Tips memilih pembantu rumah

Sebelum saya berhijrah menetap sementara di Doha, saya dulunya bekerja di salah sebuah syarikat minyak terbesar di Malaysia. Di dalam bangunan tertinggi di dunia. Sapa tak bangga dik non oii...kan? Hampir 2 tahun hidup secara 'long distance' dengan suami yg bekerja di Sarawak ketika itu. Setelah usaha suami meminta ditukarkan ke KL/Semenanjung gagal, akhirnya kami  membuat keputusan berhenti bekerja di syarikat minyak dan berhijrah ke Doha dan akhirnya kami sekeluarga dapatlah tinggal sebumbung. Alhamdulillah...

Selama saya bekerja, saya ada mengambil pembantu rumah untuk membantu saya menjaga anak dan menguruskan rumah ketika saya bekerja. Pembantu rumah yang pertama dari Kalimantan, Indonesia. Masa ni saya baru dapat anak yang kedua. Masih bekerja di Sarawak bersama-sama dengan suami saya..6 tahun saya tinggal di Sarawak sebelum berpindah ke KL. Gaji pembantu rumah saya ketika ini sangat murah iaitu RM200 sahaja!. Gila kan? 

Jgn cari pembantu rumah ghupa macam ni pulak ok!

Pembantu rumah saya yang pertama sangat fantastic. Kerja tip top. Saya suka cara dia kerja sebab pantas dan proaktif. Tak perlu di suruh. Tetapi, selepas berkahwin dia di sahkan hamil dan saya terpaksa hantar dia balik kampung dia. 

Pembantu rumah yang kedua, keja ok ok sahaja. Boleh lah. Dan kadang-kadang perlu disuruh baru kerja jalan. Tapi saya bersyukur sebab dia menjaga anak saya dengan baik dan jujur. Alhamdulillah.. Tapi, tak smpai 2 tahun bekerja dengan saya, saya berpindah kerja ke KL pula. Maka saya terpaksa hantar dia pulang indonesia sebab dia tak nak ikut saya bekerja di KL. 

Semasa di KL, saya mengambil pembantu baru. Alhamdulilah, pembantu yg ketiga ni pun baik dengan budak-budak. Pandai jaga baby dan sedikit berumur berbanding dengan pembantu saya yg pertama dan kedua tadi. Kerja boleh la, tapi selalu sakit-sakit badan kalau kerja kuat sikit.

Ok, berdasarkan pengalaman saya bersama tiga orang pembantu rumah tadi, saya nak kongsi sikit tips2 bagaimana kalau anda pula nak ambil pembantu rumah baru : 

1. Biar yang berumur sikit dan dah biasa jaga anak-anak kecil. 

2. Tidak ada komitmen. Takde tanggungjawab dengan suami atau anak di negara asal.

3. Tidak mempunyai berperwatakan menarik. Makna kata, jangan amik yang cantik cun melecun lah. Kalau cantik kang tak boleh bezakan mana isteri mana bibik..hihi..

4. Beragama islam dan mengamalkan agama dengan baik. Menutup aurat dan tidak meninggalkan solat.

5. Tubuh badan yang kecil.. tanda lincah bekerja.

6. Perhatikan air tangan ada rupa macam org kuat bekerja ke tak. Kalau tangan nampak kasar dan tali urat timbul-timbul tu...haa tu secara logik nya tanda kata dia kuat bekerja la kan? Kalau kulit tangan nampak gebus, tulus, mulus tu...nampak sangat macam tak pernah buat kerja kuat kan? 

Itulah sahaja tips yang dapat difikirkan buat setakat ni. Sebenarnya kita bukan nak sangat ada pembantu rumah ni kan? Tapi macam saya perlu sebab suami jauh, keluarga pun jauh di Penang. So, perlukan seseorang untuk menjaga rumah dan anak-anak. 

Lagi satu, pesan saya. Bila dah amik pembantu rumah, seringlah bertolak ansur. Jangan kita saja nak menang. Bukan sapa, sebab dia jaga anak kita, especially yang beranak kecil dan ada baby. Kalau dia tak puas hati ka, geram ka ngan kita...dia buat apa2 kat anak kita..kan naya.... 

Bagi saya, yang penting sekali biar dia pandai jaga dan baik dengan anak-anak kita. Kalau tak pandai buat kerja rumah sikit takpa lah. Kita boleh ajar slow slow.  Haa...satu lagi sebelum bersurai, dah ada pembantu rumah tu jangan la lepas tangan semua pembantu rumah buat. Sampai homework anak pun mintak pembantu rumah tengok...haaa..tu memang kes punggaahhhh...

Sekian bebelan dari Ummu Fawzan

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...