Pengedar Shaklee Anda Yang Friendly di Pulau Pinang : Kompleks Kailan, Kepala Batas

Sekiranya anda tercari-cari pengedar Shaklee sekitar Pulau Pinang, Kepala Batas khususnya, boleh hubungi rangkaian pengedar Souq Vitamin di Kompleks Kailan,  Kepala Batas, Pulau Pinang iaitu : 

Puan Rohana Abu Hassan. 
Call / SMS / Whatsapp : 019 4777736


Hubungi aje kakak saya ni, Puan Rohana, yang merangkap agent Shaklee saya untuk bertanya tentang stok atau produk apa yang ada. Nak Cash On Delivery (COD) pun boleh. Orangnya sangat friendly tau. Puan Rohana ni pandai menjahit dan ada butik kedai sendiri di Kompleks Kailan tu. Nama butik dia DNA Collection. Sambil-sambil nak membeli produk Shaklee tu, bolehlah tengok-tengok kain-kain baju yang cantik-cantik kat butik dia tu. Memang cantik gilerr kain kain di kedai dia. Memang tak jumpa kat kedai lain. Kalau tak percaya pi terjah tengok. 

Kakak saya memang pandai pilih kain. Pandai design baju untuk kita, pandai jahit curtain dan cadar jugak. Makna kata bab bab menjahit ni memang serah kat dia lahh.. hehehe...tudia, bukan main puji nooo....haiii...kakak sendiri kan? Takkan tak boleh kot. 

pstttt :  Kakcag, kalau kakcag baca entry hanim ni, mesti dalam hati ada taman kan? Belanja char keow tow sepinggan hanim balik nanti. 



So, pembaca sekalian, sekiranya anda berada di Kepala Batas, Pulau Pinang, dan ingin membeli produk Shaklee, hubungi lah kakak saya ni, Puan Rohana. Kalau dia tak dapat dihubungi, maklumlah busykan menjahit baju, boleh aje hubungi saya seperti contact no di bawah. Saya akan pastikan anda mendapat khidmat selepas jualan yang terbaik dari rangkaian pengedar Souq Vitamin. Sekiranya kakak saya tidak memberi servise yg memuaskan, report kat saya tau.. saya tau la apa yang saya nak buat hihihihi..

Ni contact no saya :

Email : minahron@gmail.com
SMS : 0166671227
WhatsApp : +974 55273585

Friend saya di FB Nor Hanim Abu Hassan 
✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 

Yang mana produk Shaklee kalau makan jadi kuat, macam popeye makan spinach?

"Popeye the sailorman...ooottt oottt..."

Saya ingat lagi, arwah adik saya suka sangat kartun ni. Masih terngiang-ngiang kat telinga saya ni macamana dia nyanyi. Tapi, Allah lebih menyayangi adik saya ni. Allah menjemput dia ke syurga pada usia dia 3 tahun, 33 tahun yang dulu.  

Kenapa hari ni saya cerita pasal popeye pulak? Bukan apa, orang-orang zaman sekarang semua nak benda instant, nak sihat instant, nak cepat baik instant, semua benda nak result yang cepat. Hatta, bila cuba Shaklee pun, nak sihat, cantik, kurus, bijak semuanya nak tengok hasil yang cepat. Itu yang saya teringat kartun popeye. Bila dia makan spinach, badan terus keluar muscle ketul-ketul dah boleh tumbuk orang jahat terpelanting jauh-jauh hehehe...



Bila makan supplement, anda semua kena ingat, bukan macam ubat tau. Ubat ada dadah, steroid yang boleh bagi kelegaan yang segera. Lebih kepada merawat. Tetapi, dengan supplement, lebih kepada 'prevention' atau mengelakkan badan kita dari terkena penyakit atau jangkitan yang merbahaya. Bila ambil supplement juga biasanya kita akan nampak kesannya atau perbezaan pada diri kita sekurang-kurangnya 3 bulan lepas pengambilannya. Yelah, vitamin-vitamin ni amik masa jugak nak sesuaikan khasiat-khasiat dia dalam badan kita. Nak repair itu ini mana-mana bahagian badan kita yang dah tak berapa elok tu kan?  Tapi, bergantung jugak kepada badan seseorang. Sekiranya dia sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat, lebihkan minum air, kurangkan minuman bergula dan caffein, kesannya kadang-kadang nampak lebih cepat. 

