12 punca sakit kepala dan bagaimana cara mengatasinya

Sejak kebelakangan ini kerap pulak maksu kena sakit kepala. Jadi, maksu google lah nak tahu apa penyebabnya. Risau pulak takut jadi benda yang serius. Naauzubilah min zalik. Mintak Allah jauhlah kan. Sebab maksu pernah terbaca kat news ada perempuan tiba-tiba koma lepas kena sakit kepala dan meninggal dunia. Ini mungkin di sebabkan oleh penyakit barah otak atau tekanan darah tinggi. Wallahua'alam.

Maksu rasa semua orang pernah kena sakit kepala ni kan? Bila maksu buat sedikit research, sebenarnya punca sakit kepala bukan hanya terbatas kepada sakit-sakit yang kronik, tapi perkara-perkara yang biasa-biasa pun boleh menyebabkan sakit kepala. 

Antara punca dan penyebab sakit kepala boleh terjadi ialah :



  1. Terdedah kepada keadaan cuaca yang panas terik yang lama
  2. Terhidu bau perfume, cat, rokok atau bunga yang kuat
  3. Melakukan latihan fizikal yang berlebihan.
  4. Mengikat rambut yang tegang dan ketat.
  5. Tak cukup tidur.
  6. Stress disebabkan terlalu lama bekerja di hadapan screen komputer
  7. Lewat makan
  8. Minum kopi / minuman yang mengandungi kaffein yang berlebihan
  9. Kekurangan vitamin B2, D dan magnesium
  10. Stress bekerja hingga lewat malam
  11. Kurang tidur
  12. Dehidras, kurang minum air





Bila dah tahu apa puncanya sakit kepala, jom kita tengok cara nak mengatasi sakit kepala ni. Sakit kepala maksu ni rasanya disebabkan oleh :

  1. Kurang tidur
  2. Stress melayan anak-anak nak exam. Fuhh..anak nak exam, ummi yang terlebih stress.
  3. Terdedah kepada cuaca yang panas. Di Qatar sekarang tengah musim panas sehingga mencecah 47deg. Maksu memang keluar masuk rumah setiap hari menghantar dan ambil anak-anak sekolah.

Ok, bila dah tahu punca sakit kepala,  boleh lah amalkan cara-cara yang berikut supaya sakit kepala hilang. 


1. Atasi stress dengan baik. Antaranya adalah dengan membuat perancangan yang rapi

2. Melakukan senaman

3. Menjaga makan dan makan pada masa yang betul

4. Lebihkan minum air.

5. Tidur yang cukup

6. Amalan seharian hidup yang sihat. 
7. Mintak pasangan anda mengurut kepala anda. InsyaAllah berkesan :)

8. Mengambil supplement supaya badan mendapat zat dan nutrisi yang sebaiknya. Shaklee menawarkan B Complex (VitaminB2)  dan Ostematrix (Kalsium, Magnesium) untuk mengurangkan sakit kepala InsyaAllah. Maksu dah cuba..dan alhamdulillah berkesan!

Kalau nak order shaklee untuk sakit kepala anda,  boleh PM maksu seperti yang tertera di bawah ya, 



✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 

☎ WhatApp : +974 55273585 

Email : minahron@gmail.com 

souqvitamin.blogspot.com

Pilihan Vitamin Untuk Kanak-Kanak Yang Sedang Membesar

Anak –anak selalu memilih makanan? Mak jadi pening kepala. Berat badan tak naik-naik, cepat
lesu, tak bertenaga. Mcmana nak focus time belajar kat sekolah nih..hmm... 

Set vitamin shaklee untuk kanak-kanak ini inshaallah dapat membantu kanak-kanak menambah selera makan, menampung zat-zat dan nutrient penting yang kurang di dalam badan, boost up immune system, menggalakkan perkembangan dan fungsi otak. Bila anak-anak kita sihat, mereka akan lebih focus ketika belajar. 

