Tips Melancong : Berhati-hati memilih ride di Universal Studio Singapore

Bulan August yang lalu maksu dan keluarga bercuti ke Universal Studio Singapore. Tapi kami tidak bermalam di sana..balik hari. Pergi pagi, petang balik.. kami bermalam di Danga Bay, Johor. 

Kami bertolak dari Melaka pada waktu pagi dan sampai di Danga Bay, Johor Bahru sekitar tengahari. Selesai lunch Restoran Singgah Selalu (sedap jugak restoran ni macam-macam ada, dekat dengan hotel), kami check in di M Suite Hotel. Petang tu rileks-rileks di hotel sambil tengok anak-anak main swimming pool. 

Keesokan paginya seawal pukul 8.30 am teksi dah tunggu kami kat lobi hotel untuk ke stesen bas. Kami menaiki bas untuk ke USS. Bas tu direct terus sampai ke USS. Kami mengambil khidmat hotel untuk mendapatkan taxi dan tiket bas ke USS. Bayar di hotel dan hotel akan uruskan semuanya.

Setelah melalui 2 check point untuk cop passport, lebih kurang pukul 11 pagi sampailah kami di USS. Masa cop passport kat check point tu, jenuh jugak turun naik bas dengan budak-budak. Kalau lambat boleh kena tinggal bas! Kami dah pernah kena tinggal tapi itu peristiwa 6 tahun yang lalu.

Sampai-sampai saja di USS benda pertama yang anda perlu buat ialah cari dulu map USS tu. Study betul-betul. Take note show pukul berapa dan ride mana yang wajib naik. Sebab banyak sangat ride yang best best ada kat situ kalau nak naik semua memang tak sempat satu hari. Bagi yang ada anak kecil macam maksu ni memang lah lagi tak sempat! Sebab tu lah maksu kata kena berhati-hati pilih ride takut nanti menyesal ada ride yang tak sempat naik atau show yang best best tak sempat tengok. Bayar tiket mahal-mahal kan? Kenalah guna sebaik baiknya.

 Ok, sedikit tips untuk hangpa semua yang nak ke USS nih. 

1. Tiket
Tiket boleh beli secara online. So nanti tak payah beratur lagi di counter. Jangan lupa print dan bawak tiket pulak ya! Kami nyaris tertinggai tiket di hotel. Nasib baik cek dulu before naik teksi. 

2. Waktu
Pergilah masa bukan musim cuti sekolah. Orang tak ramai sangat. Maksu pi bulan 8 bukan musim cuti sekolah tapi orang masih ramai jugak tau. Nasib baik ambik Express Pass. 

3. Ambik express pass
Kalau ada bajet lebih, ambillah Express Pass. Especially yang ada anak kecik macam maksu. Si kecik falisha baru berumur 2 tahun, tak semua ride boleh naik. So maksu kena take turn dengan paksu, sorang naik ride, sorang jaga falisha. So it takes time.
4. Show wajib tonton 
Ada 3 show sepanjang satu hari tu. So, masuk-masuk je USS tu check dulu show pukul berapa so that hangpa bole plan jalan-jalan. Show yang wajib hangpa tengok dari mula, takleh miss yang ni...Waterworld. Memang best! 2 lagi show, Monster Rock dan Donkey Live yang ni agak keboringan. Budak-budak sukalah. 

 Character Meet and Greet sepanjang jalan di USS


5. Ride wajib naik
Firstly ride yang wajib naik ialah Transformer. Yang ni masa maksu pi queue sangaaattt panjang. Nasib baik ada Express Pass. Maksu masuk 2 kali kot hihihi..sebab best sangat. Ride lain-lain yang patut masuk :
- Revenge of the Mummy
- Jurassic Park Rapids Adventure (yang ni bawak siap-siap baju hujan sebab akan basah. Kalau tak bawak ada jual baju hujan tu. Satu pc harga dia 5USD. Kalau ada 4 orang anak? Huhuhu...banyak jugak tu)
- Light, Camera, Action by Steven Spielberg
- Canopy Flyer
- Sherk 4-D adventure

 
6. Tempat solat
Tempat solat ada dekat-dekat Ancient Egypt.
7. Bawak bekal makan
Bagi yang bawak anak-anak kecil, wajib bawak snack dan air mineral, air kotak. Sebenarnya tak boleh bawak makanan luar. Tapi, kita ada anak-anak kecik kan, pekerja situ pun faham. Maksu bawak roti dan biskut banyak-banyak. Kami memang tak makan pun dalam USS tu.. . was was pun ada kan. Berhenti solat je. Makan dan minum bekal yang bawak tu sambil-sambil tunggu ride je. Sebenarnya  ada je Malaysia restoran halal kat luar USS tu, tapi kami tak sempat nak pi pun.


8. Bawak USD 
Tukar USD sikit siap-siap kat Johor. Kat stesen bas ada. Guna USD untuk beli makanan / minuman dan souvenier. Agak mahal-mahal barang-barang dalam USS tu. So, bawak lah jumlah yang sewajarnya. 

9. Bawak stroller
Bagi yang ber anak kecik, bawak lah stroller. Jauh jugak nak jalan-jalan pusing USS ni. 


10. Jangan berlengah-lengah nanti kena tinggal bas
Bagi yang masuk USS dengan menaiki bas, janganlah lenggang-lenggang mak limah semasa di check point cop passport tu. Kena pantas dan cergas! 

Untuk kekal cergas, bertenaga sepanjang hari maksu sarankan ambil Energising Soy Protein (ESP) dari Shaklee awal pagi masa breakfast sebelum berangkat. ESP jugak bagi rasa kenyang dan tak dak lah rasa lapar sangat. 

Selain ESP, maksu dan keluarga ada amalkan jugak pengambilan vitamin yang lain semasa travel sebagai langkah berjaga-jaga..orang kata prevention is better than cure kan. Boleh KLIK DI SINI untuk maklumat lanjut. 

 
Semoga tips-tips ini membantu! Selamat melancong!


✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
SMS : 0164048891
☎ WhatApp : +974 55273585 
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com

1 comment:

  1. Sharing yang bagus to admin. Jika berminat, Mari dapatkan tiket promosi Singapore seperti USS/SINGAPORE ZOO/GARDEN BY THE BAY/SEA AQUARIUM dan banyak lagi! Pasti lebih murah dari harga kaunter & OPEN DATE! Tiket USS, MYR 211 per adult sahaja (est SGD66 only). Pakej USS with 2 ways transfer via bus from DANGA BAY JB - USS juga ada.
    .
    Lawati LOVE TRAVEL page di >>> http://lovetravel-love.blogspot.com & >>> www.facebook.com/lovetravel86
    JESSICA, LOVE TRAVEL (whatsapp: +6012-7760219) Email: jessica.travel8686@gmail.com .TQ

    ReplyDelete

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...