Mudahnya Resepi Tiramusi Sedap : Buat Yang Selalu Buat Kek Tak Jadi Macam Maksu!

Pencetus semangat maksu untuk buat sendiri tiramisu adalah apabila anak menakan dok sebut sebut nak order tiramisu dalam whatsapp group 'keluargaku' untuk hari raya haji. Maksu teringin sangat nak makan tapi nak order kat sapa dan di mana? Berada di perantauan begini bukannya senang boleh main order order tunjuk tunjuk macam di Malaysia.  Dah lah maksu ni bab bab masak kek ni sangat lah gagal. Kek tak pernah jadi elok. Ada saja yang tak kena. Overcooked la ... tak moist la, keraslah...dan macam macam lagi.

Maksu bukak google dan cari resepi tiramisu.  Maksu jumpa satu blog ni.

http://www.ciktom.com/resepi-tiramisu-style-biskut-marie-mudah-dan-sedap/

Thank you Cik Tom!

Baca baca macam senang. Bahan bahan pun senang. So maksu excited sangat nak cuba buat. 

Ok bahan-bahan dia maksu list kat sini

Untuk krim :
250ml whipping krim
Satu ketul krim cheese
Setengah cawan gula castor
Satu sudu teh esen vanilla


Untuk lapisan biskut :
Biskut meri (maksu guna finger biskut)
2 sudu serbuk nescaffe
Setengah cawan air panas


Serbuk koko / coklat untuk tabur tabur



Bahan-bahan penting untuk buat tiramisu. Maksu tak jumpa cream cheese yang seketul macam kat bawah ni. So maksu guna cream cheese spread. 



Cara-caranya :
1. Campur semua adunan untuk krim. Pukul guna mixer adunan krim ni sampai sebati dan kembang. Pukul mula dengan speed yang rendah dulu. Kemudian baru naikkan speed slow slow. Bila dah kembang dan gebu, ketepikan dulu.


2. Bancuh nescaffe dengan air panas. Kemudian, tuang air nescaffe dalam pinggan atau mangkuk kecil. Lembapkan biskut meri dalam air nescaffe tu. Pedap dua dua belah. Tapi jangan sampai lembut biskut tu. Bagi basah basah ja.

3. Dah boleh mula susun tiramisu ni. Guna bekas yang transparent...sebab nak bagi nampak cantikkan. Susun mula dengan biskut meri yg dah basah tu. Lepas tu letak lapisan krim cheese. Lepas tu tabur serbuk koko atau milo. Tabur guna penapis ye baru cantik. Takdaklah berketul ketul.

4. Lepas tu lapiskan semula dengan biskut, krim cheese, milo / koko sampai habis dan atas sekali tabur milo / koko.




5. Ok dah siap! Masukkan dalam peti ais semalaman. Esok dah boleh makan!


JADI AHLI SHAKLEE


Hubungi maksu!


 
✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
 
SMS : 0164048891 
 
☎ WhatApp : +974 55273585 
 
Email : minahron@gmail.com 
 
souqvitamin.blogspot.com
 

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...