Makanan Yang Boleh Mengurangkan Kolesterol

Makanan Yang Boleh Mengurangkan Kolesterol

1. SOYA

Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI

Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi

3. BUAH KERING

Pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL

Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan

5. IKAN TUNA

Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH

Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung

7. MANGGA

Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh

8. KISMIS

Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT

Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda

10. JAMBU BATU

Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai



Fb Nor Hanim Abu Hassan ✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin ☎ WhatApp : +974 55273585 Email : minahron@gmail.com souqvitamin.blogspot.com

Tazkirah Petang

Maksu tengah tunggu anak abih mengaji. Sambil2 tu update blog. Cerita kat bawah ni ada kawan maksu share dalam group whats app. So maksu share kat sini untuk tatapan semua reader

#Refleksi diri

Baca la..sedih

Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat 5A UPSR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...

Dulu saya dapat 8A dalam PMR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya...

Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya....

"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak..."

Kata mereka....

Tapi...

Pada suatu Subuh...

Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu...

Saya bacakan surah Abasa...

Dan sebak ketika sampai ayat:

Yaumayafirrul mar'umin akhih.....

Wa ummihi...wa Abih....

Selesai solat, semasa perjalanan pulang...

Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?

Saya jelaskan....

Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya...

Ibunya...

Ayahnya....

Isterinya...

Anak-anaknya...

Saya katakan...

Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya...

Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila...

Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak
bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut......

Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak...

Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya...

Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga  tak bagi mudarat pada saya...

Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?

Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata....

"Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik..."

Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku...

Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji....

Wahai hamba Allah...

Apa sebenarnya yang kalian kejar?

Apa pula sebenarnya yang kejar kalian?

Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia...

Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?

Wahai  saudaraku...

Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?

Sebelum lubang kubur kalian akan digali?

Apa yang aku dan kalian ada.. untuk Allah dan Rasul bangga?

*self-reminder*
Masalah KITA yg masih bernyawa ni....dah ambik bekal kah belum...atau masih leka dengan mainan2 sekeliling kita.....

Bak kata kalam saiyidina Ali r.a...."Hidup di dunia ini ramai yg terlena, akhirat nanti baru terjaga."

Jangan kita masuk dalam golongan yg "ramai" tu....sebab yg ramai tu kononnya 'normallah' di akhir zaman ni...

Masuklah dlm golongan yg sedikit...sbb yg sedikit itu akan masuk syurga...selama2nya...
"pesanan utk KITA...saya sekali yg banyak dosa ni"

sgt memberi keinsafan
 
Sebarknlah,xperlu nk sebar ke 20 org,40 org mahupn 100 org.

Sebar je seikhlas hati demi secubit keinsafan diri.

Thankfulness, Syukur

Maksu tengah prepare bahan mengajar tentang konsep syukur untuk KAFA jumaat ni. Jadi Maksu nak share jugak ngan hangpa semualah kat blog ni. Cerita-cerita konon-konon tengan bercerita kat anak murid. hihihi...kalau tak paham sila komen na. 

=======================================
Thankfulness

Look all facility around you. Macam-macam ada kan?
è  Masuk je dalam community apa yang ummi Nampak?
You don’t have to go far, just look at your self. When you woke up in the morning, you still have eyes, have ears, have hands, legs, beautiful faces and others.
Imagine if you woke up in the morning, suddenly you cannot open your eyes, Allah took you face, tetiba your face become senget, ugly etc.
So, be thankful and what you have right now. The question is, how? Betul tak?
Before we go further, let us see what is thankfull itself.
Thankfulness in Bahasa è  appreciativeness, gratefulness, gratitude, syukur
Looks very simple kan?

Now lets go more details.
In Islam, Thankfullness is being in state of syukur for all nikmat that has given by Allah.

Sharing dari Prof Muhaya

Before I came to this class, I have heard sharing or talk by Prof Muhaya on Syukur / Thankfullness. Very interesting indeed.

