Yang mana produk Shaklee kalau makan jadi kuat, macam popeye makan spinach?

"Popeye the sailorman...ooottt oottt..."

Saya ingat lagi, arwah adik saya suka sangat kartun ni. Masih terngiang-ngiang kat telinga saya ni macamana dia nyanyi. Tapi, Allah lebih menyayangi adik saya ni. Allah menjemput dia ke syurga pada usia dia 3 tahun, 33 tahun yang dulu.  

Kenapa hari ni saya cerita pasal popeye pulak? Bukan apa, orang-orang zaman sekarang semua nak benda instant, nak sihat instant, nak cepat baik instant, semua benda nak result yang cepat. Hatta, bila cuba Shaklee pun, nak sihat, cantik, kurus, bijak semuanya nak tengok hasil yang cepat. Itu yang saya teringat kartun popeye. Bila dia makan spinach, badan terus keluar muscle ketul-ketul dah boleh tumbuk orang jahat terpelanting jauh-jauh hehehe...



Bila makan supplement, anda semua kena ingat, bukan macam ubat tau. Ubat ada dadah, steroid yang boleh bagi kelegaan yang segera. Lebih kepada merawat. Tetapi, dengan supplement, lebih kepada 'prevention' atau mengelakkan badan kita dari terkena penyakit atau jangkitan yang merbahaya. Bila ambil supplement juga biasanya kita akan nampak kesannya atau perbezaan pada diri kita sekurang-kurangnya 3 bulan lepas pengambilannya. Yelah, vitamin-vitamin ni amik masa jugak nak sesuaikan khasiat-khasiat dia dalam badan kita. Nak repair itu ini mana-mana bahagian badan kita yang dah tak berapa elok tu kan?  Tapi, bergantung jugak kepada badan seseorang. Sekiranya dia sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat, lebihkan minum air, kurangkan minuman bergula dan caffein, kesannya kadang-kadang nampak lebih cepat. 

Ada jugak yang makan supplement untuk banyakkan susu badan, tapi tengok-tengok hasilnya kulit jadi lebih cantik, badan jadi kurus pulak...haaa..best kan? Bonus tu. Itulah, supplement ni hasil dan kesan dia bergantung kepada badan seseorang tu. Orang lain amik, kesan A, yang sorang lagi amik, kesan dia B. Tak sama. So, tak boleh nak banding kesan kita dengan kesan orang lain.  Setiap orang tahap penerimaan supplement berbeza...ikut badan masing-masing. Ada juga yang 'healing crisis' nya pelik pelik. So, kena cepat cepat bagitahu saya, supaya saya boleh follow up dan advise apa yang perlu di buat. Sebab itulah anda perlu beli Shaklee dari pengedar yang berpengalaman dan tahu selok belok supplement nih. Contoh yang terdekat saya lah tu ... hahahaha..jgn marah...tak kisah lah beli dari pengedar mana pun kan. Rezeki semua datang dari Allah, tapi pilihlah pengedar yang perihatin, selalu follow up, yang berpengalaman dan bukan yang jenis lepas tangan tau.

So, kesimpulannya, tiada vitamin shaklee yang bila makan anda boleh jadi kuat macam popeye. Tapi bagus tau makan spinach tu. Sedap buat sup sayur. Anak-anak saya suka sangat hirup-hirup. 

Ingin dapatkan vitamin shaklee untuk tingkatkan tahap kesihatan anda? Hubungi saya sekarang untuk konsultasi PERCUMA!

Nor Hanim : 0166671227

atau

Rohana : 0194777736

Friend saya di FB Nor Hanim Abu Hassan 
✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
☎ WhatApp : +974 55273585 
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com


No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...