Masalah Keputihan di kalangan Wanita

Keputihan adalah salah satu penyakit yang boleh dikatakan agak common di kalangan wanita. Sebelum kita merawat, mari kita tengok apa punca keputihan ni.

APA ITU KEPUTIHAN?

Keputihan adalah lelehan lendir yang keluar dari kemaluan wanita. Terdapat dua jenis keputihan iaitu :

1. Keputihan yang normal
Masalah keputihan yang normal adalah apabila lendir yang keluar dari kemaluan wanita berwarna jernih atau putih kelabu dan warnanya kekal begitu. Ini maknanya tiada jangkitan pada saluran 'V'.

 2. Keputihan yang tidak normal.
Masalah keputihan yang tidak normal adalah apabila keputihan bertukar menjadi kental, berbau, mengalami radang dan gatal di bahagian saluran 'V'.  Ini menunjukkan tanda-tanda bahawa terdapat jangkitan yang telah berlaku.

BAGAIMANA KEPUTIHAN BOLEH TERJADI

Masalah keputihan berpunca dari pelbagai masalah. Antaranya ialah:

1. Perubahan kitaran haid dipengaruhi oleh hormon.  Ketika ovulasi keputihan akan menjadi lebih cair dan semakin kental bila hampir period.

2. Perubahan mental. Keputihan juga bertambah jika wanita teransang seksualnya. Letih minda atau stress juga mengakibatkan masalah keputihan.

3. Penyakit dalaman seperti tiroid atau kencing manis, mempengaruhi kestabilan hormon dan akibatnya masalah keputihan terjadi.

Sekiranya anda mengalami masalah-masalah keputihan yang disebut di atas, bersegeralah berjumpa dengan doktor. Kalau tak dapatkan rawatan yang cepat, takut takut masalah keputihan boleh jadi lebih serius.

Sekiranya masalah keputihan ini melarat, kemungkinan akan menyebabkan jangkitan kuman (venereal disease) seperti siplis dan gonorrhea (jangkitan melalui hubungan seks). Penyakit kanser pada bahagian peranakan juga mungkin berlaku dan jika wanita tersebut masih belum berkahwin.  Masalah keputihan mungkin juga akan mengganggu level kesuburan apabila berkahwin nanti.

RAWATAN UNTUK MASALAH KEPUTIHAN

Masalah keputihan kebiasaannya masih boleh diatasi. Antara petua tradisi yang saya dapat dari internet ialah : 

Petua pertama
Ambil secekak pucuk pegaga dengan akarnya sekali dan bersihkan. Kemudian rebus pucuk pegaga tadi bersama 2 gelas air bersih. Masukkan sedikit garam kedalam itu. Setelah mendidih, biarkan sejuk. Tapis dulu sebelum minum.  Minum air tersebut 2 kali sehari. Amalkan sehingga masalah rasa gatal itu sembuh.

                                               sedapnya pegaga dibuat ulam

Petua Kedua
Ambil 12 helai daun sirih dan bersihkan. Kemudian sediakan 1 liter air suam. Ramas kesemua tadi bersama-sama air suam tadi. Tapis air tersebut. Gunakan air tapisan untuk mencuci bahagian alat sulit anda. Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, petua ini juga dapat merapatkan kembali bahagian alat sulit wanita. Lakukan sehingga masalah keputihan hilang. 

daun sirih

Selain petua tradisi di atas, anda juga boleh mencuba produk dari Shaklee iaitu Alfalfa. Alfalfa adalah herba yang kaya dengan klorofil dan bersifat antikulat. Dah ramai dah mencuba dan memang berkesan, insyaaAllah...dengan izin Allah. 

Selain Alfalfa, sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih, boleh tambah GLA dan Garlic. GLA membantu menghalang kulat daripada merebak, manakala Garlic bersifat antibiotik semulajadi, antikulat dan membantu meningkatkan imun sistem badan. 




