Tips memilih mainan untuk anak : 10 kesilapan yang biasa dilakukan oleh mak ayah

Kalau masuk kedai runcit ka, kedai buku ka, shopping mall ka....barang yang dok di depan sekali mesti mainan budak-budak kan? Memang itulah taktik dan marketing strategy tauke tauke kedai ni. Anak-anak  kita pulak bila dah nampak mainan tu...haaaa sudahhh...tak mau pi mana dah. Tarik tangan suh beli jugak-jugak. Selagi tak beli nangis guling guling kat lantai. 


"Makk...abang nak yang ni jugak. Kalau mak tak beli abang merajuk tak mau makan bekal yang mak letak pi sekolah
 kata anak yg berumur 7 tahun yg baru saja masuk sekolah tapi tak berapa suka pi sekolah sebab beg berat kih kih kih... 

"Mama....nak ni nak ni nak ni" kata anak yang berumur 2 tahun setengah sambil tarik tudung mama dia sampai nak tercabut. 

"Ummi, boleh dak kak long nak beli ni sebab kak long suka sangat mainan ni boleh ajar kak long pandai. Nanti sel sel otak kak long bersambung dengan lebih baik" kata anak yang sulong berumur 10 tahun yang baru sahaja memenangi pertandingan perbahasan di sekolah. 

"Ibu, adik nak beli bola ni. Adik takdak lagi bola corak ben10 ni. Yang kat rumah tu corak spiderman...adik dah tak suka spiderman sebab dia jahat" pujuk si adik berumur 5 tahun yang kepala baru aje benjol sebab jatuh dari kerusi. 


Aduuhhh mau pengsan kalau dengan anak-anak kecil macam ni kan? Pengalaman saya sebagai seorang ibu memang cair dengan permintaan anak-anak. Lagi lagi bila ada seorang saja anak lelaki. Terlebih manja agaknya. 

Last-last mak yang tantrum

Sekarang mari kita tengok apa kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan oleh mak ayah ketika membeli mainan anak-anak : 

1. Tidak menetapkan bajet
Kebanyakan parents hentom kormo saja ketika membeli mainan permintaan anak-anak tanpa memeriksa bajet. Sebelum keluar membeli barang mainan, seharusnya parents memberitahu awal-awal jumlah bajet yang diperuntukkan untuk mainan mereka.

2. Mak ayah beli mainan yang mak ayah suka, bukan yang anak suka!

Kesilapan ini biasa dilakukan oleh mak...biasanyalah kan. (maksu lah tu). Kadang-kadang mak ja yang terlebih-lebih suka sebab comel, cute, nampak best. Bila beli, si anak tu tak main pun. Pegang pun dak! Yelah..mak-mak macam maksu ni dulu dok kampung. Masa kecik-kecik dulu tak dapat peluang main doll comel-comel, doll house cantik-cantik. Ahaks.

3. Terlalu menurut permintaan anak.

Kesilapan ini biasa dilakukan oleh parents yang kaya. Banyak duit. So bila anak mintak mainan aje mesti beli. Sebab tak nak bagi anak meraungkan? Ini adalah satu kesilapan yang besar bila anak-anak dimanjakan dan tidak kenal erti kesusahan. Takut terbawa-bawa hingga ke besar esok, malas berusaha dan kurang rasa syukur dengan apa yang ada. Maksu tak kata tak boleh beli, tapi ada caranya. Jom tengok points seterusnya. 

4. Tidak menetapkan  perjanjian / tak buat reward system. 

Point ini lebih kurang sama macam no 3. Parents boleh beli mainan yang anak-anak suka tapi beli hanya bila anak-anak mencapai sesuai kejayaan, atau bila anak-anak accomplish sesuatu pekerjaan yang dijanjikan. Baru la rasa susah sikit dan worth nak dapat sesuatu. Win win kan?  Bila dah anak-anak berjaya, parents kena tunaikan janji ya! Jangan menipu pulak. 

Fawzan, anak umi yang 5 tahun tu dok mintak beli helikopter mainan plak sekarang. Maksu kata kat dia "Ummi beli bila Fawzan dah abih baca Iqra' 2, buku Bacalah Anakku 2 dan Read Easy 2, ok?" Fawzan menurut je walaupun muka ada sedikit tidak puas hati. Sekarang hari-hari mintak nak baca buku semua tu sampai habis. Umi pulak yang letih. hihihi

5. Bawak anak memilih mainan sendiri di kedai. 

Kalau boleh, parents tak perlu bawak anak ke kedai mainan. Biar mak atau ayah saja yang pilih,  beli dan bawak balik. Takdak lah kejadian tantrum guling guling anak di kedai mainan. Bila anak sendiri yang pilih, maka bukan helicopter saja yang dia nampak, tapi segala kereta, lori, basikal semua dia nak. Rambang mata jadinya. 