Ada jugak yang makan supplement untuk banyakkan susu badan, tapi tengok-tengok hasilnya kulit jadi lebih cantik, badan jadi kurus pulak...haaa..best kan? Bonus tu. Itulah, supplement ni hasil dan kesan dia bergantung kepada badan seseorang tu. Orang lain amik, kesan A, yang sorang lagi amik, kesan dia B. Tak sama. So, tak boleh nak banding kesan kita dengan kesan orang lain.  Setiap orang tahap penerimaan supplement berbeza...ikut badan masing-masing. Ada juga yang 'healing crisis' nya pelik pelik. So, kena cepat cepat bagitahu saya, supaya saya boleh follow up dan advise apa yang perlu di buat. Sebab itulah anda perlu beli Shaklee dari pengedar yang berpengalaman dan tahu selok belok supplement nih. Contoh yang terdekat saya lah tu ... hahahaha..jgn marah...tak kisah lah beli dari pengedar mana pun kan. Rezeki semua datang dari Allah, tapi pilihlah pengedar yang perihatin, selalu follow up, yang berpengalaman dan bukan yang jenis lepas tangan tau.

So, kesimpulannya, tiada vitamin shaklee yang bila makan anda boleh jadi kuat macam popeye. Tapi bagus tau makan spinach tu. Sedap buat sup sayur. Anak-anak saya suka sangat hirup-hirup. 

Ingin dapatkan vitamin shaklee untuk tingkatkan tahap kesihatan anda? Hubungi saya sekarang untuk konsultasi PERCUMA!

Nor Hanim : 0166671227

atau

Rohana : 0194777736

Friend saya di FB Nor Hanim Abu Hassan 
✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
☎ WhatApp : +974 55273585 
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com


Wabak Penyakit Berjangkit Yang Serius Tapi Tak Perlu Jumpa Doktor

Selesai sudah semalam program Infinity Get Together Shaklee di Doha. Walaupun ramai yang tak turn out tapi alhamdulillah, yang datang semuanya memberi aura-aura positif dan pencetus semangat yang manis-manis untuk lebih serius dan fokus dengan Shaklee. Walaupun dalam keadaan tak berapa sihat tapi bila dapat kumpul ramai-ramai dengan warga Infinity yang lain rasa lebih sihat pulak!

Pic courtesy from CaptVitamin. TQ!

Oh ya, tajuk entry saya memang tak boleh blah kan? Hihihi..jangan marah naaa...maaf ye. Sebab saya sekarang terkena flu, so saya amik feel entry saya hari ni pasal penyakit. 

Saya dijangkiti wabak Shaklee ni dah hampir setahun. Tapi saya tak pernah pergi merawat di 'klinik' pun jumpa doktor sebab saya suka plak dapat 'penyakit' ni. Antara sebab kenapa saya rasa selesa dengan 'penyakit' ni ialah :

1. Dah dapat rasa bonus 4 angka hasil titik peluh sendiri walaupun bekerja hanya dari rumah. 

Dapat la beli meja untuk anak-anak guna duit sendiri walaupun second hand je. Hihihi

2. Rasa puas bila dapat tolong kawan-kawan dari segi kesihatan. 
3. Rasa seronok bila dapat tolong kawan-kawan yang sama-sama nak menjana income. 
4. Dikelilingi insan-insan yang supportive.
5. Support group yang mantap dan hebat. 
6. Dapat melancong keluar negara. FREE hanya dari Shaklee. 


7. Tahap kesihatan keluarga yang lebih baik, alhamdulillah, dengan izin Allah.

Banyak lagi lah tak terlist kat sini. Tapi memang NO REGRET. Tu tak termasuk ilmu-ilmu IT dan ilmu-ilmu tips dan trick berniaga online yang dapat FREE FREE aje. Bagi saya yang duduk di rumah aje ni kan, tak sia-sia lah. Ilmu dapat, duit pun dapat. Alhamdulillah. 

So, bagi mereka-mereka yang ingin terkena jangkitan penyakit Shaklee nih, jom hubungi saya. Belum cuba belum tahu ye. Sebab best la nih yang saya nak share. Kalau tak best, saya pun tak nak share ngan awak-awak semua. 

