Tips bagaimana suami masih dapat menikmati masakan air tangan isteri walaupun berjauhan beribu-ribu batu

Assalamua'alaikum wrt,

Alhamdulillah, bersiaran di Malaysia sekarang. Cuti-cuti Malaysia sepanjang Ramadhan dan menyambut Syawal ni di tanah air tercinta.. insyaAllah. Tiada tempat yang lebih seronok dari kampung halaman kan? Hampir setahun tak balik ke kampung, alhamdulillah, akhirnya kali ni dapat balik yeayyy...

Memandangkan dah hampir setahun tak balik, jadi kami dulu tanpa abah. Balik awal 2 minggu daripada abah. So dapat spend lebih masa kat Malaysia, hampir 2 bulan bercuti. Abah masih bekerja kan. Nak dekat raya nanti baru abah balik Malaysia.

Berpuasa di Doha bukan seperti di Malaysia yang ada bazaar Ramadhan di mana-mana. Nak berbuka puasa senang sahaja beli makanan di bazar Ramadhan. Lagi lagi kalau tinggal sorang-sorang macam abah. Nak masak alang-alang sahaja. Jadi apa yang saya buat ialah saya frozenkan lauk pauk yang saya masak seminggu sebelum saya balik ke Malaysia. Setiap kali saya masak, saya akan masak lebih sikit dan masukkan dalam bekas kecik kecik untuk letak dalam freezer. So, untuk makan, abah hanya perlu panaskan sahaja.

Selain frozen lauk, saya buatkan juga sambal segera untuk abah senang masak. Sambal segera tu dah saya cukupkan asam, garam dan gula. Saya blend cili kering, bawang besar, bawang putih dan sedikit belacan. Tumiskan dan masukkan asam, garam dan gula dan goreng sampai naik minyak / kering. Kemudian simpan elok elok dalam peti ais. Senang abah nak masak sambal telur ke, sambal ikan ke...just panaskan aje.

Saya juga ada buatkan pes untuk abah masak sayur. Saya blendkan ikan bilis, bawang besar dan ikan bilis. So, abah just tumiskan aje pes ni untuk masak sayur.

Nahh...setiap kali suami kita makan atau masak, mesti teringat teringat kat kita kan? Hihihi... masih boleh makan masakan isteri walaupun kita dok jauh.

Oklah, semoga perkongsian ini memberi manfaat pada semua.


Ummu Fawzan

Fb Nor Hanim Abu Hassan
✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin
☎ WhatApp : +974 55273585
 Email : minahron@gmail.com
souqvitamin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...