Kenapa Shaklee Jadi Pilihan dan Masih Setia Dengannya

Hari ni maksu nak sentuh hati hangpa sikit. Mana nak tau kot-kot ada rezeki dari Allah, dapat curi hati hangpa yang suci itu. Hik Hik Hikk..

Maksu nak cerita sikit macamana maksu boleh jatuh cinta dan sayang sangat dengan shaklee ni. Maksu sebenarnya sebelum ni dah amalkan macam-macam supplement tapi tak konsisten. Beli ja, pastu boh dalam peti ais..pastu tak ingat nak makan langsung. Tak disiplin dan selalu lupa nak telan. Last-last buang macam tu ja la bila dah expired. Lama-lama lepas tu dah serik dah la nak ambil supplement sebab tau akan beli dan buang. Membazir!

Sampailah satu ketika, maksu mengandung dan melahirkan anak yang no 4 ni. Maksu ada ramai kawan yang menjual Shaklee secara online. Maksu pun memang jenis tak suka jamu-jamu ni kan, so maksu pun cubalah beli set bersalin dari kawan maksu. Haa...time ni, mau tak kena disiplin? Dalam pantang kot? Dah la tak beli jamu apa-apa. Shaklee semata. Kena la amik secara disiplin. Maksu letak botoi-botoi Shaklee sebelah katil. Bangun pagi ja nampak Shaklee, nak tiduq ja nampak Shaklee. Haaa...kena la makan kan? So, alhamdulillah maksu berjaya mengamalkan Shaklee secara konsisten dan alhamdulillah sangat badan rasa bertenaga dan susu pun banyak. 3 minggu lepas bersalin maksu dah terbang balik ke Doha ikut suami yang bekerja di sana. Alhamdulillah, Allah banyak tolong memudahkan urusan maksu bersama baby falisha yang baru berusia 3 minggu bersama 3 orang anak-anak maksu yang lain yang masih kecil travel dari Kuala Lumpur ke Doha. 

Impian maksu  ingin pusing dunia...

Sejak dari itu maksu dah jatuh cinta dengan Shaklee. Mencikk tau Shaklee ni, ingatkan macam supplement lain yang maksu pernah beli .. beli dan buang. Rupanya Shaklee ni beli dan sayang! Nak kena beli lagi dan lagi dan lagi sebab tak boleh tinggai dah. Suka sangat. Baby falisha pun dah berumur 2 tahun, masih menyusu badan dan maksu masih lagi makan vitamin-vitamin yang sama dalam set bersalin tu. Senang, jimat dan mudah! 

Lepas dah jatuh cinta dengan produk Shaklee, maksu bergerak ke hadapan lagi dengan berkongsi kebaikan-kebaikan Shaklee kepada orang lain. Kepada keluarga, adik beradik dan sahabat handai semua. Benda yang baik kena share share kan? Maksu bukan setakat menjual Shaklee, tapi memberi konsultasi, memberi tips-tips dan cara-cara pengambilan supplement yang betul supaya semua pelanggan maksu mendapat service yang tip top!


Mana maksu belajaq semua ni? 

Maksu bersyukur kerana berada di dalam support group iReach Family yang sangat kuat! Kalau kita jatuh, dia akan bangunkan kita semula. Kalau kita ada masalah, dia akan cuba selesaikan. Dapat ramaiii kawan baru yang sangat supportive. Baru kenal sehari dua tapi sembangnya dah macam kenal bertahun-tahun. Banyak sangat ilmu dan pengajaran yang maksu belajar bila berada dalam group ni. Ilmu marketing, ilmu blogging, ilmu nutrisi, ilmu motivasi, ilmu ukhuwah, ilmu amalan rohani dan sebagainya. Dengan hanya bermodalkan RM75, maksu dapat macam-macam. Bila dah lama dalam shaklee ni baru maksu sedar yang maksu join berbiz Shaklee ni bukan keuntungan yang maksu cari-cari selama ni tapi lebih kepada gembiranya bila dapat memberi kebaikan kepada orang lain dan kepuasan dalam menaikkan taraf diri dan keluarga bukan setakat kesihatan semata-mata tapi ilmu dan nilai jati diri yang lebih baik. 

Wahh wahh...serius nampak maksu? Kih kih kih..haaa nak kena serius jugak sebab nak sentuh hati hangpa semua...silap silap curi terus. Akhir kata, maksu nak ingatkan kat sini, kalau nak kaya cepat macam skim cepat kaya tak payah lah join Shaklee. Shaklee mengajar maksu dan semua ahli-ahlinya berjaya dengan usaha dari bawah. Siapa yang usaha lebih, bersengkang mata lebih, maka hasilnya pun lebih.. InsyaAllah.

Jom..kalau hangpa berminat nak berjaya macam maksu, ingat..bukan berjaya dari segi duit saja, tapi lebih dari itu, contact maksu na. Bermodalkan hanya RM75 untuk  jadi ahli shaklee, nanti maksu akan coach dan train hangpa sehingga berjaya. Yang penting hangpa kena yakin diri, tak mudah putus asa dan rajin. 

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang manfaat dan faedah kalau hangpa jadi ahli Shaklee, boleh KLIK di sini ya - Faedah & Manfaat Menjadi Ahli Shaklee. 



✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
SMS / Call : 0164048891
☎ WhatApp : +974 55273585 
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...