Rahsia bagaimana anak anda buat kerja rumah tanpa perlu disuruh

Nak tahu bagaimana cara mudah supaya anak anda melakukan kerja-kerja rumah tanpa perlu anda menyuruh terjerit terlolong?

Saya pernah membaca satu article di internet menceritakan bagaimana seorang ibu membuat satu sistem di rumah di mana anak-anak akan dikenakan denda sekiranya membuat kesalahan. Denda nya ialah anak-anak di "grounded"kan atau dilarang daripada menggunakan segala gajet, tv, computer sehingga mereka dapat kumpul point secukupnya. Untuk kumpul point tu, anak-anak perlu membuat kerja-kerja rumah. Kerja-kerja rumah seperti sidai baju, lipat baju, cuci toilet, mop lantai dan macam-macam lagilah mengikut kreativiti anda. 

Nampak macam menarik. Maka, saya cuba implement sistem ini di rumah saya. Ini contoh yang saya buat untuk anak-anak saya.






Sebelum anda nak implement sistem ni, duduk dengan anak-anak, bincang jenis-jenis kesalahan, jenis denda, jenis kerja rumah dan jumlah point. Biar semua orang setuju dan sepakat dengan sistem ni baru anak-anak tidak mengeluh dan mengikut sistem ini dengan rela hati.

Dengan sistem ini di rumah,  anak-anak saya lebih berhati-hati takut-takut melanggar rules yang ditetapkan. Kalau tersasar, mereka tahu mereka di "grounded" dan secara automatik terus mencari-cari kerja-kerja rumah yang boleh dilakukan seperti yang di persetujui. Berlumba-lumba pulak tu nak kumpul point. Hihihi... Anak-anak saya sendiri yang keep track jumlah point yang telah terkumpul.

Alhamdulillah, sistem ini sangat membantu kerja-kerja rumah saya dan mengajar anak-anak lebih bertanggungjawab, mematuhi peraturan dan elak dari melakukan kesalahan-kesalahan yang berulang-ulang. Saya pun kurang sikit marah-marah kat anak-anak saya.  Tetapi, cabaran buat saya pula untuk sentiasa konsisten dan comply betul-betul sistem ni. Kalau tak, anak-anak ingat kita main-main dan tidak serius. Jadi, anak-anak pun ikut main-main dan tidak mematuhi peraturan. 

Saya lebih suka kalau sistem ini di kategorikan sebagai "consequences" atau kesan dari perbuatan tidak baik anak-anak, bukannya "penalty" atau hukuman. "Consequences" lebih sedap bunyinya berbanding "hukuman". Kan? Anak-anak pun tidak rasa dirinya dihukum. 
Dan maybe sesetengah orang nampak sistem ini akan menyebabkan anak-anak membuat kerja-kerja rumah dengan terpaksa. Tapi bagi saya, cara ini adalah latihan untuk membiasakan anak-anak saya dengan kerja-kerja rumah. InsyaAllah, lama-lama saya yakin sifat dan sikap menolong kerja-kerja rumah akan tertanam di dalam diri mereka. 

Sebagai pengguna tegar Shaklee, saya juga membiasakan anak-anak saya dengan supplement shaklee. Antara supplement yang saya berikan pada anak-anak saya ialah Mealshake, Omegaguard dan Chewable Vitamin C. Sekiranya anda ingin mencuba untuk memberikan vitamin shaklee ini kepada anak-anak anda, anda boleh membeli secara online dengan KLIK pada LINK di bawah. Selepas membuat pembelian, dalam masa 3-4 hari, vitamin shaklee ini akan sampai di depan pintu rumah atau office anda. Sangat mudah, pantas dan jimat. 

ORDER : SET VITAMIN SHAKLEE UNTUK KANAK-KANAK CERGAS DAN CERDAS

Kami dari SouqVitamin amat mementingkan konsultasi selepas pembelian. Jangan lupa hubungi saya di talian di bawah untuk mengetahui cara pengambilan vitamin yang betul supaya anak anda mendapat khasiat vitamin yang optimum. 

Selamat mencuba!

Ummu Fawzan

✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
✉ SMS : 0166671227
☎ WhatApp : 0198558422 / +974 55273585
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com

19 comments:

  1. Bagus blh cuba sistem ni tuk anak2 sy

    ReplyDelete
  2. Boleh tambahkan aktiviti seperti ini :

    1. Mereka boleh hadiahkan points mereka yang lebih kepada adik mereka yang kurang mendapat point hari itu. (belajar compassion)
    2. Mereka boleh trade points sesama mereka berdasarkan kerja yang dilakukan. (belajar negotiation)
    3. Mereka juga boleh simpan points yang lebih untuk ditukarkan / dijual dengan parents dengan hadiah. (belajar menyimpan)
    4. Setelah mereka berjaya mengumpul sekian points (secara terkumpul), cth 20000 points, mereka akan naik level kepada Sarjan, Kapten, etc. (leveling up)
    5. Juga boleh mengadakan pangkat untuk kategori tertentu dari no 4 di atas (menyapu, membersihkan halaman), cth : pakar pembersihan.

    Family day diadakan, dan sijil dari apa yang mereka dapat (pangkat, level, etc) dari keseluruhan tahun akan diberikan. Gamify untuk house chores. Best, kan?

    ReplyDelete
  3. En fikri, idea yg sgt menaik! Masyaallah.

    Insyaallah akan di praktikkan. terima kasih di atas input.

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum.

    Alhamdulillah. Saya nak develop sistem online untuk teknik ini. TQVM

    fb.com/fuadlatip
    jiwa positif hidup bertuhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sharing bila sistem online sudah terlaksana...

      teruja dengan teknik aktiviti bersama anak-anak ini

      Delete
    2. Wslm En Fuad. Bagusnya. Kalau dah siap boleh war war kan. Terima kasih kerana sudi singgah blog saya!

      Delete
  5. Replies
    1. Harap membantu adik farah ye! :). TQ for singgah blog akak

      Delete
  6. Wahh..menarik..anak saya bru 2 tahun..percakapan agak lambat tapi dah faham arahan..skg klu makan, pinggan kosong dia dh siap2 kutip masuk sinki...alhamdulillah tak perlu suruh...pinggan mak ayah dia pun licin dia kutip...so kat rmh mmg jrg pakai pinggan kaca..

    ReplyDelete
  7. Puan Maziah, terbaik tu! Orang kata mak ayah ni cermin anak-anak. Dia copy semua apa yg kita buat. Puan mendidik anak dengan baik! Tahniah Puan! :) .

    ReplyDelete

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...