9 soalan tak perlu tanya kepada caesariaon mom

Sekiranya anda melawat ibu yang baru aje bersalin secara caesarian, antara soalan-soalan yang TIDAK PATUT anda tanya kepada ibu-ibu yang melahirkan secara caesarian ialah :

1. Sakit tak bersalin caesarian?
Setengah orang ingat bersalin secara caesarian tak sakit. Sebab bius kan? Sebenarnya sakit bersalin secara caesarian pun sakit juga selepas pembedahan. Ambil masa untuk sembuh di bahagian potong tu. Pergerakan terbatas. 

2. Dapat fully breastfeed tak baby masa kat hospital?
Lepas pembedahan, ibu amat lemah dan berasa teramat sakit selepas bius pembedahan dah hilang kesannya. Biasanya nurse akan beri ubat tidur supaya ibu dapat rehat. So, ibu memang tidak dapat menjaga baby sepenuhnya semasa di hospital. 

3. Kenapa kena potong perut dik?
Nak jawab soalan ni susah tau. Kadang-kadang tak sure lagi pun sebab apa. Kalau dah tahu pun mcm sedihnya nak jawab sebab beranak bukan macam orang normal lain kan. 

4. Balik dari hospital ni sapa nak urut?
Balik dari hospital tak boleh terus urut. Urut selepas dah betul-betul lega luka pembedahan tu. Biasanya lepas dah abih tempoh pantang. 

5. Boleh tak.nak tengok tempat potong? 
Haa...yang ni tak payah tengok laaa...malu kott

6. Boleh beranak lagi ke lepas ni?
Kalau boleh mesti la nak beranak lagi! Tapi kalau dah doktor tak benarkan takut berisiko, tak dapat la nak beranak lagi. Sedihla kan?  

7. Kena jahit tak kat bawah tu?
Beranak keluar kot tingkap tak payah jahit la kot bawah tu. Jahit kat perut aje lah. Tapi bagi yang melalui kedua-dua semasa proses kelahiran, maybe kena jahit jugak.   

8. Nak tahu tak cerita lawak semalam
Ha, jangan dok buat cerita lawak-lawak ya. Siksa oooo sakit bila gelak. Aduiii...

9. Nak hidu tak bunga ni?
Jangan dok mintak bau itu ini, nnti bersin. Sama macam batuk laa...sakit! 


Sekian,
Ummu Fawzan

Fb Nor Hanim Abu Hassan
✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
☎ WhatApp : +974 55273585 
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...