She said, look around you, you have all facilities that you want..transport, playground,  clubs, swimming pool.. etc.  It is in good condition right? So how to be thankful, to show our gratitiude? Anyone can answer this?
Yes, to show our gratitude is by taking good care of all these facilities. Jaga dengan baik. Guna dengan baik. Prof Muhaya give an example of public toilet. As a muslim, after we use the toilet, make sure the toilet is look better and cleaner for next person coming in. If you see some dirt on the floor, sand ke, just guna air and simbah2 bersihkan lantai tu. So next person who want to use the toilet best aje kan nak guna toilet tu. Nampak dan rasa bersih je. Kita secara tak langsung memudahkan urusan orang lain.

Don’t wait and depends cleaner aje.  Especially kat rumah. Some of us ada maid, or daily maid yang datang clean our house. Sometime we take things for granted kan. Ahhh takpelah kotor sikit nanti maid cuci. Haa..this one is not right. We to become as a good muslimah, a good leader have to show good example. Lagi lagi kalau kita anak sulong kan?
Kalau rumah yang takdak maid tu, lagiiii lah kena jaga elok-elok. Help your mum to cook, clean the house, wash the dishes…ala semua pun dah besar. Umi tak payah cakap dah ni kan?
Satu lagi Prof Muhaya ada sebut is being kind to other people that we don’t know is the best rewards by Allah. Kita buat dengan penuh ikhlas betul kan? Macam public toilet tu lah. We don’t know who will enter the public toilet after us but we make sure the toilet is clean.


Tips for being thankful : 

1. Reflect ourself early in the morning. Bangun pagi2, duduk sekejap look at your self ada kaki, tangan, hidung mata semua. Masuk toilet bukak paip ada air.  And then kita berbalik kepada pencipta iaitu Allah.  Doa apa yang kita nak untuk hari ni. Bagi contoh. Nak Berjaya dalam exam hari ni. Doa supaya Allah mudahkan dan terangkan hati kita.

2. Let begin our day with Thankful to Allah, syukur pada Allah di atas nikmat yang Allah beri pada kita.

3. Full of love / kasih sayang. Contoh, kalau kita nmpak mat rempit ke, road bully ke, please do not get angry easily. What you can do is pray for them, doakan mereka to become a good muslim. Maafkan mereka. Jangan maki hamun use bad words dan sebagainya. Doa yang ikhlas insyaAllah malaikat akan sama-sama berdoa. Be kind to others, pray for others, jangan sakitkan hati, InsyaAllah Allah tak akan sakitkan hati kita. Aman dunia ni kan?
è full of love ni general ye. Bukan cinta monyet tau!

What make people find difficult to be thankful? 

1.     Don’t have much time
2.     Unable to see its benefit
3.     Too busy with work
4.     Always complain / berungut

Opposite of Thankfullness è Complain

Dia semua aje yang betul, ego. Tak betul ni.
Lets look at Prophet Sunnah. He never complain, don’t blame others, full of love. Masyaallah.
Takdak konsep tahun baru, azam baru ni sebenarnya. Hari-hari sepatutnya mula hari baru azam baru niat baru.
Bersyukur hari ini untuk kebahagian hari esok

Renungan masa tua

2-3 hari ni maksu sibuk sikit. Tak sempat nak tengok blog sangat. Anak-anak maksu ada "Mathday" rabu ni. Nak kena buat topi la...dan costume laaa.  Leceh betul. Anak-anak maksu ni macam-macam idea depa ni. Mintak itu, mintak ini... Maksu layan je la. Nanti maksu update topi dan costume depa bila dah siap. 

Maksu pun nak kena prepare bahan mengajar untuk kelas KAFA Jumaat ni. Nervous jugak nak mengajar budak-budak yang besar ni. Sebelum ni budak-budak kecik..Harap-harap semuanya ok ok je.  Buat permulaan ni, Maksu ambil topik-topik yang santai-santai dan tak berat sangat.  Ingat nak sentuh topik tentang "Thankfulness" dan "Kindness to Animals". InsyaAllah.

