Supplement Untuk Pesakit Kencing Manis

Saya sering ditanya oleh rakan-rakan saya apakah vitamin shaklee yang sesuai untuk merawat Diabetes. Sebenarnya, istilah 'merawat' di dalam konteks pengambilan supplement adalah tidak betul. Pengambilan supplement lebih kepada mencegah / prevention dan membantu memberi nilai tambah kepada badan kita sekiranya kita tidak mengambil makanan berkhasiat dan seimbang yang secukupnya.

Saya ada membuat sedikit research tentang diet yang harus di amalkan oleh penyakit kencing manis ini atau yang biada juga di sebut Diabetes.  Antara makanan-makanan  untuk diabetes yang sering di sebut di laman-laman web sosial ialah :


1. Buah sayur Karela
Sayur ni saya tak pernah jumpa di Malaysia sebelum ni. Tapi kat Doha memang banyak. Rupa macam buah peria yang pahit tu tapi kulit dia lebih hijau pekat dan lebih menggerutu. Saya dah pernah cuba masak sayur ni. Memang rasa pahit macam peria. 

Kelebihan buah karela ini adalah ianya mengandungi insulin tumbuh-tumbuhan asli yang mampu mengurangkan atau memproses kandungan gula dalam badan kita. Jadi buat mereka yang ada masalah insulin yang lemah tak mampu nak proses kandungan gula dalam darah, dengan adanya amalan makan buah karela ini dapat membantu masalah dalam badan dan darah anda.


2. Yogurt

Yogurt adalah susu masam yang baik untuk kesihatan. Selain baik untuk pesakit kencing manis, ia juga baik untuk menurunkan berat badan anda. Kalau boleh belilah yogurt asli yang ada dijual di pasaraya untuk dimakan dengan buah-buahan.





3. Bawang Putih

Bawang putih banyak khasiatnya. Ia juga dikatakan dapat membantu orang yang mempunyai masalah kolestrol tinggi. Menurut kajian, untuk mendapatkan khasiat yang secukupnya anda perlu ambil sekurang-kurangnya 3 atau 4 ulas bawang putih setiap hari. Lebih elok dihancurkan dan dikunyah begitu saja. Mampu ke? Kalau tak mampu, Shaklee ada supplement bawang putih dalam bentuk pill. Tak perlu gigit dan kunyah bawang putih yang berbau tu lagi. Telan dengan mudah macam tu je. 



4. Buah limau

Semua jenis buah limau termasuk dalam kategori ini. Limau mandarin, sunkist, kasturi, lemon, atau apa saja jenis dari buah limau boleh makan. Makan macam tu je. Tak payah buat jus. 





5. Minyak zaitun

Minyak zaitun dapat mengawal kandungan gula dalam badan anda supaya tidak tinggi dan tidak rendah. Harga minyak zaitun memang mahal berbanding dengan minyak masakan lain. Jangan lah guna untuk buat menggoreng dan memasak pulak. Makan minyak zaitun secara mentah. Orang arab suka jadikan minyak zaitun sebagai hidangan makanan mereka. Di hidangkan bersama HUMUS i.e. campuran kacang kuda yang dilenyekkan seperti di dalam gambar, dan dimakan dengan roti. 



6. Buah ceri

Buah ceri adalah makanan yang sesuai untuk pesakit kencing manis jenis 2. Ia mengandungi tahap anti-oksidan yang tinggi dan serat yang membantu anda meningkatkan pengeluaran insulin anda dan mengurangkan kolesterol anda. Buah ceri juga rendah kalori.

7. Cuka

Kajian yang dijalankan di Universiti Negeri Arizona menunjukkan bahawa cuka, bahan aktif asid asetik, mengurangkan tahap glukosa ketika berpuasa dan selepas makan. Ambil 2-3 sudu besar setiap hari cuka epal untuk dos yang berkesan.