Sebagai ikhtiar ibu-ibu untuk anak-anak yang memilih makanan ni, maksu nak cadangkan 2 supplement utama dari Shaklee ini iaitu :  


Omegaguard
  • Omegaguard menawarkan minyak ikan terbaik di dunia, diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara jepun. 
  • Minyak ikan paling tulen di dunia mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan byk lagi. 
  • Membantu tumbesaran & perkembangan otak dan membantu perkembangan memori. DHA adalah nutrient utama untuk otak, sistem saraf dan retina. 
  • Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru2. 


Mealshakes
  • Mealshake mengandungi kesemua vitamin dan mineral serta protein, termasuk vitamin B dan zinc lengkap yang menjana selera makan kanak-kanak. 
  • Rasanya pun sedap.
  • Diperbuat daripada bahan semulajadi, buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya dan lain2. 
  • Nutrisi lengkap - vitamin, mineral dan zat perlu, sesuai untuk semua golongan- bayi, pelajar, kanak2 membesar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayur, org sakit, org yg sibuk bekerja. 





Set asas ini;  Omegaguard dan Mealshakes dah cukup untuk anak-anak anda untuk menampung keperluan-keperluan nutrient/zat untuk kesihatan. Kalau ada bajet lebih, ibu-ibu boleh tambahkan Vit c chew dan juga vitalea for children. Berilah yg terbaik untuk anak-anak anda... tak payah kot nak berkira ngan anak-anak pasal kesihatan. Kalau mainan kita sanggup beli beratus-ratus, ini kan pula supplement yg bagus untuk anak-anak kita kan? 

Tapi ingat, mengambil Mealshake atau vitamin-vitamin lain untuk kanak2 (VitaLea For Children & Chewable Vita-C dan sebagainya) tak bermakna anda boleh je sukahati bagi anak anda bebas makan makanan rapu, tgk tv, main game 24 jam. Pastikan anak-anak anda sentiasa mendapat makanan berkhasiat  dlm pemakanan harian. Ibu-ibu kena variasikan pilihan makanan anak-anak anda ya!

Kalau berminat dengan set kanak-kanak di atas, hubungi maksu ya!

LIKE Souq Vitamin untuk offer istimewa set kanak2 ni!

PM maksu or wassap di +974 55273585
Fb : Nor Hanim Abu Hassan
fanpage : Souq Vitamin

email : minahron@gmail.com

p/s: Mealshake mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh anak-anak yang sedang membesar. Jadi yg tiasa masalah selera makan pn boleh amik mealshake nih.

Kenapa Protein Penting untuk Kulit Cantik?

Kenapa Protein penting?

Protein terdiri daripada rantaian asid amino. Apabila kita mengambil protein dalam diet harian, protein akan dicernakan menjadi asid amino dan diangkut melalui darah ke seluruh badan. Sel akan memilih asid amino yang diperlukan untuk membina tisu baru, antibodi, hormone, enzim dan sel darah merah.

Protein penting untuk pembaikpulih tisu serta membina tisu baru. Setiap sel memerlukan protein untuk menentukan jangkahayatnya. Protein adalah bahan untama untuk menggantikan sel yang rosak atau mati.
  • Kebanyakan sel darah putih digantik setiap 10 hari
  • SEL KULIT DIGANTI SETIAP 24 HARI
  • Lebih daripada 98% molekul badan diganti sepenuhnya setiap tahun!!
Tahukah anda yang otot, rambut, kuku, kulit dan mata diperbuat daripada protein. Begitu juga dengan sel yang membuat hati, buah pinggang, jantung, paru-paru, otak, saraf serta kelenjar seks.

Fakta Penting Protein


Badan memerlukan 9 jenis ASID AMINO PERLU yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan perlu diambil daripada diet harian ataupun supplement. 9 asid amino perlu ini akan membentuk 13 jenis asis amino tidak perlu.


Bagaimana protein mencantikkan kulit?