So, untuk entry hari ni, maksu copy paste je sedikit tazkirah yang maksu dapat dari group WhatsApp Shaklee maksu. Semoga bermanfaat ok.


"RENUNGAN MASA TUA"


1. Sisa hidup semakin pendek:
» yg boleh kita makan, makanlah;
» yg boleh kita pakai, pakailah;
» yg Ingin kita beli, belilah;
» kalau masih mampu memberi, berilah;
» masih mampu berbagi, berbagilah.

Kerana semua yg ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dgn ahli waris, Allah yg akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.
Nikmatilah hίdυρ ini dgn pasangan kita selagi masih ada.

2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dgn berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah & selalu mengucap syukur, kerana kita tdk tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.

3. Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI ! 

4. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang; membandingkan ke bawah, kita merasa lebih; bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti bahagia.
Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya. 

5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan --- >semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman.  
Yang terbaik dan terpenting adalah Perilaku Yg Baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal2 tercela, mengawal  diri.  
Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada...
dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin.
Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hίdυρ ini.

6. Kasih ibubapa  kepada anak2 tidak ada batasnya !!!.
Kasih anak2 terhadap ibubapa jelas batasnya.
Sedarlah! tatkala  anak sakit, hati ibubapa  terhiris;
tapi tatkala ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya2 ala kadar...
Anak2 memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku!!!
Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.

7. Rumah ibubapa  adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapanya. Ibubapa selalu memberikan anak2 tanpa batas...  tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada
ibu bapa. SELAMAT MENITI HARI TUA 
Aku berdoa.. Ya اَللّهُ : 
 Muliakanlah yang membaca pesan ini
 Lapangkanlah hatinya
 Bahagiakanlah keluarganya, dan
 Luaskan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan
 Mudahkan segala urusannya
 Kabulkan cita-citanya
 Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka
    Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar
 Jauhkan dari segala Musibah
 Serta terimalah semua amal ibadahnya, dan
 Kelak jadikanlah dia sebagai penghuni Syurga-MU.
آمِّيْنَ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Kirim ke semua orang dalam contact. Doakan mereka, dan mudah²an doa kita dikabulkan.
آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن
 kirimkan semula doa ini agar kita sentiasa saling mendoakan.

Maksu Hanim
SMS : 0164048891
WhatsApp : +974 55273585
 

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Winter! Apa? Padang pasir jadi padang ais ke?

Salam Jumaat buat semua!

Dah habis baca al-Kahfi? 

Awal-awal pagi ni maksu bukak pintu nak basuh baju. Terasa nyaman sekali udaranya! Yeayy..itu tandanya Qatar dah nak masuk musim sejuk. 

Eh, negara padang pasir pun ada musim sejuk ke? Maksu pun dulu-dulu dok ingat negara-negara arab ni musim panas sepanjang tahun hahahah...tapi rupa-rupanya ada jugak musim sejuk. Tapi tidaklah sejuk seperti di Canada ya! Padang pasir di Qatar ni takde lah berubah menjadi padang ais. Takdak snow pun. Cumanya sejuk saja. Paling sejuk dalam 11-14 deg macam tu. Malam-malam kadang-kadang kena jugak pasang heater. 

Bila tiba musim sejuk ni, macam-macam lah aktiviti outdoor yang boleh buat. Antaranya, gardening, picnic, morning walk,  cycling,  kalau yang beranak kecil tu...main playground. Aktiviti yang paling femes kat sini ialah berkelah / picnic. Samada di park ataupun pantai. Park park kat sini  bersih dan cantik. Boleh baring-baring gitu. Hihihi...

Satu lagi bila time sejuk-sejuk ni orang suka pi sand dune. Yang femes sekali kat Qatar ni bersand dune di Inland Sea. Boleh google kalau nak tahu details. Ni gambar bawah ni pun maksu cilok dari google. Thank you mr Google. Maksu tak pernah sampai lagi. So, no pictures yet. Hehehe...