Hubungi maksu sekarang untuk mendapatkan Alfalfa sahaja atau satu set keputihan yang lengkap seperti di atas.  Setiap pembelian pasti akan mendapat konsultasi terbaik dari maksu. InsyaAllah. 

Sekiranya anda mahu membeli sendiri secara online, tanpa perlu melalui maksu pun buleh sangat. Klik saja pada LINK di bawah dan anda shopping sendiri menggunakan kredit kad atau debit kad anda. Tak perlu SMS, WhatsApp, PM maksu lagi. Senang, mudah dan jimat!. Dalam masa 2-3 hari, barang yang anda order, akan sampai ke depan pintu rumah anda. 


ATAU



Jadi ahli Shaklee sekarang untuk mendapat penjimatan sehingga 20% ke atas semua pembelian produk Shaklee. Hubungi maksu untuk keterangan lanjut. 




✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
✉ SMS : 016 4048891
☎ WhatApp : 0198558422 / +974 55273585 
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com

Pecah Rahsia Hobi Maksu dan Keluarga Maksu

Hobi adalah kegemaran, aktiviti kesukaan yang dilakukan ketika masa lapang. Masa free free tu takdak gheja dah, maka masa tulah berhobi. 

Nak tau apa hobi maksu? Tapi sebelum tu maksu nak cerita hobi ahli ahli keluarga maksu dulu.

Anak maksu yang sulong, maksu dok tengok dia rajin baca buku dan tengok TV. Kalau takdak gheja, banyak masa dia habiskan baca buku. Tapi tak kurang juga tengok TV. Tapi maksu tak galakkan sangat dia tengok tv banyak-banyak. So maksu approve hobi dia satu saja iaitu baca buku.  Apa kelebihan hobi Kak long ni? Kak long punya general knowledge sangat  baik dan banyak imaginasi. Dia suka baca buku  "I Wonder Why" dari Glorier tu. Yang harga 2 ribu lebih tu. Maksu rasa berbaloi sangat sangat beli buku tu walaupun mahal. Maksu beli masa Kak long kecik lagi. Baru tadika. Baca pun tak boleh lagi. Sekarang Kak long dah boleh cerita macam-macam dari apa yang dia baca dalam buku I wonder why tu.

 Antara buku dalam set I Wonder Why. Gambar ihsan dari google

Satu lagi Kak long suka menulis. Banyak imaginasi. Kalau dia menulis cerita, words yang dia guna pun boleh tahan. Ada jugak yang maksu tak paham..hahaha..itulah...ummi dia malas baca buku sebenaqnya.  Nak baca salah satu tulisan Kak long? Boleh baca kat SINI

Hobi anak maksu yang kedua, Kak Ngah pulak ialah buat origami. Maksu belikan buku origami kat dia. Dia pun banyak belajar dari Youtube. Macam-macam bentuklah yang dia dah buat dari kertas ni. Apa kelebihan hobi Kak Ngah ni? Kak ngah ni kreatif orangnya, banyak guna otak kanan. Kidal Kak Ngah ni. Suka buat craft jugak. Bekalan kertas kat rumah ni tak boleh putus. Kertas sentiasa penuh meja. 


Antara koleksi origami Kak Ngah yang memenuhi setiap pelusuk meja


Anak maksu yang ketiga, Fawzan...anak bujang sorang maksu ni. Hobi Fawzan ialah main lawan-lawan. Hahaha... itulah dia baru berumur 5 tahun. Blom nampak lagi hobi dia. Tapi setiap hari mesti tunggu ayah balik dari kerja sebab nak main lawan-lawan. So, maksu rasa itulah dia hobi dia buat sementara ni. 

Anak maksu yang paling kecik, Falisha hobi dia pelik sikit. Suka mintak maksu dukung dia..adoii..melekat saja dengan umi. Habih sakit pinggang. Nasib baik la maksu dok amalkan ubat kuat Shaklee. Kalau dak mau patah pinggang maksu. Hihihi.. Falisha baru berusia 2 taun. Hobi dia lain, makan, berak, kencing, tidur dan dia suka makan Omegaguard dari Shaklee. Hihihi... 