Hilang penat get together bila sebelum tidur ada kawan message nak jadi ahli Shaklee. Memang pilihan dan keputusan terbaik kawan! Inilah aura positif yang saya sebutkan tadi. Rezeki datang mencurah-curah bila kita memberi kebaikan kepada orang lain, alhamdulillah. 

Nak tahu lebih lanjut cepat-cepat hubungi saya :

Nor Hanim : 0166671227

atau

Rohana : 0194777736

Friend saya di FB Nor Hanim Abu Hassan 
✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
☎ WhatApp : +974 55273585 
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com

Sijil Halal Shaklee 2014






Fb Nor Hanim Abu Hassan
✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin
☎ WhatApp : +974 55273585
Email : minahron@gmail.com
souqvitamin.blogspot.com

Perbezaan antara Chewable Vita-C Plus dengan Sustained Release Vita-C

Ramai yang masih keliru rupanya perbezaan antara dua-dua jenis vitamin C ini. Ye memang kedua-duanya adalah vitamin C tapi gram dan cara pengambilannya adalah berbeza.


Chewable Vita-C Plus


  1. Chewable Vitamin C Plus ini lebih sesuai untuk kanak-kanak. 
  2. Menyediakan vitamin C sama dengan 1  1/2 buah oren. 
  3. Dengan rasa oren sebenar. Ideal untuk kanak-kanak atau mereka yang sukar menelan pil. 
  4. Kandungannya ialah 100mg.
  5. Ditambah dengan Bioflavonoids bagi meningkatkan fungsi vitamin C dan mencegah pengoksidaan di dalam badan
  6. Saliva (air liur) bantu dalam pemecahan vitamin C, menjadikannya bersedia untuk diserap di usus kecil.
  7. Kajian menunjukkan mengunyah vitamin C dalam kuantiti yang kecil beberapa kali dalam sehari memberi kesan penyarapan yang optimum. 
  8. Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan
  9. Tabletnya lebih kecil dari SR Vitamin C Shaklee jadi mudah untuk makan atau telan.

  1. Vita-C 500mg ni adalah Vitamin C berbentuk tablet.
  2. Setiap tablet mempunyai kepekatan 500mg Vitamin C.
  3. Setiap tablet vitamin c mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg). 
  4. Ditambah dengan Bioflavonoids bagi meningkatkan fungsi vitamin C dan mencegah pengoksidaan di dalam badan.
  5. Ianya diberi nama ‘Sustained Release’ kerana setiap tablet dicipta untuk membebaskan 1.5 Vitamin C buah secara berterusan perlahan-lahan ke dalam badan. Ujian klinikal menunjukkan Vitamin C dalam 2 tablet mampu bertahan selama lebih kurang 5 jam dan mampu kekal dalam plasma darah kita sehingga 24 jam!  Dengan kata lain, 2 tablet Vitamin C boleh melindungi badan kita selama sehari suntuk! Berbanding dengan tablet yang tidak diperbuat daripada teknologi ‘Sustained Release’, Vitamin C akan terus dihadam oleh usus dengan cepat dan sebahagian Vitamin C akan terus dibuang dan dibazirkan sebab usus tak dapat menyerap sepenuhnya Vitamin C tersebut. Rugi kan?
  6. Sesuai untuk individu yang tiada masalah menelan.
  7. Tidak perlu ambil berulang kali. 



Ok, saya teruja nak membeli Vitamin C ni untuk saya dan anak-anak saya. Tapi bagaimana? 

Harga sebotol Chewable Vitamin C ini hanya RM 37.50 mempunyai 90 bijik.
Harga sebotol Sustained Released Vitamin C pulak hanya RM92.50 mempunyai 180 bijik tahan untuk 6 bulan! Untungkan? 

Kalau jadi ahli Shaklee lagi untung sebab anda layak untuk mendapat potonggan sehingga 20% di atas semua pembelian produk Shaklee. Ye betul, tak tipu. Tak perlu ada pembelian minima yang beribu-ribu untuk menjadi ahli Shaklee. Hanya RM75 untuk seumur hidup. Betul, ini serius. 