Kulit menjadi anjal disebabkan kehadiran kolagen yang bertindak seperti simen yang kuat menggabungkan di antara satu sel dengan sel yang lain. Kolagen adalah tisu berstruktur dan proses penggantiannya sangat perlahan. KOLAGEN DIPERBUAT DARIPAPA PROTEIN BERSERAT. Hakikatnya, 30% daripada keseluruhan protein dalam badan adalah kolagen. Fiber putihnya yang kuat itu adalah lebih kuat daripada wayar logam yang sama saiznya serta mempunyai rangkaian elastic kuning yang dipanggil ELASTIN, membentuk jambatan tisu yang memegang badan kita.

Kolagen menguatkan kulit, salur darah, tulang dan gigi. Kolagen adalah satu di antara PROTEIN YANG BERNILAI di dalam badan manusia. Otot-otot di bahagian kaki dan tangan akan mula menggeleber bagi orang sakit atau yang mengamalkan protein rendah diet sebagai tanda mereka sudah kehilangan kolagen.


Untuk kulit cantik, saya cadangkan : 
1. Ambil Energizing Soy Protein (ESP) - Protein diperlukan untuk membentuk kolagen serta membaikpulih sel yang rosak



bersama

2. Vitamin E, Vitamin C -  bertindak sebagai pendinding kepada radikal bebas yang merosakkan kolagen.


 







 

Dapatkan set kulit cantik ini dari maksu sekarang dengan harga yg istimewa :) 


FB : Nor Hanim Abu Hassan
SMS / Call : 0164048891
WhatsApp : +974 55273585
email : minahron@gmail.com
fanpage : Souq Vitamin

Set Kulit Cantik Shaklee




Kulit yang cantik, licin dan gebu menjadi idaman setiap wanita, malah lelaki juga. Sejak mengamalkan beberapa produk Shaklee saya dapat merasakan perubahan yang jelas dari segi tekstur kulit yang lebih licin dan mulus. Soalan yang sering ditanya kepada saya? “ Hang pakai apa?” baik dari makcik-makcik, saudara mara dan kawan-kawan.


Sebenarnya ramai sudah mengamalkan produk supplemen semulajadi Shaklee ini. Bahkan baru-baru ini ada seorang makcik kepada kawan saya yang rupanya-rupanya sudah 20 tahun mengambil produk Shaklee. Susah nak jumpa orang yang setia dengan satu-satu produk itu melainkan ianya terbukti berkesan



Jadi, dalam entri ini saya akan berkongsi produk-produk terbaaeekkk Shaklee untuk kulit yang cantik, tulus, mulus gebu dan da bomb dengan anda:


  • Vita-C :  Vitamin C memainkan peranan utama dalam penghasilan kolagen yang kritikal bagi wajah anda. Kekurangan paras kolagen mengakibatkan kulit wajah anda lembik, berkedut dan kelihatan tua. Inilah sebabnya banyak artis Hollywood mementingkan tahap kolagen yang mencukupi terutamanya yang sudah berusia, agar wajah kekal licin, tegang dan sihat seperti wanita muda 20-an.



  • Energy Soy Protein (ESP): Apabila sel kulit kita mati ia akan digantikan dengan sel kulit yang baru. Parut-parut jerawat di wajah anda selama ini adalah akibat sel-sel kulit mati tidak diperbaharui dengan sel-sel kulit yang lebih sihat. Amatlah rugi jika kita tidak menggunakan kesempatan meningkatkan kualiti sel-sel kulit yang baru itu menerusi bekalan protein (ESP) secukupnya. (ESP juga adalah antara produk terhangat Shaklee yang amat laris di pasaran, jadi order sekarang sebelum kehabisan stok)




  • B Complex : merupakan kumpulan beberapa jenis vitamin B yang memainkan peranan penting untuk kulit yang sihat. Selain meratakan tona kulit pada wajah, B Complex juga membantu menstabilkan hormon-hormon badan dan mengurangkan stress. Ini secara tidak langsung mengurangkan jerawat kerana banyak kajian menunjukkan stress menyumbang kepada “kesuburan” jerawat di muka.  Jadi ambillah B Complex untuk kulit yang cantik dan ceria.



