Rombongan Cik Kiah ke Pulau Ungu

Kat doha ni tak banyak sangat pun tempat menarik. Negaranya pun kecik aje. Bila tiba musim sejuk..dah pening lalat nak jalan-jalan mana. Hahaha..paling busuk pun piknik kat park. Musim panas memang dah terperap dalan rumah saja kan. So musim sejuk lah peluang nak beriadah..beraktiviti outdoor sepuasnya. 

Ok, ini cerita 2 minggu yang lepas. Maksu baru nak update. Pulau Ungu ni ataupun orang di sini panggil Purple Island dekat je dengan rumah maksu. Dalam 10 minit drive. Lama dah orang cerita pasal tempat ni tapi sekarang baru berkesempatan nak pergi. Anak-anak lah sibuk dok ajak, so dah sejuk-sejuk ni boleh lah pergi. 

Purple Island ni sebenarnya kawasan mangrove atau paya. Pulau nya di kelilingi paya dan banyak pokok-pokok renek yang berwarna purple. Subhanallah cantik sangat. Nak ke pulau tu kena jalan kaki dan laluannya kena melalui kawasan air berbatu-batu dan boleh tengok ikan ikan kecil. Ketam pun ada. Boleh nampak burung bangau terbang berkumpulan di sekitar tu.  Suasana alami di sini agak menjadi tarikan penduduk di sini sebab kat sini kan kawasan padang pasir. Bila ada kawasan macam ni memang orang teruja nak pergi sangat sebab dapat tengok pemandangan hijau. Buat terapi mata.

Bagi sesiapa yang suka nature memang disarankan pergi situ. Airnya jernih, tapi tak boleh mandi. Setakat main-main air dengan kaki  boleh lah sebab berbatu-batu. Nak piknik pun boleh. Ada jugak yang datang bercamping di sini. 

Enjoy the pictures!













3 comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...