Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Winter! Apa? Padang pasir jadi padang ais ke?

Salam Jumaat buat semua!

Dah habis baca al-Kahfi? 

Awal-awal pagi ni maksu bukak pintu nak basuh baju. Terasa nyaman sekali udaranya! Yeayy..itu tandanya Qatar dah nak masuk musim sejuk. 

Eh, negara padang pasir pun ada musim sejuk ke? Maksu pun dulu-dulu dok ingat negara-negara arab ni musim panas sepanjang tahun hahahah...tapi rupa-rupanya ada jugak musim sejuk. Tapi tidaklah sejuk seperti di Canada ya! Padang pasir di Qatar ni takde lah berubah menjadi padang ais. Takdak snow pun. Cumanya sejuk saja. Paling sejuk dalam 11-14 deg macam tu. Malam-malam kadang-kadang kena jugak pasang heater. 

Bila tiba musim sejuk ni, macam-macam lah aktiviti outdoor yang boleh buat. Antaranya, gardening, picnic, morning walk,  cycling,  kalau yang beranak kecil tu...main playground. Aktiviti yang paling femes kat sini ialah berkelah / picnic. Samada di park ataupun pantai. Park park kat sini  bersih dan cantik. Boleh baring-baring gitu. Hihihi...

Satu lagi bila time sejuk-sejuk ni orang suka pi sand dune. Yang femes sekali kat Qatar ni bersand dune di Inland Sea. Boleh google kalau nak tahu details. Ni gambar bawah ni pun maksu cilok dari google. Thank you mr Google. Maksu tak pernah sampai lagi. So, no pictures yet. Hehehe...

Biasanya orang bercamping kat sana. Maksu yang beranak kecik ni belum ada keperluan lagi. Bukan apa...satlgi sorang nak kencing...sorang nak berak..haa...payah tu nak kena korek lubang angkut air. Tak kuasa hahaha...
 

Peta kat atas tu tunjuk kat mana terletaknya Inland Sea. Kalau dok kat Inland Sea tu dah nampak dah tanah Arab di sebelah. 

 
Picture taken from  http://holmesinmotion.blogspot.com/2013/05/inland-sea.html


Gardening pun maksu suka. Suka jee...tumbuh ke dak belakang kira ya. Masa ni lah nak tanam pokok cabai ka, sayur sawi ka, kangkung ka, daun sup ka, dan segala macam daun. Sayur-sayur hijau sini dijual agak mahal. So, lebih baik tanam sendiri...

Ok...sini dulu. Nak pi lipat baju yang bergunung-gunung.

Maksu Hanim
SMS : 0164048891
WhatsApp : +974 55273585

12 comments:

  1. Replies
    1. Ha biasanya waktu pagi dan malam. Tgari dalam 18-19 mcm tu.

      Delete
  2. Replies
    1. hihihi..tq farah. Harap2 menjadilah tahun ni. Wish me luck!

      Delete
  3. Aida pon suka cucuk tanam..tapi semuanya tak start lagi..ntah bile nak start ntah..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom aida! Best cucuk tanam, boleh release stress hehehe. Btw, tq sebab sudi singgah sini

      Delete
  4. Rajin betul maksu bercucuk-tanam.
    Tapi, mmg baguslah kalau keluar hasil tak perlu susah2 pi beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la doc. Sini sayur mahai2. Nak beli pun tak sampai hati! Kangkung seikat dalam rm20+! Nak beli pun tak sanggup.

      Delete
  5. Ohhhh Hanim duk Qatar yer..... Sejuk jugaklah kalau 11 ke 14 deg...Best jugak yek dpt rasa musim lain hihi....Seronok ke duk negara orang Nim?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu paling sejuk lah tu. Tapi biasa2 dalam 17-18 gitu waktu siangnya. hujan batu di negara orang, hujan emas di negara sendiri! Rindu malaysia! :)

      Delete
  6. 11-14 mmg sejuk bagi saya . mau tebal baju den pakai ... bestlah mcm tu . ada matahari tapi sejuk . piknik pun nyaman jer ... klu tanam sayur blh hidup , baik menanam , jimat lah kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang picnic salah satu aktiviti wajib sini masa musim sejuk Vee. :)

      Delete

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...