Pecah Rahsia Hobi Maksu dan Keluarga Maksu

Hobi adalah kegemaran, aktiviti kesukaan yang dilakukan ketika masa lapang. Masa free free tu takdak gheja dah, maka masa tulah berhobi. 

Nak tau apa hobi maksu? Tapi sebelum tu maksu nak cerita hobi ahli ahli keluarga maksu dulu.

Anak maksu yang sulong, maksu dok tengok dia rajin baca buku dan tengok TV. Kalau takdak gheja, banyak masa dia habiskan baca buku. Tapi tak kurang juga tengok TV. Tapi maksu tak galakkan sangat dia tengok tv banyak-banyak. So maksu approve hobi dia satu saja iaitu baca buku.  Apa kelebihan hobi Kak long ni? Kak long punya general knowledge sangat  baik dan banyak imaginasi. Dia suka baca buku  "I Wonder Why" dari Glorier tu. Yang harga 2 ribu lebih tu. Maksu rasa berbaloi sangat sangat beli buku tu walaupun mahal. Maksu beli masa Kak long kecik lagi. Baru tadika. Baca pun tak boleh lagi. Sekarang Kak long dah boleh cerita macam-macam dari apa yang dia baca dalam buku I wonder why tu.

 Antara buku dalam set I Wonder Why. Gambar ihsan dari google

Satu lagi Kak long suka menulis. Banyak imaginasi. Kalau dia menulis cerita, words yang dia guna pun boleh tahan. Ada jugak yang maksu tak paham..hahaha..itulah...ummi dia malas baca buku sebenaqnya.  Nak baca salah satu tulisan Kak long? Boleh baca kat SINI

Hobi anak maksu yang kedua, Kak Ngah pulak ialah buat origami. Maksu belikan buku origami kat dia. Dia pun banyak belajar dari Youtube. Macam-macam bentuklah yang dia dah buat dari kertas ni. Apa kelebihan hobi Kak Ngah ni? Kak ngah ni kreatif orangnya, banyak guna otak kanan. Kidal Kak Ngah ni. Suka buat craft jugak. Bekalan kertas kat rumah ni tak boleh putus. Kertas sentiasa penuh meja. 


Antara koleksi origami Kak Ngah yang memenuhi setiap pelusuk meja


Anak maksu yang ketiga, Fawzan...anak bujang sorang maksu ni. Hobi Fawzan ialah main lawan-lawan. Hahaha... itulah dia baru berumur 5 tahun. Blom nampak lagi hobi dia. Tapi setiap hari mesti tunggu ayah balik dari kerja sebab nak main lawan-lawan. So, maksu rasa itulah dia hobi dia buat sementara ni. 

Anak maksu yang paling kecik, Falisha hobi dia pelik sikit. Suka mintak maksu dukung dia..adoii..melekat saja dengan umi. Habih sakit pinggang. Nasib baik la maksu dok amalkan ubat kuat Shaklee. Kalau dak mau patah pinggang maksu. Hihihi.. Falisha baru berusia 2 taun. Hobi dia lain, makan, berak, kencing, tidur dan dia suka makan Omegaguard dari Shaklee. Hihihi... 

Hobi Paksu pulak ialah macam Kak Long iaitu baca buku. Selain tu Paksu suka hias-hias rumah dan bergajet. Maksu ok je hobi paksu ni tapi bila time baca buku tu, maksu fobia sikit sebab paksu kalau baca buku dah tak boleh mintak tolong apa dah...dia dok hadap yang tu aje laaa... (alasan maksu yang tak suka baca buku...hahaha)

Ok, sekarang,..saat yang ditunggu-tunggu..hangpa mesti nak tau hobi maksu kan? Hobi maksu ialah mengadap laptop layan FB. Haa...tak sangka kan? Maksu jarang tengok TV.  Tapi, apa kelas buang masa dok ngadap FB takdak gheja kan? So, maksu manfaatkan dengan sharing pasal Shaklee dan sikit-sikit berjinak-jinak dengan bisnes Shaklee. Alhamdulillah, kalau dulu maksu asyik buang masa layan newsfeed yang ntah apa-apa, skang ni maksu layan FB untuk tambah ilmu, join support group Shaklee dan aktif berbisnes online. ALhamdulillah, rezeki ALlah beri tidak putus-putus. Benarlah siapa yang usaha, dia beroleh kejayaan. 

Sekian lah sahaja, perkongsian dari maksu tentang hobi. 

Apa pulak hobi hangpa? Cuba share sikit?



 
✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
 
✉ SMS : 016 4048891
 
☎ WhatApp : 0198558422 / +974 55273585 
 
Email : minahron@gmail.com




No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...