Tips Urus Masa : Memandu Dengan Anak-Anak Kecil

Setiap pagi tugas maksu adalah menghantar anak-anak ke sekolah. Perjalanan dari rumah ke sekolah adalah lebih kurang 15 hingga 20 minit. Maksu nak share sikit kat hangpa bagaimana maksu manage anak-anak dalam kereta supaya mereka tak boring. Anak-anak maksu yang paling besaq 11 tahun dan yang paling kecik 2 tahun. 4 orang semuanya yang maksu kena angkut. 3 pi sekolah.  Yang kecik skali 2 tahun tu teman saja. Kena angkut skali jugak la sebab tak boleh tinggai.  Sapa nak jaga kat rumah kan.  

Apa yang maksu buat, maksu list kat sini na...
1. Kena standby biskut atau roti dan botol air bawak masuk dalam kereta. Ini wajib...lagi lagi tengah musim panas ni. 

2. Maksu ni suka menyanyi. So maksu menyanyi la ngan anak-anak dalam kereta. Mula-mula baca doa naik kenderaan dulu...lepas tu baca doa belajar dan doa supaya Allah terangkan hati.

3. Lepas tu Maksu nyanyi sama-sama ngan anak-anak doa untuk keselamatan sepanjang hari ni. Nyanyi 3 kali. Doa ni ada dalam ma'thurat.


4. Lepas tu sama-sama nyanyi lagu doa Dhuha pulak. 

5. Kalau ada masa lagi maksu nyanyi asma ul husna. 

Alhamdulillah...dah jadi rutin setiap hari. Anak-anak pun nyanyi sama-sama. Nampak enjoy saja. 

Itu baru 15 minit - 20 minit. Cuba lama lagi...lagi lagi kalau jem. Banyak lagi doa boleh baca. Lebih elok kalau pasang ayat-ayat atau surah al Quran untuk anak-anak dengar..ulang banyak-banyak kali untuk mereka hafaz. Tapi taula kan budak cepat boring. Pasang sat ja pastu dah suruh mintak tukaq. Layan je la. Tak leh paksa. Tapi...biaq sikit-sikit tapi konsisten buat setiap hari. 

Ok selamat beramal. Semoga kita dan keluarga kita dilindungi dari segala bahaya dan sentiasa diberi perlindungan dan keselamatan dari Allah s.w.t

Nak tahu Vitamin Untuk Kanak-Kanak? Boleh KLIK di -->>SINI<<---

 
 
✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
SMS : 0164048891
☎ WhatApp : +974 55273585 
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com
 

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...