Kembara Doha-UAE-Oman bersama anak-anak : Day 5

Waahhh...lamanya baru saya nak update cerita ni. Saya pun dah tak ingat bila tarikhnya day 5 kembara Doha-UAE-Oman ni. Tapi yang saya ingat hari ke lima ni saya ke Musandam, Oman. Pi ligan dolphin! Dan yang paling best memang rezeki kami dapat tengok 4-5 ekor dolphin ligan bot kami. Perak kalau orang utara kata. 

Bila dah sampai di Musandam ni, tak sah lah kalau anda tak naik cruise untuk main ligan-ligan dengan dolphin sambil melihat pemandangan yang sangat cantik. Subhanallah. Masuk-masuk je ke Oman, pemandangan terus cantik dengan bukit-bukit batu. Siapa sangka! 

Untuk naik cruise di Musandam ni ada beberapa agent yang anda boleh contact. Saya pilih www.dolphinkhasabtours.com sebab kawan saya yang rekomen. Sebab saya malas nak pening-pening kepala cari agent lain, so saya terus contact sales@dolphinkhasabtours.com melalui email dan mintak quotation. Ada  2 package cruise ini iaitu half day dan full day. Saya memilih half day sahaja sebab saya memandu dari Dubai dan tidak berniat bermalam ni Musandam memandangkan kami dah ada hotel di Dubai. Harga hotel-hotel di sini tau tau saja la kan, mahal. So rugi lah bayar lebih. Bagi yang ada bajet lebih bolehlah ambil full day package, bermalam di Musandam dan menikmati suasana di sana yang amat mendamaikan. Sungguh, sangat best!

Di atas cruise

Memandangkan kami tidak bermalam di Musandam dan bercadang untuk balik ke Dubai pada hari yang sama, maka kami memilih half day cruise yang bertolak awal pagi iaitu pukul 9 am dan pulang pada pukul 1 ptg. Dubai ke Musandam lebih kurang 3 jam. So, awal-awal pagi dah bertolak dari Dubai iaitu pukul 6 pagi. Tapi nak di jadikan cerita, ada beberapa stop di imigresen sempadan antara Dubai-Oman yang mengambil masa yang agak lama, maka kami sampai lewat! Cruise dah bertolak tanpa kami. Tapi nasib baik pihak agent itu bertimbang rasa. Sampai sahaja kami di port, dia hantar kami ke cruise dengan speed boat. Alhamdulillah. Sebenarnya, pihak agent ni ada menyediakan transport / service ambil penumpang-penumpang dari Dubai ke Musandam bagi mereka yang tiada kenderaan. Cumanya kena bayar lebih sikit lah. Mana ada yang free kan? Hihihi.

Package yang kami ambil termasuk sekali makan tengahari di atas cruise tu. Yang ni optional. Tak nak makanan sekali pun takpa. Not bad jugak nasik arab dia. Nasib baik sedap! Selesai makan anda boleh snorkeling tau. Tapi kami tak prepare. So, tak snorkeling pun. Sekadar tengok orang lain snorkeling, bagi makan ikan dan ambik-ambik gambar. Next time kena bawak cukup peralatan snorkeling. Baru berbaloi dan lengkap trip ke Musandam. 




Lepas makan, misi mencari dolphin bermula. Lama jugak nak jumpa. Alhamdulillah, akhirnya dapatlah tengok dolphin lompat-lompat ligan-ligan bot kami secara dekat. Pakat menjerit. Tak malu sungguh. Saya ada post video dolphin lompat-lompat ni kat FB saya. Nanti lah saya cari. Kalau ada saya add kan ke blog saya ni. 





Selesai ligan dolphin kami pun pulang ke port. Selesai solat zohor di masjid berdekatan kami bertolak pulang ke Dubai. Sampai di Dubai kami ke Jumeirah Beach amik gambar di Burj Al Arab. Tak sah kot mai Dubai tak amik gambar kat sini kan?




Selesai sudah perkongsian 5 hari saya kembara Doha-UAE-Oman bersama anak-anak di blog ni. Alhamdulillah, Allah berikan kesihatan yang baik dan memudahkan urusan sepanjang perjalanan kami. InsyaAllah kalau ada rezeki dan dipanjangkan umur, kami akan repeat trip ini. 

Anda terlepas cerita saya dari hari pertama hingga hari ke-4? Jangan risau, boleh KLIK di sini untuk mengikutinya. 

Selamat membaca!

Ummu Fawzan


No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...