Biasanya orang bercamping kat sana. Maksu yang beranak kecik ni belum ada keperluan lagi. Bukan apa...satlgi sorang nak kencing...sorang nak berak..haa...payah tu nak kena korek lubang angkut air. Tak kuasa hahaha...
 

Peta kat atas tu tunjuk kat mana terletaknya Inland Sea. Kalau dok kat Inland Sea tu dah nampak dah tanah Arab di sebelah. 

 
Picture taken from  http://holmesinmotion.blogspot.com/2013/05/inland-sea.html


Gardening pun maksu suka. Suka jee...tumbuh ke dak belakang kira ya. Masa ni lah nak tanam pokok cabai ka, sayur sawi ka, kangkung ka, daun sup ka, dan segala macam daun. Sayur-sayur hijau sini dijual agak mahal. So, lebih baik tanam sendiri...

Ok...sini dulu. Nak pi lipat baju yang bergunung-gunung.

Maksu Hanim
SMS : 0164048891
WhatsApp : +974 55273585

Tips Memulakan Hari Yang Ceria, Segar dan Bertenaga!

Tips maksu simple aje. Kalau nak pagi-pagi rasa fresh, ceria, tak dak mood pastikan buat 2 perkara ni secara konsisten : 

1. Bangun awal pagi. Lepas subuh jangan tidur dah tau. Sebelum solat subuh tu, buat solat sunat 2 rakaat sebelum subuh dulu. Kalau kita bangun awal-awal pagi, macam-macam boleh buat. Jogging ka, zikir ka, buat kerja-kerja rumah ka kan?

2. Pastikan ambil breakfast yang berat dan berkhasiat. Tak sempat breakfast? Ok sat maksu tunjuk cara dia....

Tadaaaa....Ni dia breakfast awal pagi maksu. Biasa awai-awai pagi perut dah krukk krakk krukk krakkk bunyi kan? Maksu lapik perut dulu dengan shake ni. Sumber protein dan energy booster maksu. Biasanya Maksu memang tak sempat nak breakfast dulu sebelum hantar anak sekolah. So sambil driving masa tengah jem, tengah tunggu traffic light, tengah tunggu turn kat round about...sambil nyanyi-nyanyi ngan anak-anak maksu minum shake ni le. Shake ni alhamdulillah dengan izin Allah rasa kenyang dan badan rasa bertenaga.


Apa resepi shake maksu?

Maksu shake 3 benda hebat ni iaitu :

1. ESP - sumber protein
2. Mealshake - sumber vitamins dan minerals
3. Performance drink - elak dehydration

2 sudu ESP
2 sudu mealshake
2 sudu besar performance drink

Campur semua dalam shaker, letak air sejuk atau air suam...then shake sampai larut semua. Boleh terus minum. Sedap! Kalau nak lagi sedap boleh tambah susu fresh ke, blend dengan buah-buah ke.. letak susu coklat ke...ikut suka.  Senang aje. 

Nak tahu details lagi pasal shake ni boleh terjah entry maksu kat sini ye : MIGHTY 3 GEM
Sarapan segera ni sesuai sangat untuk yang very the busy setiap pagi tu. Lagi lagi yang bekerja. Nak siapkan anak sekolah lagi..suami kerja lagi. Cari stokin anak, stokin suami...dah jadi macam tangan octopus kan? Hihihi...

Untuk breakfast dan bekal anak-anak sekolah hari ni maksu buat Spagetti Olio. First time buat ni. Anak-anak kata sedap umi. Rasa dia ok lah boleh tahan...sedap walaupun maksu derhaka sikit hihihi... Dalam resepi suruh letak pati ayam..maksu tak letak pun sebab memang tak dak stok pati ayam kat rumah ni. 


Resepi Spagetti Olio ni  maksu amik kat sini :   Resipi zeera : Spaghetti Seafood Aglio Olio 

Selamat mencuba! 

Maksu
0194048891
WhatsApp : +974 55273585
 

Nasihat maksu untuk pemandu-pemandu di luar sana

Dalam masa seminggu dua maksu memandu hantar ambil anak-anak sekolah ni, ada beberapa incident di jalan raya yang banyak bagi pengajaran kat maksu.

