Berpantang Untuk Ibu Yang Bersalin Secara Caesarian, Apa Bezanya?

Jika anda diberi pilihan nak bersalin normal atau caesarian, yang mana anda pilih? Saya pasti ramai yang memberi jawapan mahu bersalin secara normal kan? Kelahiran secara caesarian boleh dibahagikan kepada dua iaitu :

  1. Elektif caesarian atau pembedahan yang dirancang - dijadualkan akan berlangsung sebelum proses kelahiran bermula.
  2. Emergency caesarian atau pembedahan yang tidak dirancang - berlangsung semasa proses kelahiran


Elektif caesarian (Pembedahan yang dirancang) 



Pembedahan caesarean yang dirancang, atau elektif, mungkin berlaku atas pelbagai sebab, termasuk: 

  • Anda telah menjalani dua atau lebih pembedahan caesarean sebelum ini. Walau bagaimanapun ramai wanita berjaya menjalani kelahiran vagina selepas caesarean (vaginal birth after caesarean atau VBAC).
  • Anda mempunyai jangkitan (seperti herpes atau HIV) yang boleh dipindahkan kepada bayi jika anda melahirkan secara vagina.
  • Anda dinasihatkan untuk menjalani caesarean, mungkin sebab telah mengalami kelahiran vagina yang traumatik sebelum ini.
  • Bayi anda dalam kedudukan ke sisi (melintang), atau sentiasa mengubah kedudukannya (posisi tidak stabil).
  • Anda mempunyai praeklampsia teruk atau eklampsia, yang mendatangkan bahaya jika melambatkan kelahiran.
  • Bayi anda tidak membesar (di dalam uterus rahim) sebagaimana yang sepatutnya.
  • Bayi anda berada dalam posisi punggung ke bawah, atau kedudukan songsang.
  • Anda menghidap penyakit, seperti penyakit jantung atau kencing manis.
  • Anda mempunyai plasenta rendah (plasenta praevia).
  • Anda menjangkakan kembar dua atau lebih.
  • Anda telah kehilangan bayi pada masa lalu, samada sebelum atau semasa pelahiran.



Emergency caesarian (Pembedahan tidak dirancang)

  • Tali pusat tergelungsur turun melalui serviks terdahulu daripada bayi anda. Ini dipanggil prolaps kord. Ada kemungkinan kord akan terhimpit semasa lahir, dan memotong bekalan oksigen bayi anda.
  • Proses kelahiran anda adalah sangat lama dan perlahan. Pintu rahim (serviks) tidak membuka dengan cukup untuk membolehkan bayi anda bergerak turun masuk ke dalam saluran kelahiran.
  • Plasenta telah tertanggal semasa kelahiran. Ini dipanggil plasenta abrupsi dan meletakkan bayi anda dalam bahaya.
  • Parut dari kekoyakan caesarean sebelumnya. Ini dipanggil pecah rahim dan amat jarang berlaku. Ia berlaku hanya kepada satu dalam 200 wanita.
  • Bayi anda menjadi lemas semasa proses kelahiran.
  • Anda mengalami pendarahan banyak semasa proses kelahiran.

Saya telah melalui 4 kali caesarian. Antara sebabnya ialah bukaan pintu rahim tidak membuka dengan cukup. Kepala baby tidak turun elok-elok ke dalam saluran kelahiran. Ianya berlaku kepada kelahiran pertama dan kedua. Kelahiran yang ketiga dan keempat saya terus membuat keputusan untuk elektif caesarian disebabkan saya sudah melalui 2 kelahiran sebelum itu secara caesarian.

Berpantang untuk ibu-ibu yang bersalin secara caesarian mungkin berbeza sedikit dengan ibu yang bersalin cara normal. Yelah, perut dah go through major operation kan, so nak urut, nak tungku memang tak dapat buat lagi awal-awal sejurus lepas bersalin. Macam saya bertungku selepas 2 minggu bila luka operation betul-betul lega. Tapi bertungku di bahagian badan selain perut lah. Seriyau kot nak letak tungku kat perut. Kemudian, mengurut hanya selepas habis pantang.

