Panduan dalam mendidik anak-anak kaedah Luqmanul Hakim : Surah Luqman ayat 12-29

Bukan senang ye nak mendidik anak-anak di zaman sekarang. Budak sekarang bukan macam dulu. 2 tahun dah pandai main game kat handphone. 5 tahun da pandai main game kat computer. Saya dulu lepas ambil SPM  baru pandai guna computer. 

Anak-anak zaman sekarang lebih senang terdedah kepada gejala - gejala yang tidak sihat. Mak ayah kena sentiasa perhatikan aktiviti anak-anak, dengan siapa dia berkawan, rancangan apa dia selalu tengok kat tv, video apa yang dia selalu tengok kat youtube. Aduihhh...takut rasa. Kalau bukak youtube tu, ada saja benda-benda pop up yang tak elok keluar. So hati-hati ye mak ayah di luar sana. Jangan terlalu manjakan anak dan biarkan anak-anak especially masa tengah melayari internet.  


Baru-baru ni Timbalan Mufti Perak, Ustaz Hj Zamri Hashim ke Doha untuk memberi pengisian di beberapa slot ceramah. Antara yang menarik ialah bagaimana mendidik anak-anak mengikut kaedah Luqman Al Hakim.  Semoga panduan ini dapat membantu mendidik anak-anak kita supaya lebih kuat, bukan yang badan kuat ye, tapi kuat akidahnya, kuat akhlaknya dan kuat rohaninya dalam menempuh dugaan-dugaan duniawi yang penuh mencabar di zaman ini. 

8 perkara yang perlu di tanamkan kepada anak-anak ialah :  

1. Bersyukur dengan nikmat Allah

Surah Luqman, Verse 12:
وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ أَنِ اشْكُرْ لِلَّهِ وَمَن يَشْكُرْ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ

Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

2. Jauhkan amalan-amalan syirik dan yang menyekutukan Allah. 

Surah Luqman, Verse 13:
وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".

3. Berbakti kepada ibu bapa. 

Surah Luqman, Verse 14:
وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).


4. Berbuat baik kepada ibu dan ayah walaupun mereka menyuruh untuk membuat kejahatan sekalipun. 

Surah Luqman, Verse 15:
وَإِن جَاهَدَاكَ عَلَىٰ أَن تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.

5. Setiap amalan kecik atau besar / baik atau jahat, pasti akan di hitung oleh Allah di akhirat kelak. 

Surah Luqman, Verse 16:
يَا بُنَيَّ إِنَّهَا إِن تَكُ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ فَتَكُن فِي صَخْرَةٍ أَوْ فِي السَّمَاوَاتِ أَوْ فِي الْأَرْضِ يَأْتِ بِهَا اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ

(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi..


6. Jangan tinggal solat, melakukan amar maaruf, nahi munkar, dan bersabar di atas bencana yang menimpa

Surah Luqman, Verse 17:
يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ

"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.


7. Jangan bersifat sombong. 

Surah Luqman, Verse 18:
وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri)

8. Jaga setiap langkah mu dan jangan tinggikan suara ketika bercakap. 

Surah Luqman, Verse 19:
وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِن صَوْتِكَ إِنَّ أَنكَرَ الْأَصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ

"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".


Mudah-mudahan mak ayah di luar sana sama-sama kita mengambil iktibar dari ayat-ayat ini dan sama-sama juga kita mendidik dan memperingati anak-anak dalam kehidupan seharian mereka. 

Sekian
Ummu Fawzan

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...