  • Vitamin E :merupakan ejen antioksidan (bukan ejen 007) dan anti-penuaan yang hebat. Sebagai antioksidan, ia meneutralkan radikal bebas yang merosakkan kolagen dan mengakibatkan kulit kering, garis-garis halus dan kedutan. Jadi pengambilan Vitamin E yang optimum memastikan kulit anda lebih sihat dan gebu selain memudarkan parut jerawat yang sedia ada.



Tapi AWAS!...Kesan sampingan dari mengamalkan produk ini ialah suami anda mungkin terlampau syok dan asyik nak bergesel jer dengan anda :)


Kepada yang ada bajet lebih dan perlukan kulit yang lebih cantik dengan kadar SEGERA..sila baca supplemen anti-penuaan terbaik ini.

Nak tahu mcmana ESP boleh bantu kulit menjadi cantik, bole baca kat sini >> ESP bantu cantikkan kulit

Tunggu apa lagi, hubungi saya sekarang seperti di bawah untuk order satu set untuk anda! :) 

Atau anda boleh order sendiri dengan menggunakan kredit kad atau debit kad anda dengan KLIK pada link bawah. Lepas order, dalam masa 2-3 hari sampai ke depan pintu rumah atau office anda. Senang sangat!. Lepas tu jangan lupa contact saya tau untuk saya ceritakan cara makan yang betul untuk mendapat kesan yang optimum.  

ORDER : SET KULIT CANTIK SHAKLEE

Happy Shopping!


FB : Nor Hanim Abu Hassan
SMS / Call : 0164048891
WhatsApp : +974 55273585
email : minahron@gmail.com
fanpage : Souq Vitamin


Cerita Maksu Jalan-Jalan Istanbul Day 1


Wah wah…teruja maksu nak story mory maksu jalan-jalan Istanbul waktu winter lepas dengan family maksu kat reader maksu semua. Jalan-jalan kali ni maksu bawak mak maksu jugak. So kami 7 orang semuanya. Maksu, paksu, anak-anak 4 orang (11, 9, 5 dan 2 tahun) dan mak maksu yang berumur 71 tahun. Pada mulanya maksu bercadang untuk pergi sendiri-sendiri saja tanpa perlu guide, tapi memandangkan mak maksu yang agak uzur dan memerlukan kerusi roda, maka maksu menggunakan khidmat agensi untuk membawa kami jalan-jalan Istanbul.

Aturan Allah Maha Hebat, lepas contact agensi tu, secara kebetulan ada beberapa family dari Doha pun nak ke Istanbul pada waktu yang sama. So, seronok sangatlah maksu sebab ada geng. 5 family semuanya dalam trip ni. Lepas dah confirm nak join trip tu, maksu pun buat booking untuk kapal terbang. Untuk bajet, maksu menggunakan airline Pegasus. Yang lain semua mahal! Maklumlah maksu 7 orang tuuuu…fuhh…koyak poket. Tapi takpalah sebab memang bercadang nak bawak mak jalan-jalan pun.

Trip ke Istanbul ni maksu amik package 8 hari 7 malam which covers Istanbul, Edirne dan Bursa. Untuk entry kali ni, maksu cerita pengalaman maksu pada hari pertama dulu ya…hehehe..

Maksu bertolak dari Doha pada 29Jan2015. Waktu penerbangan adalah pada pukul 3 pagi 30Jan2015! Mencabar jugak nak mengangkut anak-anak dan mak yang uzur waktu waktu awal pagi macam ni. Tapi dengan perancangan yang rapi, dan bantuan Allah Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Pada mulanya maksu bercadang nak sewa sahaja kerusi roda di Istanbul, tapi  memandangkan kos yang mungkin agak mahal, maka maksu bawak saja kerusi roda dari Doha.