Hobi Paksu pulak ialah macam Kak Long iaitu baca buku. Selain tu Paksu suka hias-hias rumah dan bergajet. Maksu ok je hobi paksu ni tapi bila time baca buku tu, maksu fobia sikit sebab paksu kalau baca buku dah tak boleh mintak tolong apa dah...dia dok hadap yang tu aje laaa... (alasan maksu yang tak suka baca buku...hahaha)

Ok, sekarang,..saat yang ditunggu-tunggu..hangpa mesti nak tau hobi maksu kan? Hobi maksu ialah mengadap laptop layan FB. Haa...tak sangka kan? Maksu jarang tengok TV.  Tapi, apa kelas buang masa dok ngadap FB takdak gheja kan? So, maksu manfaatkan dengan sharing pasal Shaklee dan sikit-sikit berjinak-jinak dengan bisnes Shaklee. Alhamdulillah, kalau dulu maksu asyik buang masa layan newsfeed yang ntah apa-apa, skang ni maksu layan FB untuk tambah ilmu, join support group Shaklee dan aktif berbisnes online. ALhamdulillah, rezeki ALlah beri tidak putus-putus. Benarlah siapa yang usaha, dia beroleh kejayaan. 

Sekian lah sahaja, perkongsian dari maksu tentang hobi. 

Apa pulak hobi hangpa? Cuba share sikit?



 
✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
 
✉ SMS : 016 4048891
 
☎ WhatApp : 0198558422 / +974 55273585 
 
Email : minahron@gmail.com




Pantang larang pengambilan Vitamin dan Tips - Dos and Don't

Nak tahu apa falsafah Shaklee?

Sentiasa selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam. 

Tetapi, ada kalanya, pengambilan sesetengah vitamin pada sesetengah masa atau keadaan akan menyebabkan khasiat vitamin itu tidak berfungsi secara optimum atau tidak berkesan langsung.  Di sini saya senaraikan beberapa pantang larang dan tips supaya anda semua dapat mengatur jadual vitamin anda mengikut kesesuaian anda. 

Pantang Larang : 

1. Alfalfa
  • Alfalfa tidak boleh diambil bersama Vitamin E atau GLA complex. Alfalfa akan mengganggu serapan Vitamin E ke dalam tubuh badan kita. (terdapat Vitamin E di dalam GLA Complex).
  • Pengidap SLE atau lupus dilarang ambil alfalfa kerana alfalfa mengandungi sejenis asid amino L-canavanine yang boleh menyebabkan pesakit menjadi keradangan. 
  • Ibu yang hamil pun tak boleh ambil alfalfa kerana alfalfa boleh menyebabkan datang haid dan boleh menyebabkan keguguran. 
  • Pesakit anemia juga tidak boleh mengambil alfalfa kerana alfalfa boleh menyebabkan sel darah merah musnah. 

2. Vitalea

  • Tidak boleh  diambil dengan minuman bersusu / produk tenusu / ostematrix kerana boleh mengganggu efisiensi penyerapan zat besi(iron).
  • Pesakit thalasemia tidak boleh mengambil Vitalea kerana Pesakit Thalassemia mempunyai kecacatan pada sel darah merah yang apabila sel darah merah pecah, ia akan meninggalkan sejumlah zat besi atau iron yang banyak di dalam darah. Zat besi yang tidak dapat dikeluarkan dari dalam badan akan menyebabkan badan menjadi lemah dan pembesaran yang tidak teratur. Jadi, sebab itulah Vitalea Shaklee tak disarankan kepada pesakit Thalassemia kerana Vitalea Shaklee mengandungi iron atau zat besi yang tinggi yang boleh memburukkan lagi keadaan pesakit Thalassemia ini.

