Nasihat maksu untuk pemandu-pemandu di luar sana

Dalam masa seminggu dua maksu memandu hantar ambil anak-anak sekolah ni, ada beberapa incident di jalan raya yang banyak bagi pengajaran kat maksu.

Tapi sebelum tu, biaq maksu cerita sikit keadaan memandu di Qatar ni. Memandu di sini sangatlah mencabar. Antara sebabnya ialah :

1. Pemandu yang kurang kesedaran sivik. Memandu tanpa menggunakan signal dan laju. Maksu pernah nampak pemandu yang menyeberang jalan walaupun ada divider setinggi sejengkal lah lebih kurang. 

2. Jalan raya yang banyak round about. Yang ni yang tak tahan. Boleh kena hon hon sampai naik stress. 

3. Banyak construction di jalan raya. Banyak jalan tutup dan sempit. Jem!

Gambar dari google


Ok, berbalik kepada cerita maksu tadi. 

#incident pertama

Kena potong line. Ada kereta yang datang lambat zaaasssss...potong line sebab nak cepat!. Yang ni maksu geram sangat tau. Semua orang nak cepat. Al kisahnya maksu beratur kat guard house untuk masuk ke satu kawasan perumahan. Maksu nak ambil anak maksu yang dah habis kelas. Ada masa lagi 5 minit tu kelas nak habis. Barisan panjang sangat. Ntah lah kenapa. Biasanya tak banyak kereta macam ni. Rasanya sebab ada event atau game kat dalam compound ni rasanya. Kemudian, tiba-tiba aje ada sebuah kereta merah mai himpit kat depan nak potong line. Amboi amboi...senang senang je ek. 2 biji kereta depan maksu tak bagi chance. Tapi bila dia nampak maksu...terus dia maju ke depan lagi. Agaknya dia nampak kita muka orang Asia, perempuan pulak tu, dia ambil kesempatan. Yang maksu geram tu..sikit pun tak angkat tangan, nak ucap terima kasih ka apa...siap kepala lenggok lenggok rasanya dok dengar lagu sambil nyanyi-nyanyi....sakit hati betul. Istighfar lah banyak-banyak time tu. Apa yang nak kalut sangat? Bukan ada budak kecik dalam keta tu. Semuanya belia-belia belaka. Kalau ikutkan hati nak ja maksu keluar dari line, pastu potong dia balik. Tapi maksu malas nak lebih lebih pulak. Maksu just inform kat pak guard kata kereta kat depan tu potong line. Maksu ada ambil gambar kereta tu. Kalau ikut hati, rasa macam nak post je gambaq dia kt FB, bagi satu dunia tau....grrrrrr...



Gambar dari google


#incident kedua

Maksu parking kereta tepi jalan. Tapi disebabkan jalan sempit, ada kereta yang gedabak besar (kereta kat sini semua besar-besar uoolllss) srrreetttt...side mirror dia langgar side mirror kereta maksu. Bercalar lah sikit. Tapi, driver tu stop kereta dan turun mai check tengok ok ka tak. Kalau tak memang maksu nak naik geram dah. Tapi bila dia mai check tengok ok ka dak, bercalar sikit saja..maksu kata ok no problem je. Haa...macam ni baru ok. Pemandu berhemah. Nak marah pun tak jadi. Hihihi...

Nasihat maksu untuk pemandu-pemandu diluar sana, memandu lah secara berhemah. Ikuti peraturan jalan raya. Jangan potong Q. Kalau buat silap, mintak maaf. OK? 
Sekian cerita maksu. Apa cerita memandu korang yang korang tak boleh lupa?  Cuba share sikit? 

4 comments:

  1. Replies
    1. itula doc. Ternganga mulut kami dalam keta tengok nya. pak pak arab ni apa kisah. rosak kereta beli baru.

      Delete
  2. cerita memandu yang saya tak boleh lupa pulak sebab tak lepas jpj test sampai sekarang. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai dik fafa...cuba lagi k. gagal sekali bukan gagal forever tau! gud luck!

      Delete

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...