Kisah Zaman Sekolah Yang Tidak Mungkin Maksu Dapat Lupakan

Dalam banyak-banyak zaman sekolah, zaman sekolah rendahlah yang paling maksu ingat sangat. Sebab zaman ni banyak sangat kisah suka duka bersama kawan-kawan sekolah dan kisah bagaimana maksu kehilangan ayah tercinta. Alamakk...intro yang sangat tak best kan? uhukk uhukkk uhukk...

Masa sekolah rendah dulu maksu ingat lagi bila time rehat mesti semua kalut nak main batu selambut (batu seremban). Bunyi ja loceng, pakat cari geng bersila kat lantai. Tambah, pangkoq, otak ligat dok kira. Patut la dulu-dulu tak yah pi kelas Kumon ka, mental arithmetic ka, sebab masa main tu dah memang dok latih otak bagi cepat kira. Ruginya budak-budak sekarang termasuk la anak-anak maksu. Maksu pun la ni dok slow slow ajaq anak-anak maksu main batu selambut. Tapi payahnyaaa...jari keras. Nak pangkoq pun tak reti. Aduiii... 


Selain batu selambut, masa rehat suka juga main lompat getah...zero point. Tak tahu la masa tu bau busuk jangan cerita la kan? Berpeluh-peluh. Agaknya cikgu-cikgu masa tu redha ja lah mengajaq anak-anak murid yang bau macam-macam. Lepas main zero point, main ligan-ligan pulak (kejar-kejar). Dapat bayang dak main zero point ngan ligan-ligan dengan pakai baju kurung? Terbaik kan? hihihi



Itu cerita waktu rehat. 

Cerita waktu belajar pulak. Antara cikgu yang paling maksu ingat Cikgu Hamidah (ajar math), Cikgu Siva (ajar english) dan Ustaz Musa (ajar pendidikan Islam). Ustaz Musa lah yang paling maksu gerun. Salah sikit kena lempang. Maksu pun pernah kena lempang sebab tak boleh jawab soalan. Berdiri atas kerusi tu dah biasa la kan. Tapi maksu tak berani cerita kat mak maksu sebab maksu tau, kalau cerita nanti maksu pun kena marah jugak dengan mak. So maksu diam-diam je la. 

Masa darjah 6, tinggai 2-3 minggu lagi nak ambil UPSR, maksu kehilangan ayah maksu. Accident dengan lori. Masa tu maksu kat sekolah. Balik sekolah baru tahu cerita betul. Masa kat sekolah tu, takdak sapa yang bagitau. Dengar dari kawan-kawan je, tapi tak sahih sebab ada kata betul, ada yang kata bukan Cikgu Hassan (ayah maksu orang panggil Cikgu Hassan). Abih je waktu sekolah, maksu naik basikal balik rumah tengok orang dah ramai-ramai kat rumah, Maksu lari peluk kakcag maksu. Masa tu baru tahu ayah dah takdak. Sedih sangat... AlFatihah untuk ayah tercinta. InsyaAllah, semoga ketemu kita di syurga nanti ye Ayah. 

Oklah..maksu tak mau cerita panjang-panjang satlagi banjir lagi rumah ni.


3 comments:

  1. Innalillahi wa inna ilaihi raji`un. Moga ayah maksu dikumpulkan dengan para syuhada' wa solihin. Amin!

    ReplyDelete
  2. kitorang pun kalau ada masa free je dalam kelas, mesti main batu seremban. hehe. kadang2 pakai batu. kadang2 pakai kcang hijau. tapi seronok sangat! ^^, kejar2 tu time tadika je rasanya. dah besar sikit macam malu. hehe..

    takziah dari saya... nampaknya maksu lagi cepat kehilangan arwah ayah berbanding saya. arwah abah saya meninggal waktu saya umur 14 tahun. accident juga masa kat Mekah. dah takdir.. x dapat nak tengok arwah abah kali terakhir..

    sabar lah ye maksu. semoga arwah ayah maksu ditempatkan bersama hamba2 ALLAH yang beriman.

    ReplyDelete
  3. tq dik Amy J :) Takziah jugak utk adik Amy. MasyaAllah meninggal kat Mekah, tanah suci...meninggal semasa menjadi tetamu Allah. Impian semua orang Islam. Dikebumikan di Mekah lah ye? Semoga arwah ayah adik ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Innalillahi wa inna ilaihi raji`un.

    ReplyDelete

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...