Tapi sebelum tu, biaq maksu cerita sikit keadaan memandu di Qatar ni. Memandu di sini sangatlah mencabar. Antara sebabnya ialah :

1. Pemandu yang kurang kesedaran sivik. Memandu tanpa menggunakan signal dan laju. Maksu pernah nampak pemandu yang menyeberang jalan walaupun ada divider setinggi sejengkal lah lebih kurang. 

2. Jalan raya yang banyak round about. Yang ni yang tak tahan. Boleh kena hon hon sampai naik stress. 

3. Banyak construction di jalan raya. Banyak jalan tutup dan sempit. Jem!

Gambar dari google


Ok, berbalik kepada cerita maksu tadi. 

#incident pertama

Kena potong line. Ada kereta yang datang lambat zaaasssss...potong line sebab nak cepat!. Yang ni maksu geram sangat tau. Semua orang nak cepat. Al kisahnya maksu beratur kat guard house untuk masuk ke satu kawasan perumahan. Maksu nak ambil anak maksu yang dah habis kelas. Ada masa lagi 5 minit tu kelas nak habis. Barisan panjang sangat. Ntah lah kenapa. Biasanya tak banyak kereta macam ni. Rasanya sebab ada event atau game kat dalam compound ni rasanya. Kemudian, tiba-tiba aje ada sebuah kereta merah mai himpit kat depan nak potong line. Amboi amboi...senang senang je ek. 2 biji kereta depan maksu tak bagi chance. Tapi bila dia nampak maksu...terus dia maju ke depan lagi. Agaknya dia nampak kita muka orang Asia, perempuan pulak tu, dia ambil kesempatan. Yang maksu geram tu..sikit pun tak angkat tangan, nak ucap terima kasih ka apa...siap kepala lenggok lenggok rasanya dok dengar lagu sambil nyanyi-nyanyi....sakit hati betul. Istighfar lah banyak-banyak time tu. Apa yang nak kalut sangat? Bukan ada budak kecik dalam keta tu. Semuanya belia-belia belaka. Kalau ikutkan hati nak ja maksu keluar dari line, pastu potong dia balik. Tapi maksu malas nak lebih lebih pulak. Maksu just inform kat pak guard kata kereta kat depan tu potong line. Maksu ada ambil gambar kereta tu. Kalau ikut hati, rasa macam nak post je gambaq dia kt FB, bagi satu dunia tau....grrrrrr...



Gambar dari google


#incident kedua

Maksu parking kereta tepi jalan. Tapi disebabkan jalan sempit, ada kereta yang gedabak besar (kereta kat sini semua besar-besar uoolllss) srrreetttt...side mirror dia langgar side mirror kereta maksu. Bercalar lah sikit. Tapi, driver tu stop kereta dan turun mai check tengok ok ka tak. Kalau tak memang maksu nak naik geram dah. Tapi bila dia mai check tengok ok ka dak, bercalar sikit saja..maksu kata ok no problem je. Haa...macam ni baru ok. Pemandu berhemah. Nak marah pun tak jadi. Hihihi...

Nasihat maksu untuk pemandu-pemandu diluar sana, memandu lah secara berhemah. Ikuti peraturan jalan raya. Jangan potong Q. Kalau buat silap, mintak maaf. OK? 
Sekian cerita maksu. Apa cerita memandu korang yang korang tak boleh lupa?  Cuba share sikit? 