Penerbangan Doha-Istanbul mengambil masa lebih kurang 3-4 jam. Sampai-sampai di Istanbul lebih kurang jam pukul 9 pagi macam tu, kami terus di bawa berjalan-jalan sekitar Sultanahmet melawat Masjid Biru, Hagia Sophia, Balisica Cistern, Topkapi Palace dan Hipodrome. Berjalan-jalan di sekitar ini dari pagi sampai petang dengan membawa 4 orang anak-anak comel dengan stroller, mak dengan kerusi roda dan suhu below 10deg, memang menduga iman dan kecekalan fizikal. Tahu-tahulah satlagi sorang nak kencing, sorang nak berak, sorang lapar, sorang mengantuk hehehe…apa-apa pun Alhamdulillah, a’la kulli hal. Allah banyak membantu memudahkan urusan kami anak beranak vacation kali nih. Ahli-ahli rombongan yang lain pun banyak membantu. Banyak benda baru yang maksu belajar dari kesan sejarah kerajaan Islam Turki Uthmaniyah di Istanbul ni. Dengan pemandangan yang sangat cantik Subhanallah. Maksu teruja untuk berjalan-jalan di hari kedua pulak. 

Dah habis jalan-jalan sekitar Sultanahmet, malamnya kami check in hotel apartment. Penat toksah cakap kan. Selesai dinner di bilik, semuanya pengsannn.. maksu? mana boleh pengsan lagi..esoknya nak kena bangun awal teruskan trip ni. Nak kena prepare siap-siap baju nak pakai esok, nak breakfast apa esok...so esok pagi bangun tak lah kelam kabut sangat. Oh ya, package travel ni tak termasuk breakfast. Breakfast sendiri-sendiri.  Oleh sebab tu beg maksu lebih banyak dari ahli-ahli rombongan yang lain sebab maksu ada bawak sambal nasi lemak frozen, sambal belacan adabi, beras, maggie, Vico 3 in 1, serunding, ikan masin dan budu...hhahaha..haaaa terliur tak? hihihi...maksu bawak mak kan...so nak kena bawak semua makanan kampung yang dia suka...especially nasi. Kat Istanbul mana nak cari nasi tu? Mak maksu pulak tak boleh silap makan sikit, kalau tak nanti perut masuk angin. Payah jugak kalau sakit-sakit time vacation macam ni kan. Biar susah angkut barang takpe asalkan mak sihat dan happy. Hotel apartment maksu ni ada dapur, peti ais semua, alhamdulillah...senang nak masak. 

Bila preparation untuk esok pagi dah settle, barulah maksu boleh tidur lena. Tapi sebelum tu maksu kena telan "gula-gula" shaklee maksu yang ni dulu... baru esok pagi tu bangun lebih segar dan kurang sikit sakit-sakit badan InsyaAllah, kesan dari letih trip seharian. 

Tak sah entry vacation tapi takdak gambar kan? Ok nahhh..maksu belanja beberapa keeping gambar untuk tatapan pembaca semua.

 Setibanya di Lapangan Terbang Sabiha Gockens, Istanbul

 

Saat melewati Bosphorus bridge menuju ke destinasi pertama, Sultanahmet.  This bridge connects Asia and Europe, located between Beylerbeyi and Ortakoy

 
Hippodrome obelisk

The oldest obelisk of Istanbul is on the spina of the Hippodrome. This monument constructed of monolithic stone was erected circa 1500 B.C. in front of a temple in the city of Hierapolis in ancient Egypt honoring thr Pharaoh Tutmosis III. The emperor Constantinius I (337-361) wrote a letter to the Alexandrian and requested them to send the monument from Alexandria to Constantinople.


 
 View of Blue Mosque from Hippodrome



The Balisica cistern..also called underground palace, is the largest of several hundred ancient cisterns that still lie beneath the city

.
 Medusa head

During the restoration of the cistern, medusa heads (pieces of a marble monument pertaining to Roman period) had been placed as a pedestal in order to elevate the bodies of the columns behind the infill wall constructed in the late period.


 Entrance to Topkapi Palace

 Inside Topkapi Palace

 Sekitar Sultanahmet Mosque


 

 
Marmara Sea view from Topkapi Palace. Subhanallah sangat cantik pemandangan di sini.