Fawzan dok angau dengan helicopter. Takut-takut masuk kedai mainan, dok gaduh nak beli kerete ni pulakk...habiss


6. Tidak menjaga mainan dengan baik
 
Ajar anak-anak untuk menjaga mainan dengan baik. Lagi-lagi yang mahal kan? Sebab mainan-mainan ni biasanya anak-anak akan suka dan main sekejap saja.  Kalau ada mainan yang dah lama tak dimainkan oleh anak-anak tu,  apa kata simpan mainan tu elok elok dalam kotak. Nanti boleh pass kat adik pulak. Ataupun boleh jual murah-murah kat FB, kawan-kawan ke..atau boleh jugak sedekahkan kepada rumah-rumah anak  yatim dan sebagainya.  

7. Membeli mainan yang tidak mempunyai label keselamatan MC (Malaysian Conformity)

Haa..yang ni pun sangat penting untuk keselamatan anak-anak. Belek dulu dekat kotak mainan tu ada tak label ni supaya mainan tu bebas dari bahan-bahan yang merbahaya seperti plumbum. Walau secanggih mana pun mainan tu, periksa dulu ya!

8. Membeli tidak mengikut umur yang sesuai dengan anak-anak

Setiap mainan akan ada label peringkat umur yang sesuai untuk mainan tersebut. Ini kerana sesetengah mainan tu sangat kecil size nya dan boleh menyebabkan risiko anak-anak kecil berumur 0-3 tahun tercekik. Budak-budak umur ni masih lagi masukkan mainan dalam mulutkan? 

9. Menang membeli alah memakai

Kadang-kadang parents suka beli mainan yang murah-murah. Main tak sampai sehari, dah patah.  Esok anak mintak lagi....beli lagi...patah lagii...membazir tu.  Bagi maksu biar beli mainan mahal sikit takpa, tapi tahan lama dan boleh disimpan dan pass kat adik-adik pulak. 



10. Membeli mainan yang kurang memberi faedah dan kebaikan kepada anak-anak

Parents zaman moden ni suka belikan gajet-gajet untuk anak. Gajet ini bagus jugak sebenarnya, tetapi tidak boleh exposekan kepada anak-anak terlalu lama. Seimbangkan dengan mainan-mainan dan permainan yang lain. Menurut kajian dengan bermain iPad, iPhone, Tab dan sebagainya, anak-anak akan lemah motorskil dan IQ anak-anak. Apa kata belikan mainan untuk "learning" yang dapat membantu pergerakan motoskill anak-anak dan juga tingkat IQ anak-anak. Boleh google kot..banyak contoh-contoh mainan macam ni yang dijual secara online.  

Harap tips-tips ini dapat membantu mak ayah di luar sana sebelum beli mainan kat anak-anak tu. Lagi satu maksu suka nak cadangkan, selain mainan, parents kena sediakan jugak bajet untuk supplement anak-anak. Terutamanya anak-anak yang asyik demam, batuk, selsema, yang ada athma, yang cerewat dan memilih makanan. Supplement ini dapat bantu top-up nutrisi anak-anak yang sedang aktif agar lebih cergas dan ceria. Lagi-lagi ketika di sekolah. Hati mak mana yang tak sedih tengok anak longlai letih lesu kat sekolah kan? Semua ibu sayangkan anak kan? 

Dah boleh beli mainan mahal-mahal takkan tak boleh beli supplement untuk anak-anak kan? Lagi penting untuk kesihatan dan perkembangan otak yg cerdas. Kalau nak tahu supplement shaklee yang sesuai untuk anak-anak boleh KLIK kat sini --> Set Vitamin Untuk Kanak-kanak

Kalau malas nak Klik Klik bagai, contact saja maksu seperti nombor di bawah. Nanti maksu cerita mana yang elok, mana yang tak elok. OK? 


 
                                                   Fb Nor Hanim Abu Hassan 
✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin  
 ✉ SMS : 0164048891
☎ WhatApp : 0198558422 / +974 55273585
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com



 
 

1 comment:

  1. Anak-anak saya ni pun sama, beli mainan mahal ke murah ke tetap damage.

    ReplyDelete

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...