Cerita Parents-Teacher Meeting di Sekolah Anak-Anak Maksu

2 hari berturut semalam dan kelmarin maksu ada Parents-Teacher Meeting di sekolah anak-anak maksu. Anak-anak maksu semua di sekolah yang sama. Grade 6 (10 tahun), Gred 5 (9 tahun) dan Reception (5 tahun). Anak-anak maksu bersekolah di International School di Al Khor, Doha (Compass International School)


Alhamdulillah, semua feedback dari cikgu semuanya OK. Kaklong in Gred 6 tu now yang top in the class. Kaklong confident level dia sangat tinggi. Tak pemalu macam umi dia dulu-dulu. Kakngah pulak pendiam sikit. Tak berapa nak konfident sangat. Fawzan pulak so far ok. Seronok ke sekolah. Ramai dah kawan dalam kelas dan dah boleh participate in the class. Umi memang cakap bahasa melayu dengan anak-anak umi. Takut jugak fawzan tu tak pandai bergaul dalam kelas sebab takut tak pandai english. Tapi alhamdulillah, cikgu kata dia dah boleh bergaul dan boleh dah jawab soalan-soalan cikgu tanya dalam kelas. Kadang-kadang umi perasan kat rumah pun dia dah cakap english sikit sikit ngan kakak-kakak dia. 

Overall, cikgu puji la anak-anak maksu. Cehhh... puji maksu juga sebab didik anak-anak dengan elok. Yela..macam-macam bangsa ada kat sekolah ni. Macam-macam perangai juga. Kita orang melayu memang terkenal dengan budi bahasa kan?

Hahaha...well, kesemua Parents-Teacher Meeting yang pernah maksu attend selama ni pun, semua nya yang positif ja. Tak dak yang negatif. Fantastic, wonderful, excellente...semua kat mulut cikgu-cikgu ja. Mana nak ada yang nak bagi komen negatif kot kan? Lebih kurang sama ja la komen-komen depa. Tapi apa-apa pun, alhamdulillah di atas kurniaan Allah ini. 




Ada satu ja masalah bila maksu attend meeting ni. Maksu pi sorang-sorang sebab paksu kerja. Cikgu-cikgu budak-budak ni semuanya from British. Slangnya ya ampun maksu tak berapa nak faham. Jenuh tenung mulut apa la dia sebut. Kalau ada paksu ok la sebab dia pernah study kat Scotland. Maksu ni study kat Perak-land ja. Hihihi... Tapi, konfident level kena tinggi. Buat-buat paham, angguk-angguk ja lah. Hahaha... 

Petua rawatan hilangkan sakit ulser mulut

Selalu kena sakit mulut atau ulser mulut? Sakit kan bila nak makan. Kadang kadang minum air pun sakit. Apa tah lagi kalau makan makanan yang pedas pedas. Adoii...tak tahan sakitnya. 

Maksu dan keluarga maksu ni memang keturunan ulser mulut gamaknya. Adik beradik maksu semua, pada satu satu masa tu mesti salah sorang kami yang kena ulser mulut. Kalau jumpa adik beradik mesti pakat tunjuk time tu sapa yang ada ulser mulut. Kadang ulser ni tak jadi kat mulut...jadi kat lidah. Yang ni lagi teruk. Nak cakap pun sakit!!!... aduii... tapi baguslah. Gamaknya Allah nak hapuskan dosa-dosa kecil. Kurangkan bercakap benda-benda mengarut...perkara-perkara yang lagha. 

Apa itu ulser mulut?  

Ulser merupakan tompokan putih atau kuning yang terjadi di mulut atau lidah. Ulser ini mempunyai tanda kemerahan di sekelilingnya dan mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan. Kesakitan akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari tetapi ulser biasanya akan mengambil masa 10-14 hari untuk sembuh sepenuhnya. 



Bagaimana ulser mulut boleh terjadi? 
  • Tergigit atau luka. Mak mak yang ada anak kecik mesti selalu kena kan? Kekadang terkena kepala baby la, anak tertendang la..
  • Kurang minum air
  • Stress akibat tugasan yang terlalu banyak. 
  • Tidak menjaga kebersihan mulut dan gigi dengan betul.
  • Kekurangan nutrien dalam badan terutamanya asid folik, vitamin B6, vitamin B12 dan zat besi
  • Mewarisi daripada ibu bapa atau adik-beradik lain
  • Kekurangan zat besi seperti anemia (sejenis penyakit berkaitan dengan sel darah merah)

Tips rawatan ulser mulut.