3. ESP
Dilarang bancuh bersama dengan air panas kerana dikhuatiri menjejaskan kualiti protein. 

4. Ibu Mengandung

Ibu mengandung tidak boleh ambil Vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch, Carotamax, Lecithin, Nutriferon (kecuali dengan saranan doktor). 
Vitamin-vitamin yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil oleh ibu hamil kerana dikhuatiri akan mengalami risiko keguguran. Sekiranya ibu disahkan hamil maka cepat cepat hentikan pengambilan vitamin ini. 


TIPS PENGAMBILAN VITAMIN

1. Energising Soy Protein (ESP)
Sebaiknya diambil di waktu pagi semasa perut kosong kerana pada waktu pagi metabolisme kita tinggi.
2. Ostematrix Seeloknya diambil sebelum tidur. Ini adalah kerana penyerapan kalsium bergantung kepada berapa kerap kita buang air kecil. Masa kita tidur kita kurang ke toilet kan, so tubuh kita lebih banyak serap kalsium. Esok tu bangun tidur insyaAllah boleh bangun dengan lebih mudah, tiada cramp, lenguh-lenguh atau sengal-sengal badan. Badan rasa lebih ringan gitu
  3. Vitamin C Sustained Released Sekiranya anda mengalami selsema, demam, batuk, patahkan Vitamin Ckepada 2 supaya cepatkan proses serapan di dalam badan. Lebih effective!
4. Vitalea
Seeloknya Vitalea diambil bersama Vitamin C kerana iron atau zat besi lebih mudah diserap dengan kehadiran Vitamin C.
5. Vitamin Larut Lemak ( A, D,E K) - Diambil selepas mengambil makanan berlemak / berminyak kerana vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan.

6. Elakkan mengamalkan minuman berkafein Pengambilan kafein dalam diet harian boleh mengurangkan efisiensi penyerapan vitamin. Ianya juga boleh merosakkan vitamin yang sedia ada di dalam badan. Membazir saja bukan? Badan kita akan merasa kurang berkesan walaupun dah ambil berbotol-botol vitamin.

7. Banyakkan minum air kosong.
Air manis adalah minuman yang tidak sihat kerana banyak gula. Menggemukkan! Sekiranya anda mengamalkan supplement di dalam diet harian, minumlah banyak air kosong supaya badan dapat menyerap vitamin dengan lebih efektif.  




8. Jangan mengambil vitamin yang banyak sekaligus
Pengambilan vitamin secara berkala membantu agar buah pinggang tidak dibebani pada satu satu masa sahaja. Lagipun sesetengah vitamin bertindak dengan lebih berkesan sekiranya di ambil pada waktu tertentu. Pengambilan vitamin sepatutnya dijadualkan dengan sebaiknya. 

== Konsultasi PERCUMA dan exclusive cara dan jadual pengambilan vitamin yang betul hanya untuk pelanggan Souq Vitamin sahaja.==
  9. Jangan ambil vitamin bersama ubat doktor. 
Jangan tinggal ubat kalau dah ambil supplement. Boleh ambil tapi jangan ambil serentak. Ini kerana dikhuatiri mengganggu serapan vitamin. Jarakkan 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

Ada macam-macam lagi tips yang tidak dapat saya kongsikan di sini. InsyaAllah, saya akan update sikit demi sikit. Ada juga tips yang saya exclusivekan untuk pelanggan-pelanggan saya sahaja. 

Makanlah vitamin dengan berilmu supaya mendapat kesan yang optimum!

Hubungi maksu sekarang untuk sebarang kemusykilan

 
 



 
✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
 
✉ SMS : 016 4048891
 
☎ WhatApp : 0198558422 / +974 55273585 
 
Email : minahron@gmail.com 

Cara Daftar Menjadi Ahli Shaklee dan Kelebihannya

Sebelum membuat keputusan menjadi ahli Shaklee, anda perlu berhati-hati memilih upline supaya upline anda dapat memberi konsultasi dan bimbingan (sekiranya anda ingin serius berniaga) setiap kali anda memerlukannya. Bukannya jenis upline yang lepas tangan. Ruginya kalau anda dah jatuh cinta dengan Shaklee, dan ingin berkongsi kebaikan dengan orang lain, tetapi upline anda TIDAK COMPETENT untuk membimbing anda untuk lebih berjaya. 