8. Roti gandum asli

Kalau nak makan roti, pilih lah roti gandum asli. Mat Saleh panggil whole grain bread. Ada di jual di supermarket-supermarket. Roti gandum lebih menyihatkan dibandingkan dengan roti putih. Selain mempunyai pelbagai zat gizi, roti gandum dapat menurunkan kolesterol dan risiko terkena penyakit jantung, serta baik untuk diabetes.


9. Avacado

Lemak sihat buah-buahan ini dapat membantu meningkatkan sensitiviti insulin anda dan mengawal paras gula dalam darah anda. Walaupun buah Avacado tinggi dalam lemak , tetapi perlu dimakan secara sederhana.


Itulah antara makanan yang seharusnya di amalkan oleh pesakit-pesakit kencing manis di dalam diet seharian. Mungkin nampak mudah, tetapi saya pasti hakikatnya sangat mencabar. Saya tabik spring sekiranya anda dapat makan sayur kerala dan kunyah 3-4 biji bawang putih tiap-tiap hari dalam diet anda. Kalau anda berjaya, tahniah saya ucapkan! Anda memang terbaik. 

Kalau anda rasa was was dengan diet anda, anda boleh mencuba supplement Shaklee sebagai makanan tambahan untuk mengekalkan paras gula sihat dalam darah. Antara rangkaian supplement shaklee yang saya sarankan ialah :

1. Vitalea - Multivitamin dengan 28 vitamin dan mineral penting. Membantu mengekalkan kesihatan yang baik. Membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah

2. Vitamin C Sustained Release - Membantu dalam menyalurkan vitamin c secara berterusan. Mengukuhkan kapilari dan salur darah. Anti-oksidan semulajadi. 

3. ESP - Protein bukan GMO yang lengkap dengan semua Asid Amino perlu. Rendah lemak, bebas laktosa dan kolestrol. Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar. 

4. GLA Complex - Memberi kesan positif kepada diabetic neuropathy

5. Zinc - Membantu penghasilan insulin dan pemulihan luka

6. Alfalfa - Kromium (GTF), membantu menstabilkan gula dalam darah


Banyakkan nak kena telan? Tapi takpe, sekiranya anda membeli dari saya, saya akan memberikan cara pengambilan vitamin-vitamin ini satu persatu dengan jadual yang lengkap khusus untuk anda supaya anda mendapat khasiat yang optimum. Tapi sekiranya anda tak suka telan vitamin yang berbentuk biji, saya ada satu lagi solusi untuk anda iaitu Vivix, anti-penuaan / anti-oksidan pada tahap selular. Campuran elderberry, carrot ungu, muscadine grape dan polygonum cuspidatum yang sedap. Dengan Vivix, langkah pencegahan anda menjadi lebih mudah, ringkas dan cepat bagi mereka yang selalu sibuk sampai tidak sempat untuk makan vitamin yang banyak-banyak, apa tah lagi melihat jadual pengambilan vitamin yang banyak ni.

Antara testimoni pesakit diabetes yang mengamalkan Vivix : 


Hubungi saya sekarang untuk mendapatkan satu set kencing manis shaklee atau pun Vivix untuk anda sendiri atau untuk dihadiahkan untuk mak ayah tersayang anda. Setiap pembelian pasti akan mendapat konsultasi terbaik dari saya. InsyaAllah. 

Sekiranya anda mahu membeli sendiri secara online, tanpa perlu melalui saya pun buleh sangat. Klik saja pada LINK di bawah dan anda shopping sendiri menggunakan kredit kad atau debit kad anda. Tak perlu SMS, WhatsApp, PM saya lagi. Senang, mudah dan jimat!. Dalam masa 2-3 hari, barang yang anda order, akan sampai ke depan pintu rumah anda. 


ATAU



Jadi ahli Shaklee sekarang untuk mendapat penjimatan sehingga 20% ke atas semua pembelian produk Shaklee. Hubungi saya untuk keterangan lanjut. 


✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
 SMS : 016 6671227 
☎ WhatApp : 0198558422 / +974 55273585 
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com


No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...