Petua rawatan hilangkan sakit ulser mulut

Selalu kena sakit mulut atau ulser mulut? Sakit kan bila nak makan. Kadang kadang minum air pun sakit. Apa tah lagi kalau makan makanan yang pedas pedas. Adoii...tak tahan sakitnya. 

Maksu dan keluarga maksu ni memang keturunan ulser mulut gamaknya. Adik beradik maksu semua, pada satu satu masa tu mesti salah sorang kami yang kena ulser mulut. Kalau jumpa adik beradik mesti pakat tunjuk time tu sapa yang ada ulser mulut. Kadang ulser ni tak jadi kat mulut...jadi kat lidah. Yang ni lagi teruk. Nak cakap pun sakit!!!... aduii... tapi baguslah. Gamaknya Allah nak hapuskan dosa-dosa kecil. Kurangkan bercakap benda-benda mengarut...perkara-perkara yang lagha. 

Apa itu ulser mulut?  

Ulser merupakan tompokan putih atau kuning yang terjadi di mulut atau lidah. Ulser ini mempunyai tanda kemerahan di sekelilingnya dan mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan. Kesakitan akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari tetapi ulser biasanya akan mengambil masa 10-14 hari untuk sembuh sepenuhnya. 



Bagaimana ulser mulut boleh terjadi? 
  • Tergigit atau luka. Mak mak yang ada anak kecik mesti selalu kena kan? Kekadang terkena kepala baby la, anak tertendang la..
  • Kurang minum air
  • Stress akibat tugasan yang terlalu banyak. 
  • Tidak menjaga kebersihan mulut dan gigi dengan betul.
  • Kekurangan nutrien dalam badan terutamanya asid folik, vitamin B6, vitamin B12 dan zat besi
  • Mewarisi daripada ibu bapa atau adik-beradik lain
  • Kekurangan zat besi seperti anemia (sejenis penyakit berkaitan dengan sel darah merah)

Tips rawatan ulser mulut.

Secara amnya tiada ubat khusus yang dapat menyembuhkan ulser ni. Yang penting perlu mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Banyakkan makan sayur sayuran, buah buahan dan minum air kosong yang secukupnya.

Tapi, untuk mendapatkan kelegaan yang sementara, boleh lah. Nak makan nak minum...nak cakap pun susah kan? boleh cuba beberapa jenis ubat ni. Maksu pernah guna semua ni. Bila guna tu kat tempat ulser tu rasa kebas kebas gitu. So, takdak lah rasa sakit sangat bila nak makan.

1. Bonjela (gel analgesik)


2. Oral Aid (gel analgesik)



3. Ubat serbuk cina. Boleh beli dekat kedai herba cina. Yang ni dah lama maksu guna sejak dari kecik lagi. Memang berkesan, insyaAllah. Tapi dah besar besar ni maksu tak guna dah. Susah dah nak cari. Guna yang canggih sikit macam bonjela atau oral aid sebab senang jumpa di farmasi.

TIPS-TIPS LAIN

  • Berkumur dengan antiseptik atau air garam. 
  • Kekalkan kesihatan mulut yang baik. 
  • Makan makanan yang lembut. 
  • Kurangkan makanan pedas dan berempah. 
  • Minum air secukupnya. Banyak minum air suam. 
  • Berehat dan tidur dengan cukup. 
  • Amalkan tabiat menjaga agar mulut dan gigi berada pada tahap kesihatan yang baik. 
  • Mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. 
  • Pastikan anda mengambil cukup vitamin B12 dan vitamin C.

Selepas maksu mengamalkan Shaklee, alhamdulillah, dengan izin Allah dah jarang sangat dapat ulser. Maksu ambil vitamin-vitamin berikut setiap hari:

1. B complex untuk sumber folic acid, B6 dan  B12. B complex juga dapat mengurangkan stress di kala sibuk bekerja.



2. Vitamin C Sustained Release bagi memastikan badan maksu sentiasa mengandungi Vitamin C yang diperlukan seharian.  




3. Vitalea, multivitamin terbaik yang lengkap dengan zat besi dan juga 30 nutrisi harian dari buah buahan dan sayur sayuran, 12 vitamins dan 7 minerals penting yang diperlukan oleh  badan.




Sekiranya ulser mulut masih berlarutan melebihi 2 minggu, silalah dapatkan pemeriksaan doktor pergigian ya!

BAGAIMANA SAYA NAK ORDER 3 VITAMIN SHAKLEE YANG BEST NI 

Untuk order VITAMIN-VITAMIN ni, boleh hubungi maksu terus dengan menghantar SMS / Call ke 0164048891atau boleh juga boleh WhatsApp ke no berikut :
 
  • Nor Hanim +974 55273585 (maksu sendiri) atau 
  • Puan Rohana 019 4777736 

atau buat pembelian sendiri sekarang dengan hanya menekan butang di bawah :

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=263903fbcdfed99b3332d4f0ee123e66

Untuk membeli pada harga yang lebih murah, jadilah ahli Shaklee, untuk mendapat penjimatan sehingga 20% ke atas semua pembelian produk Shaklee.

Nak tahu bagaimana anda boleh dapat  FREE shaklee membership yang bernilai Rm75? Hubungi maksu sekarang.


JADI AHLI SHAKLEE
 
 
Kami sangat mementingkan perkhidmatan selepas jualan. Setiap pembelian produk Shaklee dari kami, kami akan pastikan anda mendapat khasiat yang optimum dengan cara pengambilan supplement yang betul. Anda tak perlu pening-pening lagi mencari dan bertanya dengan agent Shaklee yang lain untuk mengadu masalah anda. Group kami mempunyai pakar-pakar yang sedaya upaya akan cuba menolong masalah anda. 

Jangan tunggu lagi. Hubungi maksu sekarang tau!


✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
SMS : 0164048891 
☎ WhatApp : +974 55273585 
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com

 

4 comments:

  1. salam perkenalan akak.... :D terima kasih yer sudi datang melawat blog kite...salam persahabatan yer... :D

    ReplyDelete
  2. terima kasih dik jenguk blog akak :). Salam ukhuwah!

    ReplyDelete

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...