Tak kisah lah untuk makan sendiri atau berniaga tapi upline anda sekurang-kurangnya mesti ada ilmu tentang selok belok pengambilan vitamin, tips-tips kesihatan agar anda mendapat khasiat yang optimum. 
 

BAGAIMANA NAK DAFTAR MENJADI AHLI SHAKLEE?

Untuk menjadi ahli Shaklee sangat mudah.  Terdapat 2 cara untuk menjadi ahli Shaklee :

1) Membuat pembelian produk Shaklee (untuk kegunaan sendiri, kongsi bersama keluarga atau untuk stok memulakan perniagaan) yang melebihi 200uv iaitu bersamaan lebih kurang RM700 untuk mendapatkan KEAHLIAN PERCUMA.

ATAU

2) Membayar yuran RM75 (Semenanjung Malaysia) atau RM85 (Sabah & Sarawak) untuk menjadi ahli Shaklee.

Keahlian Shaklee ini disertakan dengan starter kit dan paling menarik ia adalah untuk seumur hidup tanpa perlu diperbaharui dan tidak wajib untuk membuat pembelian had had tertentu setiap bulan. Anda juga tidak perlu mencapai pangkat pangkat tertentu untuk mengekalkan keahlian Shaklee anda.

Apa gunanya menjadi ahli Shaklee tetapi tidak tahu manfaat dan kebaikannya kan? Ok.. meh saya kongsi faedah dan manfaat menjadi ahli Shaklee :

  • Penjimatan sehingga 15-20% dari setiap pembelian dengan harga ahli.
  • Berpeluang menerima cashback walaupun untuk makan sendiri sekiranya pembelian bulan tersebut mencapai UV tertentu.
  • Tidak mustahil untuk menjana pendapatan sehingga 5 angka sebulan sekiranya serius untuk berbisnes.
  • Berpeluang untuk menerima pelbagai insentif tambahan dari Shaklee selain dari bonus bulanan sekiranya mencapai pangkat tertentu.

Kalau anda berminat nak jadi ahli Shaklee (tidak kira di mana anda berada, Malaysia? Doha? London? Boleh saje) apa yang anda perlu buat hanya :

1. PM saya di facebook Nor Hanim Abu Hassan  ATAU FB fanpage saya Souq Vitamin  ATAU SMS 016 4048891 / WhatsApp  +974 55273585 
 
2. Buat bayaran melalui akaun Maybank RM 75 - No akaun ialah 152031305567 (Nor Hanim Abu Hassan). 

dan  berikan butiran anda seperti berikut :  

  • Nama Penuh dan nombor kad pengenalan
  • Nama Penuh pasangan dan nombor kad pengenalan (sekiranya telah berkahwin) 
  • Alamat surat menyurat
  • Alamat penghantaran barang
  • Nombor telefon
  • Email
  • No akaun bank (untuk pembayaran bonus)

Kemudian saya akan terus daftarkan anda secara online di www.shaklee2u.com
 
Anda juga boleh jadi ahli Shaklee dengan walk-in ke mana-mana branch Shaklee dan daftar sendiri di sana dengan menggunakan ID no saya sebagai sponsor anda. ID saya ialah 890361. Nor Hanim Abu Hassan.  Selesai membuat pendaftaran, jangan lupa hubungi saya pulak!



Kenapa mesti Shaklee? Bukan produk supplement lain?