 Gulhane Park - Topkapi Palace


 
Hagia sophia
Located at the Sultanahmet square opposite to the Blue Mosque.
Hagia Sophia after serving 916 years as a church and 481 years as mosque now maintains its historical function as a museum since 1935. It is the most important monument of the architectural history.



Blue mosque constructed by Sedefkar mehmet aga, a masterpiece of architecture of 2 centuries of both Ottoman mosque dan Byzantine church development. Sedefkar took classical Ottoman architecture and the Hagia sophia into consideration in designing and construction of the Blue Mosque.


Oklah..setakat itu dulu cerita maksu untuk kali ini. Tunggu update maksu yang seterusnya yaa...Ehh Ehh sebelum tu, meh maksu belanja satu video kasi korang semua bersemangat untuk menjadi orang yang hebat. Kadang-kadang kita rasa jeles tengok orang tu...kenapa aku tak jadi macam dia...kenapa aku tak beruntung macam dia tu..haa...nak tahu macamana cara nak jadi hebat macam orang tu jugak? Haaa jom tengok apa dia 3 cara tersebut. 


Cara Nak Jadi Orang Yg BERBAKAT from iReach HD on Vimeo.

Bento : 20 gambar, 20 menu, 20 hari, untuk 3 perut comel

Apa itu Bento? 

Ini yang maksu ambil dari wikipedia : 
"Bento is a single-portion takeout or home-packed meal common in Japanese cuisine. A traditional bento holds rice, fish or meat, with pickled or cooked vegetables, usually in a box-shaped container"

Bento adalah berasal dari perkataan Jepun merujuk kepada bekal makanan. Biasanya bento ni di hias cantik dan comel untuk bekal anak-anak ke sekolah. Bento maksu pulak biasa-biasa saja. Tidaklah dihias secantik seperti gambar di bawah ini. Konsep bento maksu asal muat, asal habis makan dan  asal balanced diet. Nak hias cantik-cantik tak cukup masa nak belek satu-satu. 

Gambar ihsan google. Macam ni kalau nak hias untuk 3 bekal, maksu kena bangun pukul 3 pagi nak siapkan bekal sekolah. Nak makan pun tak gamak sebab comel sangat!





Tidak seperti sekolah-sekolah di Malaysia yang ada kantin, International School di Doha ni tidak menyediakan khidmat kantin. Setiap hari anak-anak kena bawak bekal sendiri. Konsepnya...homemade food is the best food for children. Sekolah pun  tak perlu pening-pening nak jaga makanan pelajar-pelajarnya yang datang dari bermacam-macam negara. Boleh fokus tentang akademik saja. Anak-anak pun dapat makan dari air tangan ibu setiap hari yang lebih berkhasiat dan lebih jimat. 


Duit belanja pun tak payah bawak. Kalau bawak pun nak beli apa? Koop a.k.a koperasi / kedai pun tak dak. Makanya setiap hari memang kena bawak bekal secukupnya. Kalau ada cocuriculum di petang nya tu, kenalah bawak bekal yang berat-berat sikit sebab nak cover perut sampai asar. 

Sekolah juga ada menetapkan jenis-jenis makanan  yang dibekalkan. Tak boleh makanan yang bercoklat, tak boleh junk food. Keropok, nugget, sosej, gula-gula, keropok memang tidak di benarkan sebenarnya. Kadang-kadang cikgu belek juga student bawak bekal apa. Kalau tak menepati piawaian, sekolah akan telefon parents. Bekal makanan kena seimbang. Kena ada protein..carbohydrates. ..fruits...vegetables...

Bila hari-hari dapat sediakan bento ni, maksu rasa sangat puas dan happy. Lagi-lagi bila anak-anak bawak balik bento yang kosong. Makan sampai habis. Disebabkan inilah...maksu simpan gambar-gambar bekal ini kerana rasa sangat bernilai  dengan effort yang telah maksu curahkan. Ceee waaahh...

