hangus.

Bento#5 :Mini pizza, buah oren, potato fries, muffin

Bento#6 :cucuq bawang, jagung rebus, cupcake / kek gula hangus, buah oren & grapes

Bento#7 :ketayap inti sekaya, crossaint tuna / cheese, buah strawberry, muffin

Bento#8 :Spagetti chicken carbonara, muffin, roti jem strawberry, buah oren&strawberry&grapes

Bento#9 :Bihun goreng, roti telur / french toast, muffin, grapes



Bento#10 :Nasi minyak kicap ayam goreng, roti bakar sekaya, pulut sekaya, buah pisang dan oren
Bento#11 :Bihun goreng, roti tuna & cheese, muffin / kek gula hangus, buah epal&strawberry&grapes

Bento#12 :Nugget, potato fries, crossaint with cheese, buah epal & grapes, cekodok pisang

Bento#13 :Roti jala kuah kari ayam, roti jem/crosssaint, nasi goreng kampung, buah epal / grapes

Bento#14 :Pasta bolognese, buah epal & grapes, pisang goreng, buah melaka

Bento#15 :Maggie goreng kosong, roti jem & butter, karipap, buah oren / grapes

Bento#16 :Nasi impit kuah kacang, crossaint butter, cekodok pisang, buah epal&grapes

Bento#17 :Nugget, cucuq udang, muffin, buah epal & grapes.

Bento#18 :Roti telur, crossaint, grapes & strawberry, muffin

Bento#19 :Mee goreng, homemade nugget, muffin coklat, buah epal & oren

Bento#10 :Roti kawin (roti bakar inti sekaya dan butter), karipap, grapes, kekacang / raisins.

Alhamdulillah, demikianlah 20 menu bento maksu yang tak seberapa ini. Kebanyakkannya maksu repeat aje menu sebab yang tu je anak-anak suka makan. From time to time Maksu akan cuba variasikan menu bento ni. InsyaAllah.. 

Akhir kata, ingat slogan maksu "Bento, asal muat, asal makan, asal balanced diet"

Sekian sahaja untuk entry kali ini. Semoga bermanfaat dan happy bentoing!

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...