Secara amnya tiada ubat khusus yang dapat menyembuhkan ulser ni. Yang penting perlu mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Banyakkan makan sayur sayuran, buah buahan dan minum air kosong yang secukupnya.

Tapi, untuk mendapatkan kelegaan yang sementara, boleh lah. Nak makan nak minum...nak cakap pun susah kan? boleh cuba beberapa jenis ubat ni. Maksu pernah guna semua ni. Bila guna tu kat tempat ulser tu rasa kebas kebas gitu. So, takdak lah rasa sakit sangat bila nak makan.

1. Bonjela (gel analgesik)


2. Oral Aid (gel analgesik)



3. Ubat serbuk cina. Boleh beli dekat kedai herba cina. Yang ni dah lama maksu guna sejak dari kecik lagi. Memang berkesan, insyaAllah. Tapi dah besar besar ni maksu tak guna dah. Susah dah nak cari. Guna yang canggih sikit macam bonjela atau oral aid sebab senang jumpa di farmasi.

TIPS-TIPS LAIN

  • Berkumur dengan antiseptik atau air garam. 
  • Kekalkan kesihatan mulut yang baik. 
  • Makan makanan yang lembut. 
  • Kurangkan makanan pedas dan berempah. 
  • Minum air secukupnya. Banyak minum air suam. 
  • Berehat dan tidur dengan cukup. 
  • Amalkan tabiat menjaga agar mulut dan gigi berada pada tahap kesihatan yang baik. 
  • Mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. 
  • Pastikan anda mengambil cukup vitamin B12 dan vitamin C.

Selepas maksu mengamalkan Shaklee, alhamdulillah, dengan izin Allah dah jarang sangat dapat ulser. Maksu ambil vitamin-vitamin berikut setiap hari:

1. B complex untuk sumber folic acid, B6 dan  B12. B complex juga dapat mengurangkan stress di kala sibuk bekerja.



2. Vitamin C Sustained Release bagi memastikan badan maksu sentiasa mengandungi Vitamin C yang diperlukan seharian.  




3. Vitalea, multivitamin terbaik yang lengkap dengan zat besi dan juga 30 nutrisi harian dari buah buahan dan sayur sayuran, 12 vitamins dan 7 minerals penting yang diperlukan oleh  badan.




Sekiranya ulser mulut masih berlarutan melebihi 2 minggu, silalah dapatkan pemeriksaan doktor pergigian ya!

BAGAIMANA SAYA NAK ORDER 3 VITAMIN SHAKLEE YANG BEST NI 

Untuk order VITAMIN-VITAMIN ni, boleh hubungi maksu terus dengan menghantar SMS / Call ke 0164048891atau boleh juga boleh WhatsApp ke no berikut :
 
  • Nor Hanim +974 55273585 (maksu sendiri) atau 
  • Puan Rohana 019 4777736 

atau buat pembelian sendiri sekarang dengan hanya menekan butang di bawah :

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=263903fbcdfed99b3332d4f0ee123e66

Untuk membeli pada harga yang lebih murah, jadilah ahli Shaklee, untuk mendapat penjimatan sehingga 20% ke atas semua pembelian produk Shaklee.

Nak tahu bagaimana anda boleh dapat  FREE shaklee membership yang bernilai Rm75? Hubungi maksu sekarang.


JADI AHLI SHAKLEE
 
 
Kami sangat mementingkan perkhidmatan selepas jualan. Setiap pembelian produk Shaklee dari kami, kami akan pastikan anda mendapat khasiat yang optimum dengan cara pengambilan supplement yang betul. Anda tak perlu pening-pening lagi mencari dan bertanya dengan agent Shaklee yang lain untuk mengadu masalah anda. Group kami mempunyai pakar-pakar yang sedaya upaya akan cuba menolong masalah anda. 

Jangan tunggu lagi. Hubungi maksu sekarang tau!


✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
SMS : 0164048891 
☎ WhatApp : +974 55273585 
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com

 

Kenapa Asid Lemak Omega-3 Penting untuk Pesakit Jantung

Statistik menunjukkan satu daripada tiga kematian di Malaysia adalah disebabkan oleh sakit jantung. Salah satu punca sakit jantung adalah apabila tahap kolestrol tinggi dalam salur darah. Minyak ikan mengandungi asid lemak Omega -3 yang merupakan salah satu makanan tambahan yang  diperlukan untuk kesihatan jantung. Ianya penting untuk penurunan tahap kolestrol dalam darah.

Mari kita tengok bagaimana minyak ikan dapat membantu mengurangkan risiko sakit jantung. 

1) Meningkatkan paras kolestrol HDL dalam salur darah
 
Apa itu kolestrol HDL? 

"HDL cholesterol is the well-behaved "good cholesterol." This friendly scavenger cruises the bloodstream. As it does, it removes harmful bad cholesterol from where it doesn't belong. High HDL levels reduce the risk for heart disease -- but low levels increase the risk." daripada WebMD

 2) Hantar LDL kolestrol ke hati untuk disingkirkan
 
Apa itu kolestrol LDL?
"LDL is the bad cholesterol. It collects in the walls of blood vessels, causing the blockages of atherosclerosis. Higher LDL levels put you at greater risk for a heart attack from a sudden blood clot in an artery narrowed by atherosclerosis." daripada WebMD


(secara ringkasnya, HDL ni akan membuang kolestrol, manakala LDL ni akan menyebabkan salur darah tersumbat)


3) Menurunkan paras kolestrol LDL 
4) Membersihkan salur darah

Asid lemak Omega-3 tidak dapat dihasilkan oleh badan ya. Kita kena ambil melalui pemakanan harian atau daripada supplement. 

Shaklee menawarkan minyak ikan terbaik iaitu OmegaGuard. Ambil 3 biji sehari, InsyaaAllah  untuk melengkapkan keperluan harian Omega-3 anda!


Mengapa OmegaGuard shaklee?
 
Omegaguard Shaklee adalah ultra tulen. Selamat dan yang asli.  Melalui proses penyulingan tiga molekul.

- Bebas dari logam berat dan bahan cemar
- Tidak mengandungi oksida dan lemak trans
- Tiada bau dan rasa ikan. 
- Kepekatan tinggi minyak ikan. 
- Memberi EPA dan DHA yang lebih tinggi berbanding jenama lain.
  • DHA 360 mg
  • EPA 540 mg
BAGAIMANA SAYA NAK ORDER OMEGAGUARD SHAKLEE YANG BEST NI 

Untuk order OmegaGuard ni, boleh hubungi maksu terus dengan menghantar SMS / Call ke 0164048891atau boleh juga boleh WhatsApp ke no berikut :
  • Nor Hanim +974 55273585 (maksu sendiri) atau 
  • Puan Rohana 019 4777736 

atau buat pembelian sendiri sekarang dengan hanya menekan butang di bawah :

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=263903fbcdfed99b3332d4f0ee123e66

Untuk membeli pada harga yang lebih murah, jadilah ahli Shaklee, untuk mendapat penjimatan sehingga 20% ke atas semua pembelian produk Shaklee.

Nak tahu bagaimana anda boleh dapat  FREE shaklee membership yang bernilai Rm75? Hubungi maksu sekarang.


JADI AHLI SHAKLEE
Kami sangat mementingkan perkhidmatan selepas jualan. Setiap pembelian produk Shaklee dari kami, kami akan pastikan anda mendapat khasiat yang optimum dengan cara pengambilan supplement yang betul. Anda tak perlu pening-pening lagi mencari dan bertanya dengan agent Shaklee yang lain untuk mengadu masalah anda. Group kami mempunyai pakar-pakar yang sedaya upaya akan cuba menolong masalah anda. 

Jangan tunggu lagi. Hubungi maksu sekarang tau!


✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
SMS : 0164048891 
☎ WhatApp : +974 55273585 
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...