Untuk order, boleh hubungi saya terus dengan menghantar SMS ke 0166671227 atau anda juga boleh WhatsApp ke no berikut :
  • Nor Hanim +974 55273585 (saya sendiri) atau 
  • Puan Rohana 019 4777736 atau
Puan juga boleh isi borang pesanan di SINI. <<--- (Harga disenaraikan di sini)

Kami sangat mementingkan perkhidmatan selepas jualan. Setiap pembelian produk Shaklee dari kami, kami akan pastikan anda mendapat khasiat yang optimum dengan cara pengambilan supplement yang betul. Anda tak perlu pening-pening lagi mencari dan bertanya dengan agent Shaklee yang lain untuk mengadu masalah anda. Group kami mempunyai pakar-pakar yang sedaya upaya akan cuba menolong masalah anda. 


Jangan tunggu lagi. Hubungi saya sekarang tau!


✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
☎ WhatApp : +974 55273585 
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com

Kembara Doha-UAE-Oman bersama anak-anak : Day 5

Waahhh...lamanya baru saya nak update cerita ni. Saya pun dah tak ingat bila tarikhnya day 5 kembara Doha-UAE-Oman ni. Tapi yang saya ingat hari ke lima ni saya ke Musandam, Oman. Pi ligan dolphin! Dan yang paling best memang rezeki kami dapat tengok 4-5 ekor dolphin ligan bot kami. Perak kalau orang utara kata. 

Bila dah sampai di Musandam ni, tak sah lah kalau anda tak naik cruise untuk main ligan-ligan dengan dolphin sambil melihat pemandangan yang sangat cantik. Subhanallah. Masuk-masuk je ke Oman, pemandangan terus cantik dengan bukit-bukit batu. Siapa sangka! 

Untuk naik cruise di Musandam ni ada beberapa agent yang anda boleh contact. Saya pilih www.dolphinkhasabtours.com sebab kawan saya yang rekomen. Sebab saya malas nak pening-pening kepala cari agent lain, so saya terus contact sales@dolphinkhasabtours.com melalui email dan mintak quotation. Ada  2 package cruise ini iaitu half day dan full day. Saya memilih half day sahaja sebab saya memandu dari Dubai dan tidak berniat bermalam ni Musandam memandangkan kami dah ada hotel di Dubai. Harga hotel-hotel di sini tau tau saja la kan, mahal. So rugi lah bayar lebih. Bagi yang ada bajet lebih bolehlah ambil full day package, bermalam di Musandam dan menikmati suasana di sana yang amat mendamaikan. Sungguh, sangat best!

Di atas cruise

Memandangkan kami tidak bermalam di Musandam dan bercadang untuk balik ke Dubai pada hari yang sama, maka kami memilih half day cruise yang bertolak awal pagi iaitu pukul 9 am dan pulang pada pukul 1 ptg. Dubai ke Musandam lebih kurang 3 jam. So, awal-awal pagi dah bertolak dari Dubai iaitu pukul 6 pagi. Tapi nak di jadikan cerita, ada beberapa stop di imigresen sempadan antara Dubai-Oman yang mengambil masa yang agak lama, maka kami sampai lewat! Cruise dah bertolak tanpa kami. Tapi nasib baik pihak agent itu bertimbang rasa. Sampai sahaja kami di port, dia hantar kami ke cruise dengan speed boat. Alhamdulillah. Sebenarnya, pihak agent ni ada menyediakan transport / service ambil penumpang-penumpang dari Dubai ke Musandam bagi mereka yang tiada kenderaan. Cumanya kena bayar lebih sikit lah. Mana ada yang free kan? Hihihi.

Package yang kami ambil termasuk sekali makan tengahari di atas cruise tu. Yang ni optional. Tak nak makanan sekali pun takpa. Not bad jugak nasik arab dia. Nasib baik sedap! Selesai makan anda boleh snorkeling tau. Tapi kami tak prepare. So, tak snorkeling pun. Sekadar tengok orang lain snorkeling, bagi makan ikan dan ambik-ambik gambar. Next time kena bawak cukup peralatan snorkeling. Baru berbaloi dan lengkap trip ke Musandam. 




Lepas makan, misi mencari dolphin bermula. Lama jugak nak jumpa. Alhamdulillah, akhirnya dapatlah tengok dolphin lompat-lompat ligan-ligan bot kami secara dekat. Pakat menjerit. Tak malu sungguh. Saya ada post video dolphin lompat-lompat ni kat FB saya. Nanti lah saya cari. Kalau ada saya add kan ke blog saya ni. 





