Resepi Pancake yang Mudah, Cepat dan Sedap

Bangun pagi tadi terus ke dapur tapi tak tahu nak masak apa untuk breakfast dan bekal anak-anak ke sekolah. Pening betul! Biasalah hari Khamis dah hujung-hujung minggu mesti dah abih idea masakan. Check-check stok kat dapur apa yang ada, so, decide buat pancake!

Simple aje, tapi sedap! Saya main belasah ja measuremant dia tak ikut resepi pun. Tapi lebih kurang macam ni lah

3 cawan tepung gandum, di ayak
1 sudu kecil baking powder- di ayak dengan tepung.
2 biji telur
Susu segar - banyak mana ikut kepekatan adunan pancake anda
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam  
3 sudu besar butter yang dicairkan. 

Gaul lah semuanya sekali bahan-bahan di atas. Kepekatannya ikutlah rasa hati keibuaan anda. Dah cukup rasa boleh lah panaskan kuali / pan yang non-stick tu. Mula-mula je saya letak butter sikit takut-takut masih stick kat pan. Pastu untuk pancake yang seterusnya tak payah sebab tak stick dah. 



Tuang satu scoop adunan atas pan, bila dah warna coklat tu, kalihkan pancake anda. Bagi masak dua-dua belah. 

Kalau nak lagi sedap dan lagi mudah, prepare adunan ni siap-siap malam sebelum tidur.  Lepas tu simpan dalam peti ais. Bangun pagi boleh terus masak...yeayy!!

Dah masak makan lah dengan butter atan pancake syrup. Sedap sangat! Anak-anak saya suka!

Selamat mencuba!

Ummu Fawzan


Fb Nor Hanim Abu Hassan ✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin ☎ WhatApp : +974 55273585 Email : minahron@gmail.com souqvitamin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...