Tips melancong ke luar negara dengan bajet rendah yang akan menyebabkan ada rasa nak melancong lagi

Melancong ke luar negara memang best. Dapat tengok negara orang, luas pemandangan dan menambah pengetahuan. Ramai yang teringin nak melancong tapi takut-takut bajet tak cukup. Sini saya share sikit tips-tips bagaimana anda boleh melancong dengan bajet yang rendah. 

1. Listkan bajet siap-siap. Kalau bajet anda RM150 je, so, destinasi percutian anda mungkin di bendang kampung saya. Amboii...takkan la kedekut sampai macam tu kan. Kena la up sikit harga dia. Major cost datang dari hotel, makan dan transport. Yang ni kena buat research sikit. Selalu kena baca review-review di internet contohnya macam tripdvisor.com dan sebagainya.

2. Rancangkan perjalanan sebaiknyn supaya kita dapat buat persiapan dan persediaan yang cukup. Macam saya, saya akan listkan semuaaa aktiviti dari hari pertama sampai hari nak balik dalam bentuk jadual yang lengkap. Sangat details. Every single hour apa nak kena buat. Makan kat mana, makan apa,  pukul berapa, nak shopping kat mana, etc. Tapi ini plan sahaja. Bukannya takleh ubah langsung kan. Kalau perlu perubahan, kita ubah la dan ganti dengan aktiviti / program lain. 


3. Pilih destinasi sesuai dengan bajet anda. Kalau bajet rendah, mungkin negara-negara jiran seperti Bandung ka, Vietnam ka, Jakarta ka. Kalau ada kawan yang tinggal di sana, haaa...lagi cantik. Boleh save sikit hahaha...


4. Kalau naik kapal terbang, pilih lah yang murah. Malaysia kan ada airline tambang murah. So selalu-selalu lah tengok kat internet kalau ada offer. Kalau nasib baik boleh dapat grab tiket yang murah, memang berbaloi-baloi. 

4. Book hotel online. Macam saya, saya dah biasa dengan booking.com. Booking online jauh lebih murah jika anda walk in. Tetapi, bila booking online, saya nasihatkan anda book yang 'free cancelation' sebab takut terpaksa ubah plan anda, just in case. Tengok juga terms and condition dia. Every fare ada terms and condition yang berbeza. Nak pilih hotel yang mana, boleh tengok review dekat tripadvisor.com. 


5. Jangan pilih tarikh yang jatuh pada musim cuti sekolah ke, cuti umum ka. Tarikh-tarikh ni biasanya semua surchange jadi mahal. Kalau yang takda anak sekolah atau pun yang pergi honeymoon tu, lagi senang. 

6. Kalau anda nak guna travel agent, pilih travel agent yang ada offer cuti-cuti bajet.  

7. Selalu alert dengan Matta Fair. Tiket-tiket yang ditawarkan memang murah dan berbaloi.

Itu sahajalah yang terlintas sekarang. Kalau anda ada tips yang cun lagi, boleh komen kat ruang komen. 

Selamat melancong! 

Oh ya, terlupa pula saya nak ingatkan. Be careful jugak dengan yang murah-murah ni. Tengok jugak terms and condition dia. Kalau yang murah-murah ni biasanya T&C dia pelik-pelik. So kena check betul-betul!. 

Jangan lupa ambil supplement untuk anda sentiasa sihat dan cergas semasa dalam perjalanan. Kalau anda berminat dengan Shaklee, anda boleh ambil Omegaguard, Nutriferon dan Vitamin-C untuk tingkatkan immune badan anda dari penyakit-penyakit merbahaya ketika melancong di luar negara, InsyaAllah. Vitamin-vitamin inilah yang saya ambil sekiranya saya melancong bersama keluarga

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Fb Nor Hanim Abu Hassan 
✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
☎ WhatApp : +974 55273585 
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...