Renungan masa tua

2-3 hari ni maksu sibuk sikit. Tak sempat nak tengok blog sangat. Anak-anak maksu ada "Mathday" rabu ni. Nak kena buat topi la...dan costume laaa.  Leceh betul. Anak-anak maksu ni macam-macam idea depa ni. Mintak itu, mintak ini... Maksu layan je la. Nanti maksu update topi dan costume depa bila dah siap. 

Maksu pun nak kena prepare bahan mengajar untuk kelas KAFA Jumaat ni. Nervous jugak nak mengajar budak-budak yang besar ni. Sebelum ni budak-budak kecik..Harap-harap semuanya ok ok je.  Buat permulaan ni, Maksu ambil topik-topik yang santai-santai dan tak berat sangat.  Ingat nak sentuh topik tentang "Thankfulness" dan "Kindness to Animals". InsyaAllah.

So, untuk entry hari ni, maksu copy paste je sedikit tazkirah yang maksu dapat dari group WhatsApp Shaklee maksu. Semoga bermanfaat ok.


"RENUNGAN MASA TUA"


1. Sisa hidup semakin pendek:
» yg boleh kita makan, makanlah;
» yg boleh kita pakai, pakailah;
» yg Ingin kita beli, belilah;
» kalau masih mampu memberi, berilah;
» masih mampu berbagi, berbagilah.

Kerana semua yg ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dgn ahli waris, Allah yg akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.
Nikmatilah hίdυρ ini dgn pasangan kita selagi masih ada.

2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dgn berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah & selalu mengucap syukur, kerana kita tdk tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.

3. Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI ! 

4. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang; membandingkan ke bawah, kita merasa lebih; bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti bahagia.
Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya. 

5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan --- >semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman.  
Yang terbaik dan terpenting adalah Perilaku Yg Baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal2 tercela, mengawal  diri.  
Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada...
dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin.
Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hίdυρ ini.

6. Kasih ibubapa  kepada anak2 tidak ada batasnya !!!.
Kasih anak2 terhadap ibubapa jelas batasnya.
Sedarlah! tatkala  anak sakit, hati ibubapa  terhiris;
tapi tatkala ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya2 ala kadar...
Anak2 memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku!!!
Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.

7. Rumah ibubapa  adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapanya. Ibubapa selalu memberikan anak2 tanpa batas...  tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada
ibu bapa. SELAMAT MENITI HARI TUA 
Aku berdoa.. Ya اَللّهُ : 
 Muliakanlah yang membaca pesan ini
 Lapangkanlah hatinya
 Bahagiakanlah keluarganya, dan
 Luaskan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan
 Mudahkan segala urusannya
 Kabulkan cita-citanya
 Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka
    Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar
 Jauhkan dari segala Musibah
 Serta terimalah semua amal ibadahnya, dan
 Kelak jadikanlah dia sebagai penghuni Syurga-MU.
آمِّيْنَ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Kirim ke semua orang dalam contact. Doakan mereka, dan mudah²an doa kita dikabulkan.
آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن
 kirimkan semula doa ini agar kita sentiasa saling mendoakan.

Maksu Hanim
SMS : 0164048891
WhatsApp : +974 55273585
 

2 comments:

  1. Salam kenal Hanim....
    Okje pun pernah dapat artikel tu.....dah savekan dlm blog pun....
    Mak su? Anak bongsu yeh....

    ReplyDelete
  2. ye Okje. anak bongsu ni :). TQ Okje sbb singgaih sini!

    ReplyDelete

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...