Ini adalah kerana Shaklee ada supplemet yang terbukt selamat, semulajadi dan berkesan. Shaklee mencari di seluruh dunia untuk sumber-sumber semulajadi yang terbaik. Menjalankan lebih 350 ujian ke atas setiap produk baru untuk logam berat, racun perosak atau mana-mana ratusan bahan cemar lain yang berbahaya. Shaklee juga menjalan lebih 83,000 ujian kualiti setiap tahun untuk menjamin ketulenan dan keselamatan setiap produk.

Secara teknikalnya produk Shaklee TIADA PARABENS, TRISCOLAN, PHTHALATES, SODIUM LAURYL SULFAT (SLS), NATRIUM SULFAT ETER LAURYL (SLES), 1,4-DIXODIE ATAU PROPILENA GLIKOL. Tiada bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tiada lemak trans, dan tiada pemanis tiruan atau perisa. Shaklee tidak menggunakan haiwan sebagai bahan ujian. Pembungkusan Shaklee adalah selamat dan bebas dari biophenol toksin - phthalates dan dakwat toksik. Sebab tu setiap produk Shaklee dijamin 100% selamat untuk digunakan. 
 
Daftar dengan saya sekarang dan secara automatisnya anda akan dibimbing agar sama-sama berjaya di dalam Shaklee. Tidak perlu risau nak ke kelas kerana semuanya fleksibel dan di latih secara online. Saya juga seperti anda yang sibuk di rumah menjaga anak-anak dan menguruskan rumah. Saya pun tak suka ke sana ke mari! Tapi bersama group kami, kami akan bongkar rahsia bagaimana anda boleh menjana pendapatan dari rumah seperti Work At Home Mother yang lain yang telah berjaya. 

Hubungi saya sekarang!
 
 



 
✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
 
✉ SMS : 016 4048891
 
☎ WhatApp : 0198558422 / +974 55273585 
 
Email : minahron@gmail.com 
 
souqvitamin.blogspot.com

Kencing Manis : Kawal dengan Vitamin Shaklee


Penyakit kencing manis atau diabetes bukan lagi sejenis penyakit yang asing bagi masyarakat kita. Setiap hari, tanpa kita sedari, kita berada di tengah-tengah orang yang mengalami masalah diabetes ni. Menurut kajian, setiap 1 dalam 7 orang dewasa di Malaysia menghidapi diabetes. 

PUNCA KENCING MANIS

Kencing manis terbahagi kepada 2 iaitu :

1. Diabetes yang bergantung kepada insulin 

Diabetes jenis ini berpunca daripada masalah genetik di mana seseorang itu memang dilahir dengan pankreas yang tidak boleh menghasilkan insulin yang mencukupi untuk membantu penggunaan glukosa. Kencing Manis Jenis 1 biasanya boleh dikesan pada bayi atau budak yang muda.


2. Diabetes yang bebas insulin 


Diabetes jenis 2 ini adalah jenis kencing manis yang kerap kita jumpa. Ia biasanya berlaku pada orang dewasa yang berumur 40 ke atas. Tetapi, kajian statistik terbaru menunjukkan penyakit ini menunjukkan trend yang cenderung ke arah golongan umur yang lebih muda. Kini, terdapat ramai orang berumur sekitar 30-an sudahpun menunjukkan bacaan glukosa darah yang tinggi.

Diabetes bebas insulin ini biasanya bermula dengan ketahanan insulin, dimana badan tidak menggunakan insulin dengan berkesan. Apabila keperluan menggunakan insulin meningkat, kelenjar pankreas tidak lagi mampu mengeluarkan insulin pada kadar mencukupi. 

Diabetes jenis ini biasanya berlaku seiring dengan faktor usia lanjut, gemuk (obesity), terencat ketahanan glukos, keturunan atau bangsa (genetik) dan kurang bersenam. 

TANDA-TANDA MENUNJUKKAN ANDA ADA DIABETES. DAPATKAN RAWATAN SEGERA!

Jika anda mengalami gejala seperti luka yang lambat sembuh, jangkitan pada sistem pembuangan air kencing dan kemaluan, kebas kaki, dahaga, kerap buang air kecil dalam kuantiti yang banyak, letih dan lesu serta berat badan menurun tanpa sebab, anda disarankan menjalani ujian untuk diabetes.

