Dinner : Waktu terbaik bercerita dengan anak-anak





Setiap hari tugas maksu seharian memang rutin. Dari pagi sampai ke malam. Buat kerja-kerja rumah, ke kelas-kelas mengaji sambil-sambil bisnes shaklee online.


Lepas sediakan breakfast dan bekal anak-anak, siapkan anak-anak ke sekolah, hantar depa ke sekolah. Balik tu samada maksu akan ke kelas arabic, kelas tafsir dan hadith. Balik dari kelas, masak untuk lunch dan lepas tu bergegas ambil anak-anak balik dari sekolah. Petang pulak hantar anak-anak ke kelas tambahan atau agama. Malam sediakan dinner, mengadap homework anak-anak. Dah settle baru boleh kemas dapur, settle laundry, sapu-sapu dan sebagainya. Lepas tu sebelum tidur, blogwalking dan update blog. Penatkan? Tapi maksu enjoyyy. Maksu suka dan puas hati semua kerja maksu yang buat hehehe..

Dulu masa maksu masih kerja,  bibik uruskan rumah, uruskan anak-anak ke sekolah, bibik yang masak, bibik yang tengok anak-anak pi sekolah naik van, bibik yang sambut anak-anak balik sekolah. Maksu? Dah maghrib baru sampai rumah...

Maksu ni jenis yang kalau boleh semua kerja nak buat sendiri. Itula kelemahan maksu. Micro manage. Semua benda yang kecik-kecik pun nak ambil tahu. Sebab tu maksu mudah stress. Pening lagi bila ada bibik ni. Ada aje kerja-kerja yang dia buat maksu tak puas hati. Tapi lama-lama maksu belajar untuk give and take. Mana-mana yang boleh ditolerate maksu pejam sebelah mata saja lah selagi tidak menjejaskan keselamatan anak-anak maksu.



Gambar dari google

Tapi, ada satu kisah yang maksu tak boleh lupa bila dia tinggalkan anak-anak maksu kat rumah (masa tu fawzan baru 5-6 bulan kot), dia pergi ke masjid seberang jalan untuk bayar zakat fitrah. Yang ni maksu marah sangat dan pesan jangan buat lagi. Jangan tinggalkan budak-budak ni walaupun sesaat!  Nak pergi mana-mana pun, tanya saya dulu.

Bila bibik dah cukup contract 2 tahun,  dia balik for goods. Tak nak sambung dah contract katanya sebab anak-anak dia kecik lagi. Dapatla bawak balik juta juta rupiah.  Lepas tu, lepas bibik dah balik kampung, kak ngah anak maksu yang umur 9 tahun keluar cerita sebenarnya bibik repeat lagi keluar rumah tak beritahu saya.  Pernah sekali dia balik rumah tapi bibik takda kat rumah. Dia nangis-nangis depan gate sebab bibik tak bukak kan gate. Nasib baik depan rumah maksu masa tu ada nursery. Pekerja nursery yang tolong datang tengokkan kak ngah dan bawak dia ke nursery kejap. Kak ngah kata bibik pergi ke klinik masa tu bawa fawzan dan bibik pesan jangan cerita kat ummi. Berderau darah maksu dengar cerita kak ngah ni. Ya Allah, memang Allah saja yang tolong masa tu jagakan kak ngah dari musibah. Mana la tahu ada penculik ka, pencuri ka..ya Allah nauzubillahi min zalik. Takpelah itu cerita lama. Alhamdulillah, takdak apa-apa yang tak elok jadi. Maksu pun dah lama maafkan dia. Cumanya buat pengajaran readers semua, sentiasa perhatikan bibik / pembantu rumah. Jangan lepas tangan dan sentiasa buat spot check. Tapi jangan terlalu mengongkong takut takut dia memberontak dan anak-anak kita pulak menjadi mangsa. Win-win Ok?

Dah melalut la plak cerita pasal bibik. Asalnya nak cerita tips parenting tapi termasuk bab bibik plak. Ok, lepas maksu berhenti kerja (kenapa maksu berhenti kerja? Nanti - nanti lah maksu cerita), maksu jadi Stay At Home Mother (SAHM) dan sekarang jadi Work At Home Mother (WAHM) plak selepas terjebak dengan bisness Shaklee.



Dalam banyak-banyak rutin harian maksu, yg paling maksu suka ialah bila ambil anak-anak pulang dari sekolah. Bila anak-anak lari mai kat maksu bila nampak maksu dan muka senyum aje. Terutamanya si Fawzan lah.  Lepas tu pot pet pot pet mulut non-stop cerita apa jadi kat sekolah.

Maksu suka juga waktu dinner. Semua dok kat meja makan sama-sama. Hari ni abah cerita kat anak-anak pasal peristiwa-peristiwa penting yg berlaku pada 10 muharram. Cerita kisah nabi musa guna tongkat pecah kan laut masa kena ligan ngan firaun. 

Lepas tu masuk bab usaha. Allah suruh usaha walaupun kita rasa macam tak boleh buat pun. Macam cerita nabi musa tadi dan juga kisah maryam goncang pokok kurma. Walaupun sebenarnya kalau Allah nak jatuhkan sendiri boleh ja.. tapi Allah suruh Maryam goncang jgk sikit supaya buah kurma jatuh. Kena usaha jgk sikit.


Waktu ni juga akan berlakulah sesi soal jawab. Ada jugak soalan-soalan yang luar dijangkaan ya. So, be prepared! Hihihi.. Waktu ni jugak sesuai sangat nak tanya anak-anak pasal apa jadi kat sekolah. 

So kesimpulannya, maksu enjoy dapat jadi SAHM sekarang. Urus sendiri rumah semua. Berbaloi berhenti kerja dan jaga sendiri anak-anak!

Selamat berpuasa 10 muharram  korang!

5 comments:

  1. "Maksu ni jenis yang kalau boleh semua kerja nak buat sendiri. Itula kelemahan maksu. Micro manage. Semua benda yang kecik-kecik pun nak ambil tahu. Sebab tu maksu mudah stress. Pening lagi bila ada bibik ni. Ada aje kerja-kerja yang dia buat maksu tak puas hati."
    ~> Yang ni saya 100% sama akak.
    Kalau tak ikut cara saya kemas rumah..saya memang tak puas ati n buat sendiri.

    ReplyDelete
  2. Maksu ada word verification.. Macam susah sikit nak komen:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak ye ke doc? Thank you doc for your feedback. nanti maksu kena check balik setting

      Delete
  3. tu lah... sekarang ni kena selalu tengok kan perkembangan orang yang jaga anak2.. kalau memang sedara sndiri and kita percaya xpelah.. nasib baik xde benda berlaku. alhamdulillah.

    budak2. kalau dia seronok dengan sekolah, sukalah dia bercerita. hehe. kita pun dengar je lah... kadang2 tu sampai berulang cternya ^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..best kan? tapi maksu tak tahan bila semua pakat nak cerita pada waktu yang sama.

      Delete

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...