Selesai ligan dolphin kami pun pulang ke port. Selesai solat zohor di masjid berdekatan kami bertolak pulang ke Dubai. Sampai di Dubai kami ke Jumeirah Beach amik gambar di Burj Al Arab. Tak sah kot mai Dubai tak amik gambar kat sini kan?




Selesai sudah perkongsian 5 hari saya kembara Doha-UAE-Oman bersama anak-anak di blog ni. Alhamdulillah, Allah berikan kesihatan yang baik dan memudahkan urusan sepanjang perjalanan kami. InsyaAllah kalau ada rezeki dan dipanjangkan umur, kami akan repeat trip ini. 

Anda terlepas cerita saya dari hari pertama hingga hari ke-4? Jangan risau, boleh KLIK di sini untuk mengikutinya. 

Selamat membaca!

Ummu Fawzan


Rahsia bagaimana anak anda buat kerja rumah tanpa perlu disuruh

Nak tahu bagaimana cara mudah supaya anak anda melakukan kerja-kerja rumah tanpa perlu anda menyuruh terjerit terlolong?

Saya pernah membaca satu article di internet menceritakan bagaimana seorang ibu membuat satu sistem di rumah di mana anak-anak akan dikenakan denda sekiranya membuat kesalahan. Denda nya ialah anak-anak di "grounded"kan atau dilarang daripada menggunakan segala gajet, tv, computer sehingga mereka dapat kumpul point secukupnya. Untuk kumpul point tu, anak-anak perlu membuat kerja-kerja rumah. Kerja-kerja rumah seperti sidai baju, lipat baju, cuci toilet, mop lantai dan macam-macam lagilah mengikut kreativiti anda. 

Nampak macam menarik. Maka, saya cuba implement sistem ini di rumah saya. Ini contoh yang saya buat untuk anak-anak saya.






Sebelum anda nak implement sistem ni, duduk dengan anak-anak, bincang jenis-jenis kesalahan, jenis denda, jenis kerja rumah dan jumlah point. Biar semua orang setuju dan sepakat dengan sistem ni baru anak-anak tidak mengeluh dan mengikut sistem ini dengan rela hati.

Dengan sistem ini di rumah,  anak-anak saya lebih berhati-hati takut-takut melanggar rules yang ditetapkan. Kalau tersasar, mereka tahu mereka di "grounded" dan secara automatik terus mencari-cari kerja-kerja rumah yang boleh dilakukan seperti yang di persetujui. Berlumba-lumba pulak tu nak kumpul point. Hihihi... Anak-anak saya sendiri yang keep track jumlah point yang telah terkumpul.

Alhamdulillah, sistem ini sangat membantu kerja-kerja rumah saya dan mengajar anak-anak lebih bertanggungjawab, mematuhi peraturan dan elak dari melakukan kesalahan-kesalahan yang berulang-ulang. Saya pun kurang sikit marah-marah kat anak-anak saya.  Tetapi, cabaran buat saya pula untuk sentiasa konsisten dan comply betul-betul sistem ni. Kalau tak, anak-anak ingat kita main-main dan tidak serius. Jadi, anak-anak pun ikut main-main dan tidak mematuhi peraturan. 

Saya lebih suka kalau sistem ini di kategorikan sebagai "consequences" atau kesan dari perbuatan tidak baik anak-anak, bukannya "penalty" atau hukuman. "Consequences" lebih sedap bunyinya berbanding "hukuman". Kan? Anak-anak pun tidak rasa dirinya dihukum. 
Dan maybe sesetengah orang nampak sistem ini akan menyebabkan anak-anak membuat kerja-kerja rumah dengan terpaksa. Tapi bagi saya, cara ini adalah latihan untuk membiasakan anak-anak saya dengan kerja-kerja rumah. InsyaAllah, lama-lama saya yakin sifat dan sikap menolong kerja-kerja rumah akan tertanam di dalam diri mereka. 

Sebagai pengguna tegar Shaklee, saya juga membiasakan anak-anak saya dengan supplement shaklee. Antara supplement yang saya berikan pada anak-anak saya ialah Mealshake, Omegaguard dan Chewable Vitamin C. Sekiranya anda ingin mencuba untuk memberikan vitamin shaklee ini kepada anak-anak anda, anda boleh membeli secara online dengan KLIK pada LINK di bawah. Selepas membuat pembelian, dalam masa 3-4 hari, vitamin shaklee ini akan sampai di depan pintu rumah atau office anda. Sangat mudah, pantas dan jimat. 