Bagaimana diabetes dikesan? Kebanyakan orang tidak sedar mereka menghidap diabetes. Di Malaysia, pakar perubatan menganggarkan kebanyakan pesakit sudah menghidap diabetes bertahun-tahun lamanya sebelum penyakit mereka dikesan. Inilah sebabnya kita perlu mengetahui paras gula darah kita dengan kerap menjalani pemeriksaan. Siapa lagi yang perlu jaga kesihatan diri kalau bukan anda sendiri!

Diabetes yang tidak di kawal boleh menyebabkan pelbagai penyakit lain seperti kerosakan jangka panjang kepada mata (boleh mengakibatkan buta), saraf (kebas atau hilang deria rasa di tangan dan kaki boleh cedera tanpa disedari), otak (strok), buah pinggang (kegagalan buah pinggang) dan jantung (serangan jantung).

RAWATAN KENCING MANIS

Tiada rawatan sebenarnya untuk menghilangkan sakit kencing manis ni. Kalau pergi hospital, anda hanya akan diberi ubat-ubat yang bersifat sintetik untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Ada juga ubat yang memberi kesan sampingan seperti cirit birit. 

Dengan pengambilan supplement, anda boleh mencegah dan mengawal kencing manis anda secara lebih semulajadi dalam mengekalkan paras gula sihat dalam darah. Antara rangkaian supplement shaklee yang saya sarankan ialah :

1. Vitalea - Multivitamin dengan 28 vitamin dan mineral penting. Membantu mengekalkan kesihatan yang baik. Membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah

2. Vitamin C Sustained Release - Membantu dalam menyalurkan vitamin c secara berterusan. Mengukuhkan kapilari dan salur darah. Anti-oksidan semulajadi. 

3. ESP - Protein bukan GMO yang lengkap dengan semua Asid Amino perlu. Rendah lemak, bebas laktosa dan kolestrol. Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar. 

4. GLA Complex - Memberi kesan positif kepada diabetic neuropathy

5. Zinc - Membantu penghasilan insulin dan pemulihan luka

6. Alfalfa - Kromium (GTF), membantu menstabilkan gula dalam darah



Kalau anda jenis yang tak suka telan biji-biji vitamin, Shaklee memperkenalkan supplement dalam bentuk cecair iaitu Vivix, "magic potion" anti-penuaan / anti-oksidan pada tahap selular. Campuran elderberry, carrot ungu, muscadine grape dan polygonum cuspidatum yang rasanya kelat-kelat masam dan manis. Dengan Vivix, langkah pencegahan anda menjadi lebih mudah, ringkas dan cepat bagi mereka yang selalu sibuk sampai tidak sempat untuk makan vitamin yang banyak-banyak.

Antara testimoni pesakit diabetes yang mengamalkan Vivix : 


Hubungi saya sekarang untuk mendapatkan satu set kencing manis shaklee atau pun Vivix untuk anda sendiri atau untuk dihadiahkan untuk mak ayah tersayang anda. Setiap pembelian pasti akan mendapat konsultasi terbaik dari saya. InsyaAllah. 

Sekiranya anda mahu membeli sendiri secara online, tanpa perlu melalui saya pun buleh sangat. Klik saja pada LINK di bawah dan anda shopping sendiri menggunakan kredit kad atau debit kad anda. Tak perlu SMS, WhatsApp, PM saya lagi. Senang, mudah dan jimat!. Dalam masa 2-3 hari, barang yang anda order, akan sampai ke depan pintu rumah anda. 




ATAU



Jadi ahli Shaklee sekarang untuk mendapat penjimatan sehingga 20% ke atas semua pembelian produk Shaklee. Hubungi saya untuk keterangan lanjut. 



✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
✉ SMS : 016 4048891
☎ WhatApp : 0198558422 / +974 55273585 
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...