11 Tips Mudah Rahsia Rumahtangga Bahagia

Maksu dan paksu baru sahaja celebrate ulangtahun perkahwinan kami yang ke 12. Alahh...baru 12 kan? Alhamdulillah, maksu bersyukur kehadrat Ilahi kerana diberikan Allah suami yang baik, penyayang, bertimbang rasa dan amat memahami isterinya yang macam-macam hal nih. Dan juga dikurniakan anak-anak soleh solehah yang sihat dan bijak.  Semoga berkumpul semula kami sekeluarga di Jannah nanti. Aminn... 

Maksu bukanlah pakar motivasi rumah tangga...tapi hanya ingin berkongsi tips-tips mudah yang suami isteri boleh amalkan. Kadang-kadang benda yang senang dan simple ni kita terlupa dan tak sangka boleh beri kesan yang sangat bermakna kepada pasangan kita.  





Antara tips-tips yang boleh diamalkan ialah :

1. Kawal marah
P. Ramlee kata sedangkan lidah lagi tergigit...inikan pula suami isteri kan?? Kalau ada benda yang tak puas hati, ada rasa nak marah gilaa...tolong lah kawal marah tu. Bagi peluang kepada pasangan untuk jelaskan masalah dia, kenapa dia buat macam tu. Duduk dan bincang. 

2. Selalu meminta maaf
Kalau ada salah sikit, cepat-cepat minta maaf. Tak rugi sesen pun. Rendahkan ego anda ya!

3. Jadilah seorang yang pemaaf
Kalau betul pasangan buat salah, maafkan lah dia. Cuba recall balik semua jasa dan kebaikan yang dia dah buat sebelum ni. 

4. Be professional. Jangan turutkan emosi.
Kalau sedang merancang sesuatu, duduk dan bincang dengan pasangan. Jangan dok buat keputusan sendiri pulak. Lagi-lagi kalau sedang merancang untuk percutian/trip keluarga. Bincang sekali dengan anak-anak dan beri tugas setiap seorang supaya rasa bertanggungjawab.

5. Bertolak ansur
Jangan sombong dan selfish. Jangan pentingkan diri sendiri. Fikirkan keperluan / keinginan orang lain juga...lagi-lagi keperluan seorang isteri. 

6. Puji
Beri pujian kepada pasangan. Kalau masak sedap, puji la sikit. 

7. Hadiah
Sekali-sekala surprisekan hadiah. Birthday ka, anniversary ka...senang sangat tu. Hadiah tak perlu riban riban ya. Sekuntum bunga, atau sebijik kek pun dah cukup. Tanda ingatan itu  yang penting. 

8. Solat berjemaah bersama keluarga (jadikan amalan)
Kalau suami tidak ke masjid, solat lah jemaah bersama keluarga di rumah. Lepas tu cium tangan suami, mintak di ampunkan segala kesalahan. Hari-hari tau kena minta maaf ni ngan suami.

9. Sentiasa berdoa / solat malam
Setiap kali lepas solat, mintak lah doa kepada Allah agar dirahmati keluarga kita dan bahagia hingga ke syurga. 

10. Jaga ketrampilan
Janganlah jadi suami/isteri yang comot ya. Seboleh-bolehnya jagalah ketrampilan diri supaya nampak kemas, segak dan hensem (suami) atau cantik (isteri). Isteri di rumah hiasilah diri supaya sentiasa kelihatan cantik di mata suami. Cantik dan wangi ya isteri-isteri semua. Awas, wangi-wangi di dalam rumah saja yaaa....

11. Supplement untuk badan lebih bertenaga
Haaa...part ni yang paling maksu suka. Hangpa makan lah supplement untuk badan lebih bertenaga, sihat, badan maintain gitu.. kalau hangpa tanya maksu, mestilah maksu sukaaaa sangat mintak hangpa makan supplement shaklee. Kalau untuk wanita, cubalah Shaklee Collagen Powder. Amat-amat sesuai untuk kecantikan luar dalam. Kalau nak bajet rendah sikit, maksu boleh recommend produk yang lain..ikut bajet hangpa. Apa-apa pun contact maksu naa... 




Selamat melayari bahtera rumah tangga bahagia 


✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
SMS : 0164048891
☎ WhatApp : +974 55273585 
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com



 

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...