Sebelum maksu tunjuk bento-bento maksu, ...nak tahu tips dan teknik muhasabah diri supaya kita kekal positif macam maksu yang hari-hari excited bangun awal pagi sebab nak buat bento yang best untuk anak-anak? Jom maksu belanja satu video menarik ini dari Master Lyna Noh untuk pembaca-pembaca semua. 


Cara Muhasabah Diri Agar Kekal Positif from iReach HD on Vimeo.


Inilah dia 20 gambar, 20 menu, 20 hari untuk 3 perut comel...hihihi...3 orang anak-anak maksu berumur 11, 9 dan 5 tahun. Semoga bermanfaat dan memberi idea kepada ibu-ibu di luar sana ketika menyediakan bento untuk anak-anak. 

Bento#1 : Cucuq udang, roti sekaya, buah oren & grapes, muffin



Bento#2 :Roti sandwich tuna, waffle sekaya/jem, buah oren, kekacang/raisins

Bento#3 :Roti canai cicah susu pekat, potato fries, buah oren & premagonate, biskut butter

Bento#4 :Mee telur goreng putih with brocoli, roti jem strawberry, buah oren & grapes, cupcake / kek gula hangus.

Bento#5 :Mini pizza, buah oren, potato fries, muffin

Bento#6 :cucuq bawang, jagung rebus, cupcake / kek gula hangus, buah oren & grapes

Bento#7 :ketayap inti sekaya, crossaint tuna / cheese, buah strawberry, muffin

Bento#8 :Spagetti chicken carbonara, muffin, roti jem strawberry, buah oren&strawberry&grapes

Bento#9 :Bihun goreng, roti telur / french toast, muffin, grapes



Bento#10 :Nasi minyak kicap ayam goreng, roti bakar sekaya, pulut sekaya, buah pisang dan oren
Bento#11 :Bihun goreng, roti tuna & cheese, muffin / kek gula hangus, buah epal&strawberry&grapes

Bento#12 :Nugget, potato fries, crossaint with cheese, buah epal & grapes, cekodok pisang

Bento#13 :Roti jala kuah kari ayam, roti jem/crosssaint, nasi goreng kampung, buah epal / grapes

Bento#14 :Pasta bolognese, buah epal & grapes, pisang goreng, buah melaka

Bento#15 :Maggie goreng kosong, roti jem & butter, karipap, buah oren / grapes

Bento#16 :Nasi impit kuah kacang, crossaint butter, cekodok pisang, buah epal&grapes

Bento#17 :Nugget, cucuq udang, muffin, buah epal & grapes.

Bento#18 :Roti telur, crossaint, grapes & strawberry, muffin

Bento#19 :Mee goreng, homemade nugget, muffin coklat, buah epal & oren

Bento#10 :Roti kawin (roti bakar inti sekaya dan butter), karipap, grapes, kekacang / raisins.

Alhamdulillah, demikianlah 20 menu bento maksu yang tak seberapa ini. Kebanyakkannya maksu repeat aje menu sebab yang tu je anak-anak suka makan. From time to time Maksu akan cuba variasikan menu bento ni. InsyaAllah.. 

Akhir kata, ingat slogan maksu "Bento, asal muat, asal makan, asal balanced diet"

Sekian sahaja untuk entry kali ini. Semoga bermanfaat dan happy bentoing!

Penyakit yang menyebabkan maksu luar biasa menyepi dari dunia blogging


Korang nak tahu last entry maksu bila? 

NOVEMBER 2014!!. 

Ya Allah..hampir 4 bulan jari jemari tidak menari di keyboard ni. Now I am back! Nak tahu sebab apa maksu kembali? Kena PM maksu kalau nak tahu. Ada satu perkara yang membuatkan hati maksu membuak-buak nak berblogging semula tetapi bukan di sini maksu akan ceritakan. 

Nak tahu kenapa maksu menyepi?  Penyakit utama yang menghalang maksu dari menulis di dunia blogging selama 4 bulan ini ialah penyakit 'M' atau nama penuhnya penyakit MALAS . hihihi... 