ORDER : SET VITAMIN SHAKLEE UNTUK KANAK-KANAK CERGAS DAN CERDAS

Kami dari SouqVitamin amat mementingkan konsultasi selepas pembelian. Jangan lupa hubungi saya di talian di bawah untuk mengetahui cara pengambilan vitamin yang betul supaya anak anda mendapat khasiat vitamin yang optimum. 

Selamat mencuba!

Ummu Fawzan

✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
✉ SMS : 0166671227
☎ WhatApp : 0198558422 / +974 55273585
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com

Set Hamil Shaklee : Betul ke ibu hamil kena makan untuk 2 orang?

"Hang ni kena makan untuk 2 orang. Makan la banyak sikit. Kesian baby dalam perut!"

Ayat biasa yang selalu kita dengar kalau seseorang ibu itu disahkan mengandung. Persoalannya ialah: 

  • Betulkah makan 2 kali ganda itu cukup untuk memberi keperluan nutrisi yang sepenuhnya kepada ibu serta bayi dalam kandungan?
  • Benarkah makanan yang diambil benar benar berkhasiat dan dengan hanya makan sahaja, semua yang dimakan diserap oleh tubuh dan terjamin kebersihannya?
  • Adakah cara penyediaannya tidak merosakkan zat dan nutrisi dalam makanan tersebut.

Susah nak jawab kan? Sebab tak yakin dengan apa yang kita makan dapat diserap oleh tubuh dan betul betul cukup untuk keperluan ibu dan bayi sebab tu doktor bekalkan dengan pelbagai jenis vitamin. Doktor pun tak yakin yang kita akan dapat semua khasiat dari semua yang kita makan. Itu belum masuk makanan merapu, junkfood, air bergas, dan macam-macam lagi lah. 

Nutrisi apa yang diperlukan oleh ibu yang mengandung?

" Dalam sebuah dunia yang ideal – bebas dari mabuk hamil atau makanan yang tidak disukai – diet seimbang adalah apa yang wanita hamil perlukan. Tetapi dalam dunia nyata, vitamin-mineral tambahanantenatal adalah satu jaminan untuk membantu anda memenuhi keperluan nutrien anda. Tanya kepada doktor anda sama ada anda perlu mengambil vitamin tambahan atau tidak.

Asid folik
 adalah satu tambahan yang penting untuk diambil sebelum anda hamil – dan pada tiga bulan pertama atau lebih semasa kehamilan. Kekurangan vitamin B ini telah dikaitkan dengan kecacatan tiub saraf pada bayi seperti spina bifida. Positive Parenting, program pendidikan pakar yang ditubuhkan oleh Persatuan Pediatrik Malaysia menekankan bahawa asid folik tambahan perlu diambil untuk mencegah kecacatan kelahiran. Anda boleh dapatkan preskripsi daripada doktor anda.

Sesetengah pakar mencadangkan supaya anda mengambil makanan tambahan yang mengandungi 10 mcg Vitamin D setiap hari. Jika anda orang Asia dan anda memakai pakaian tertutup anda mungkin lebih berisiko untuk mengalami kekurangan Vitamin D. Berjumpalah dengan doktor anda untuk nasihat. 


Semasa kehamilan, sesetengah wanita perlu mengambil 
zat besi tambahan. Tahap zat besi akan diperiksa berkala semasa kehamilan anda dan doktor anda akan menasihatkan anda mengenai keperluan anda.

Jika anda adalah seorang vegetarian yang ketat, mempunyai penyakit seperti diabetis, 
diabetis kehamilan,praeklampsia atau anemia atau jika anda mempunyai sejarah berat kelahiran yang rendah, berbincanglah dengan doktor anda mengenai makanan tambahan khas yang anda perlukan.

Ingatlah bahawa jumlah yang lebih banyak tidak selalunya lebih baik: Vitamin A tambahan yang mengandungi retinol, bentuk vitamin A berasaskan haiwan, boleh menjadi toksik kepada bayi dalam kandungan jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Vitamin A jenis karotin berasaskan tumbuhan adalah selamat untuk kehamilan. 
Dos yang tinggi bagi kebanyakan vitamin dan mineral boleh membahayakan bayi anda yang sedang membesar."



