Kenali ciri-ciri personaliti anak berdasarkan kedudukan dalam keluarga

Semalam maksu baca buku UJI ANAK ANDA tulisan Dr Miriam Stoppard. Ada satu topic yang menarik perhatian maksu. So, maksu nak share ngan hangpa semua. Cuba hangpa check tengok, betul ke tak... 

Sebenarnya tiada satu pun kedudukan dalam keluarga yang dianggap paling baik. Anak yang pertama membesar dalam persekitaran yang berpusat kepadanya. Dia mendapat perhatian yang lebih daripada ibu bapanya berbanding dengan adik-beradiknya yang lain. Anak pertama mendapat lebih banyak bimbingan dan pertolongan dalam perkembangan mereka. Mereka juga menerima lebih banyak bahasa yang kompleks daripada ibu bapa semasa mereka masih bayi. Biasanya, pencapaian anak pertama adalah lebih baik daripada adik beradik yang lain kerana tekanan ibu bapa ke atas mereka. Anak pertama biasanya lebih disukai oleh orang dewasa dan akan mengambil peranan sebagai pemimpin kerana sikap dan tingkah laku mereka menepati jangkaan sosial.



Tetapi sebaliknya, ibu bapa kurang mahir mendidik anak pertama . Mereka lebih cenderung untuk mencelah, mengganggu, menyekat, memaksa dan mengenakan hukuman ke atas anak pertama berbanding anak-anak lain. Sebab itu anak pertama lebih berasa bimbang dan takut-takut kalau kelakuan dan tindakan mereka itu tidak betul di mata mak ayah mereka. Tapi jika mak ayah pandai bagi bimbingan dan perhatian yang sama pada semua anak, anak-anak akan beroleh pencapaian yang sama rata...InsyaAllah. 

Ciri-ciri personaliti berdasarkan kedudukan dalam keluarga

Anak Pertama
Ketidakpastian
Berasa curiga dan tidak percaya
Rasa tidak selamat
Pintar
Kedekut
Bergantung pada orang lain
Bertanggungjawab
Autoritarianisme
Cemburu
Konservatisme
Mudah terpengaruh
Mudah teruja
Sensitif
Hasrat pencapaian diri
Keperluan kepada penggabungan

Anak Kedua
Berdikari
Agresif
Sikap ekstrovert
Sukakan keseronokan
Suka berkawan
Boleh dipercayai dan diharapkan
Bersifat tenang dan juga ada angin

Anak Ketiga
Agresif
Mudah mengalih perhatian
Mahukan ibu bapa menunjukkan kasih sayang
Cemburu
Merasakan bahawa ibu bapa tidak mengambil berat tentang dirinya.
Berasa rendah diri
Berasa kekurangan
Mudah mengalami gangguan tingkah laku

Anak Keempat
Rasa selamat
Yakin pada diri sendiri
Spontan
Sikap baik hati
Pemurah
Terlalu dimanjakan
Tidak matang
Sikap ekstrovert
Kebolehan bersikap empati
Berasa kekurangan
Berasa rendah diri
Persaingan adik beradik
Dengki dan cemburu
Tidak bertanggung jawab
Kegembiraan

credit : "Dr Miriam Stoppard - UJI ANAK ANDA : Bagaimana mengetahui dan mengukuhkan potensi sebenar anak anda "

Demikianlah apa yang di tulis oleh Dr Miriam Stoppard berdasarkan analysis beliau. Cuba tengok ada persamaan dak? Kadang-kadang kena tau jugak sebab kita sebagai mak ayah tak perasan pun. Sebenarnya perangai anak-anak di pengaruhi oleh cara kita jaga dari kecik. So, mak ayah kena fikir dulu sebelum marah-marah atau menghukum anak-anak ye! Perangai anak-anak mungkin disebabkan oleh kekurangan dan tingkah laku kita sebagai mak ayah. Didiklah anak dengan baik. Mereka ibarat kain putih yang bersih. Kitalah yang mencorakkannya.


Nak tahu Vitamin Untuk Kanak-Kanak? Boleh KLIK di -->>SINI<<---


✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
SMS : 0164048891
☎ WhatApp : +974 55273585 
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...