Penyakit yang menyebabkan maksu luar biasa menyepi dari dunia blogging


Korang nak tahu last entry maksu bila? 

NOVEMBER 2014!!. 

Ya Allah..hampir 4 bulan jari jemari tidak menari di keyboard ni. Now I am back! Nak tahu sebab apa maksu kembali? Kena PM maksu kalau nak tahu. Ada satu perkara yang membuatkan hati maksu membuak-buak nak berblogging semula tetapi bukan di sini maksu akan ceritakan. 

Nak tahu kenapa maksu menyepi?  Penyakit utama yang menghalang maksu dari menulis di dunia blogging selama 4 bulan ini ialah penyakit 'M' atau nama penuhnya penyakit MALAS . hihihi... 

Ada beberapa faktor yang menyebabkan maksu menjadi malas untuk menulis di blog sebenarnya. Bukan saja-saja malas tau! 

1. Mak ada di rumah..yeayyy!! I am a happy daughter.

Mak maksu ada di rumah maksu di Doha ni sejak November lalu. Mak maksu agak uzur sebab pernah kena stroke 8 tahun yang lalu dan lumpuh sebelah kiri.  Tapi alhamdulillah, sekarang dah boleh berjalan dengan tongkat.  Umur mak maksu dah 72 tahun. Mak maksu memerlukan sepenuh perhatian sepanjang dia ada dirumah. Sementara mak ada kat sini kan... so, kena habiskan masa sepenuhnya dengan mak. Nanti mak dah balik dah susah nak tatap wajah mak....
So, banyak masa-masa free tu terluang dengan melayan mak bercucuk tanam (mak berkebun tau di Doha ni. Cili, terung, ulam raja, macam-macam lagi....ok cerita yang ni tunggu entry seterusnya ya!), masak-masak dengan mak, layan mak menjahit baju, mengurut setiap kali dia lenguh-lenguh dan macam-macam lagi aktiviti. Ishh...macam-macam nak cerita ni tapi nantilah kita simpan untuk next entry. 

 Nampak tak terung yang hensem tu?


2. Bercuti-cuti di Istanbul

Bawak mak bercuti-cuti di Istanbul selama seminggu dan termasuklah persediaan sebelum berangkat. Bawak 4 orang budak , 10, 9, 5 dan 2 tahun dan mak yang uzur agak mencabar dan memerlukan persediaan yang lengkap. Cerita jalan-jalan Istanbul akan di ceritakan dalam entry seterusnya (again!). Belanja satu gambar dulu k...hihihi...

Di sekitar Hagia Sofia dan Masjid Sultanahmet (Blue Mosque)


3. Menjaga anak-anak angkat dan cucu-cucu angkat!

Anak-anak angkat maksu ada 4 ekor. 2 ekor rabbit, 2 ekor kucing. Kucing sekor tu dah beranak 5. Mati seekor tinggailah 4. So maksu ada 4 ekor cucu. ahaks. Yang rabbit tu anak-anak maksulah yang nak mainnya. Mula-mula beli tu mau lah main dan jaga, buang taik semua. Bila dah lama-lama, dah boring, last last maksu jugak yang kena tengok. Adoii laa...cari pasal betul. Yang si kucing tu pulak, kucing liar yang selalu bertandang ke rumah maksu. Tak bagi masuk rumah pun. Bagi makan kat luar je. Sekali tengok perut dah buncit laaa...ngandung rupanya. Dah beranak comel pulak anak-anak dia. Sengaja maksu letak kotak kat luar bagi dia beranak. Nanti boleh jaga anak dia pulak...mesti comel..


 Cucu ku 4 ekor. Selamat datang ke dunia. Masa ni berumur 2 hari. Mata tak bukak lagi. Tali pusat pun tak luruh lagi hihihi

Si Koko dan Kelabu. Boleh tak share satu pinggan? Koko ni crisis identity gamaknya. Makanan kucing pun dia hentam. 

4. Sibuk dengan urusan anak-anak

Maksu sejak anak-anak sekolah petang, agak sibuk keluar masuk rumah setiap hari hantar ambil anak-anak sekolah lepas tu kelas petang pulak. Hampir setiap hari budak-budak ni ada kelas petang kecuali hari khamis saja.

Setakat itu sajalah seribu alasan maksu untuk tidak berblogging selama 4 bulan...korang jangan ikut macam maksu tau....

Akhir kata, bak kata mentor maksu, nak seribu daya, mau seribu cara....

Oppsss...sebelum tu, meh maksu belanja lagi satu video yang korang pasti akan play berkali kali...Jommmm...

 >>> Ubat Tahan Ngantuk Paling Takde Steroid...Jom layannnn...<<<



linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...