  Dipetik dari: babycenter.com.my

Kesimpulan yang dapat dibuat adalah ibu mengandung memerlukan zat serta mineral tambahan untuk membantu perkembangan bayi dalam kandungan supaya membesar dengan sihat. Dan Set Ibu Mengandung Shaklee lengkap dengan semua keperluan yang disarankan di atas.





Set Ibu Mengandung Shaklee ini mengandungi VitaleaB Complex,  Ostematrix  dan Vita C  serta disarankan untuk menambah Omegaguard semasa Trimester 2 dan 3. Fungsi setiap vitamin yang diambil oleh ibu mengandung adalah sangat bermanfaat untuk bayi dan ibu tanpa perlu ditambah dengan asid folik dan obimin dari doktor.

Antara khasiat semua vitamin yang disebut di atas ialah : 


Vitalea - Multivitamin terbaik dengan sumber zat besi. Membantu dlm pembentukan sel darah merah.


B Complex – Mengandungi 8 kumpulan vitamin B utama. Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan darah merah dlm tubuh.

Vita C – Meningkatkan sistem imunisasi si ibu supaya tidak mudah diserang selsema dan demam semasa hamil.

Ostematrix – membantu ibu mengurangkan sakit belakang dan kebas kebas sepanjang kehamilan serta membantu pertumbuhan tulang bayi.

Omegaguard – Minyak ikan utk menggalakkan fungsi otak, sistem saraf & fungsi mata melalui pemakanan

ESP - Protein soya penting untuk bekalan tenaga seharian si ibu, rasa kenyang yang lebih lama.  Sangat sesuai di ambil ketika di bulan puasa untuk elakkan dari gastrik. Bonus - kulit yang lebih cantik. InsyaAllah.

Jadi kepada semua puan-puan kesayangan di luar sana yang sedang mengandung. Pilihlah hanya yang terbaik untuk diri dan bayi anda. Elakkan bahan bahan sintetik atau yang tidak pasti berkesan menyerap masuk dalam tubuh anda dan bayi. Pelihara bayi anda dari dalam kandungan lagi. Shaklee dengan slogannya semulajadi, selamat dan berkesan pastinya selamat untuk anda dan bayi anda dalam kandungan. 

Ok, saya teruja nak membeli Set Hamil Shaklee ni. Nak bagi yang terbaiklah untuk bayi saya. Tapi bagaimana? 

Boleh hubungi saya terus dengan menghantar SMS ke 0166671227 atau anda juga boleh WhatsApp ke no berikut :
  • Nor Hanim 0198558422 / +974 55273585 (saya sendiri) atau 
  • Puan Rohana 019 4777736 atau
Puan juga boleh isi borang pesanan di SINI. <<--- (Harga disenaraikan di sini)

ATAU

Anda boleh membuat pilihan dengan membeli Set Hamil Shaklee ini secara online. Hanya KLIK pada LINK di bawah. Selepas membuat pembelian, dalam masa 3-4 hari barang yang anda order akan sampai di depan pintu rumah / pejabat anda. Sungguh mudah, cepat dan jimat. Happy shopping ya!

ORDER : SET HAMIL SHAKLEE 

Kami sangat mementingkan perkhidmatan selepas jualan. Setiap pembelian produk Shaklee dari kami, kami akan pastikan anda mendapat khasiat yang optimum dengan cara pengambilan supplement yang betul. Anda tak perlu pening-pening lagi mencari dan bertanya dengan agent Shaklee yang lain untuk mengadu masalah anda. Group kami mempunyai pakar-pakar yang sedaya upaya akan cuba menolong masalah anda. 


Jangan tunggu lagi. Hubungi saya sekarang tau!



✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
✉ SMS : 0166671227
☎ WhatApp : 0198558422 / +974 55273585
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com





Oh ya! Terlupa pulak saya. Anda dah jadi ahli Shaklee belom? Kalau belom, marilah join Shaklee bersama saya untuk mendapat penjimatan sehingga 20% di atas semua pembelian produk Shaklee. Ye betul, tak tipu. Tak perlu ada pembelian minima yang beribu-ribu untuk menjadi ahli Shaklee. Hanya RM75 untuk seumur hidup. Betul, ini serius. 



linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...