Cerita Parents-Teacher Meeting di Sekolah Anak-Anak Maksu

2 hari berturut semalam dan kelmarin maksu ada Parents-Teacher Meeting di sekolah anak-anak maksu. Anak-anak maksu semua di sekolah yang sama. Grade 6 (10 tahun), Gred 5 (9 tahun) dan Reception (5 tahun). Anak-anak maksu bersekolah di International School di Al Khor, Doha (Compass International School)


Alhamdulillah, semua feedback dari cikgu semuanya OK. Kaklong in Gred 6 tu now yang top in the class. Kaklong confident level dia sangat tinggi. Tak pemalu macam umi dia dulu-dulu. Kakngah pulak pendiam sikit. Tak berapa nak konfident sangat. Fawzan pulak so far ok. Seronok ke sekolah. Ramai dah kawan dalam kelas dan dah boleh participate in the class. Umi memang cakap bahasa melayu dengan anak-anak umi. Takut jugak fawzan tu tak pandai bergaul dalam kelas sebab takut tak pandai english. Tapi alhamdulillah, cikgu kata dia dah boleh bergaul dan boleh dah jawab soalan-soalan cikgu tanya dalam kelas. Kadang-kadang umi perasan kat rumah pun dia dah cakap english sikit sikit ngan kakak-kakak dia. 

Overall, cikgu puji la anak-anak maksu. Cehhh... puji maksu juga sebab didik anak-anak dengan elok. Yela..macam-macam bangsa ada kat sekolah ni. Macam-macam perangai juga. Kita orang melayu memang terkenal dengan budi bahasa kan?

Hahaha...well, kesemua Parents-Teacher Meeting yang pernah maksu attend selama ni pun, semua nya yang positif ja. Tak dak yang negatif. Fantastic, wonderful, excellente...semua kat mulut cikgu-cikgu ja. Mana nak ada yang nak bagi komen negatif kot kan? Lebih kurang sama ja la komen-komen depa. Tapi apa-apa pun, alhamdulillah di atas kurniaan Allah ini. 




Ada satu ja masalah bila maksu attend meeting ni. Maksu pi sorang-sorang sebab paksu kerja. Cikgu-cikgu budak-budak ni semuanya from British. Slangnya ya ampun maksu tak berapa nak faham. Jenuh tenung mulut apa la dia sebut. Kalau ada paksu ok la sebab dia pernah study kat Scotland. Maksu ni study kat Perak-land ja. Hihihi... Tapi, konfident level kena tinggi. Buat-buat paham, angguk-angguk ja lah. Hahaha... 

6 comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...