Dari segi pemakanan, pantang makan saya sama sahaja kalau yang bersalin secara normal. 

Untuk pantang ketika kelahiran anak pertama dan kedua saya ambil jamu, tapi itupun bukannya guna sampai habis pun. Ada yang tak sesuai untuk saya yang bersalin secara caesarian...yelah macam berendam dalam air rempah. Ada jugak pil-pil yang saya rasa was-was nak makan takut-takut memudaratkan luka bekas caesarian dan boleh melambatkan proses penyembuhan. 

Untuk kelahiran anak yang ketiga, saya hentam saja beli set bersalin di farmasi. Tapi saya macam terkontang kanting sebab tak tahu nak refer dekat sapa lepas ambil set bersalin tu. Saya ikut saja arahan di botol-botol. So, padan muka saya kan? Saya juga amalkan pati gamat. Tapi sekarang baru saya tahu rupanya pati gamat boleh menyebabkan tisu-tisu rahim bersambung dengan tisu-tisu organ lain di dalam badan semasa proses penyembuhan. Kesannya, semasa pembedahan anak ke-empat saya, doktor mengambil masa yang agak lama untuk memotong tisu-tisu tersebut sebab banyak sangat tisu-tisu rahim yang berselirat. Risiko nya takut tersalah potong, terpotong organ lain pulak. Ngerikan?  

Semasa kelahiran anak keempat, saya lebih bijak dengan mengambil set hamil dan pantang shaklee. Masa ni saya rasa sangat relief kerana semuanya boleh saya ambil. Takdak rugi kan? Lagipun semuanya selamat, untuk ibu dan bayi...Insyaallah. Set shaklee ni boleh ambil masa hamil dan boleh sambung terus lepas bersalin. Sangat jimat dan mudah. Rasa beza sangat lepas ambil Shaklee, rasa lebih bertenaga dan luka pun cepat sembuh. Alhamdulillah. Lagi satu, kalau ada apa-apa masalah dan persoalan, saya boleh je contact dengan agen shaklee yang jual shaklee kat saya tu. Mintak guide dan sebagainya. 

So, bagi ibu-ibu yang baru nak melahirkan tu, terutamanya yang baru anak pertama, saya amat amat menyarankan mengambil set hamil dan bersalin Shaklee ni. Melalui pengalaman sendiri amatlah mudah, jimat dan berkesan. Lagi-lagi semuanya dari sumber semulajadi. So tak perlu takut jadi apa-apa kat baby kalau yang breasfeed, malah susu badan pun jadi banyak. Tak percaya cubalah!



Sekarang saya pulak yang menjual set hamil dan bersalin ni sebab dah teruja kan? Nak kongsi jugak dengan kawan-kawan dan pembaca semua kebestan shaklee nih. Kalau nak cuba set hamil dan bersalin ni, boleh terus hubungi saya. Setiap pembelian anda akan mendapat eBook Petua Tambah Susu Badan beserta dengan konsultasi secara PERCUMA

Oh ya! Terlupa pulak saya. Anda dah jadi ahli Shaklee belom? Kalau belom, marilah join Shaklee bersama saya untuk mendapat penjimatan sehingga 20% di atas semua pembelian produk Shaklee. Ye betul, tak tipu. Tak perlu ada pembelian minima yang beribu-ribu untuk menjadi ahli Shaklee. Hanya RM75 untuk seumur hidup. Betul, ini serius. 



Hubungi saya sekarang!

✉ SMS : 0166671227
☎ WhatApp : +974 55273585
✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
Email : minahron@gmail.com 

1 comment:

  1. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tanda Bahaya Kehamilan. Pengetahuan yang sangat penting untuk ibu yang sedang hamil.

    ReplyDelete

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...