Ada beberapa faktor yang menyebabkan maksu menjadi malas untuk menulis di blog sebenarnya. Bukan saja-saja malas tau! 

1. Mak ada di rumah..yeayyy!! I am a happy daughter.

Mak maksu ada di rumah maksu di Doha ni sejak November lalu. Mak maksu agak uzur sebab pernah kena stroke 8 tahun yang lalu dan lumpuh sebelah kiri.  Tapi alhamdulillah, sekarang dah boleh berjalan dengan tongkat.  Umur mak maksu dah 72 tahun. Mak maksu memerlukan sepenuh perhatian sepanjang dia ada dirumah. Sementara mak ada kat sini kan... so, kena habiskan masa sepenuhnya dengan mak. Nanti mak dah balik dah susah nak tatap wajah mak....
So, banyak masa-masa free tu terluang dengan melayan mak bercucuk tanam (mak berkebun tau di Doha ni. Cili, terung, ulam raja, macam-macam lagi....ok cerita yang ni tunggu entry seterusnya ya!), masak-masak dengan mak, layan mak menjahit baju, mengurut setiap kali dia lenguh-lenguh dan macam-macam lagi aktiviti. Ishh...macam-macam nak cerita ni tapi nantilah kita simpan untuk next entry. 

 Nampak tak terung yang hensem tu?


2. Bercuti-cuti di Istanbul

Bawak mak bercuti-cuti di Istanbul selama seminggu dan termasuklah persediaan sebelum berangkat. Bawak 4 orang budak , 10, 9, 5 dan 2 tahun dan mak yang uzur agak mencabar dan memerlukan persediaan yang lengkap. Cerita jalan-jalan Istanbul akan di ceritakan dalam entry seterusnya (again!). Belanja satu gambar dulu k...hihihi...

Di sekitar Hagia Sofia dan Masjid Sultanahmet (Blue Mosque)


3. Menjaga anak-anak angkat dan cucu-cucu angkat!

Anak-anak angkat maksu ada 4 ekor. 2 ekor rabbit, 2 ekor kucing. Kucing sekor tu dah beranak 5. Mati seekor tinggailah 4. So maksu ada 4 ekor cucu. ahaks. Yang rabbit tu anak-anak maksulah yang nak mainnya. Mula-mula beli tu mau lah main dan jaga, buang taik semua. Bila dah lama-lama, dah boring, last last maksu jugak yang kena tengok. Adoii laa...cari pasal betul. Yang si kucing tu pulak, kucing liar yang selalu bertandang ke rumah maksu. Tak bagi masuk rumah pun. Bagi makan kat luar je. Sekali tengok perut dah buncit laaa...ngandung rupanya. Dah beranak comel pulak anak-anak dia. Sengaja maksu letak kotak kat luar bagi dia beranak. Nanti boleh jaga anak dia pulak...mesti comel..


 Cucu ku 4 ekor. Selamat datang ke dunia. Masa ni berumur 2 hari. Mata tak bukak lagi. Tali pusat pun tak luruh lagi hihihi

Si Koko dan Kelabu. Boleh tak share satu pinggan? Koko ni crisis identity gamaknya. Makanan kucing pun dia hentam. 

4. Sibuk dengan urusan anak-anak

Maksu sejak anak-anak sekolah petang, agak sibuk keluar masuk rumah setiap hari hantar ambil anak-anak sekolah lepas tu kelas petang pulak. Hampir setiap hari budak-budak ni ada kelas petang kecuali hari khamis saja.

Setakat itu sajalah seribu alasan maksu untuk tidak berblogging selama 4 bulan...korang jangan ikut macam maksu tau....

Akhir kata, bak kata mentor maksu, nak seribu daya, mau seribu cara....

Oppsss...sebelum tu, meh maksu belanja lagi satu video yang korang pasti akan play berkali kali...Jommmm...

 >>> Ubat Tahan Ngantuk Paling Takde Steroid...Jom layannnn...<<<



linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...