Tips dan pengalaman mengerjakan ibadat umrah bersama anak-anak kami yang masih kecil

Alhamdulillah, bulan February yang lepas kami sekeluarga telah mengerjakan ibadah umrah dengan memandu sendiri dari Doha. Ini merupakan trip yang kedua kami selama hampir 3 tahun kami berada di Qatar ni. Trip ke Mekah sejauh lebih kurang 1500 km Doha - Mekkah mengambil masa hampir 16 jam. Kami singgah di Taif, bermalam satu malam untuk berehat. Kesian la en suami, dia sorang saja yang boleh drive. Di Saudi orang perempuan tak boleh drive, so tak dapat nak tukar-tukar driver. Keesokannya pagi nya kami bersiap sedia berihram dan meneruskan perjalanan ke Miqat Qarn Un Manazil untuk niat ihram. Lepas tu terus ke Mekkah untuk mengerjakan ibadah umrah.

Lepas 3 hari 2 malam di Mekah, kami pergi ke Madinah pulak. Mekah-Madinah lebih kurang dalam 6 jam pulak.

Antara pemandangan sepanjang perjalanan 

Antara tips yang saya ingin konngsikan di sini sekiranya ingin membawa anak-anak kecil bersama melakukan ibadah umrah (anak-anak saya kak long (10 tahun), kak ngah (8 tahun), fawzan (4 tahun) dan falisha(setahun)) :

1. Selalu bercerita pada anak-anak tentang mekah, madinah, ibadat umrah, sebulan / beberapa minggu sebelum berangkat. Kalau yang dah besar tu, ceritakan tentang bagaimana melakukan ibadat umrah dan keistimewaanya. Saya ada buat simple buku dan mudah untuk anak-anak saya untuk diorang baca dan refer sendiri. Saya nak kongsikan buku ni pada anda semua secara PERCUMA. Kalau anda berminat sila isi email anda dalam ruangan di bawah atau anda email pada saya ye minahron@gmail.com. Nnti saya emailkan buku tu.




2. Mintak anak-anak listkan 7 doa untuk diorang baca ketika tawaf dan saei. So, setiap kali tawaf dan saie tak perlu lagi tanya mak ayah nak baca apa, nak buat apa. Biar diorang baca sendiri doa yang diaorang buat dan rasa lebih seronok dan attached to ibadah itself.

3. Dapatkan hotel yang dekat dengan masjidil haram. So dekat sikit nak ulang alik ke masjid sekiranya ada keperluan. Ye la ada anak-anak kecik ni kadang-kadang nak kencing berak, nangis-nangis ngamuk nak tido ke. So, lebih senang balik ke hotel dan berehat bersama si kecil daripada mengganggu jemaah lain yang sedang beribadat di dalam masjid.

4. Jangan terlalu ambitious nak solat setiap waktu di masjid dan berasak-asak nak solat di dalam masjid dekat dengan kaabah setiap masa. Memang pahala lebih berganda, tapi saya yakin Allah Maha Adil dengan hamba-hambanya yang kekangan masa dan bersama anak kecil.  Kalau saya terlewat ke masjid saya hanya solat di luar masjid dan masih lagi dapat berjemaah bersama Imam.


5. Kalau membawa anak-anak solat bersama, silalah bawak snack. Biasala budak-budak kan cepat lapar. Bawak la biskut ke, gula-gula ke, roti ke, supaya dapat alaskan perut anak-anak. Bagi anak kecil yang masih menyusu, sila bawak bekalan susu secukupnya. Advantage bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan. Tak perlu bawak flask, bekal susu bagai. Bawak juga mainan-mainan kecil takut budak2 ni boring lama-lama dalam masjid tu kan. Dan jangan lupa lapik / tilam kecil kot-kot anak tertidur. 


6. Kalau anak merengek, nangis tak mau ditinggalkan ketika solat, saya dukung je si kecik sambil saya solat jemaah. Tapi sebab saya ada kak long dan kak ngah, kami selalunya rotate jaga falisha kalau falisha tak nak duduk diam. Saya layan falisha  dan biar kak long dan kak ngah solat dulu. Kalau solat berjemaah, saya masbuk pada rakaat yang terakhir dan lepas tu kak long dan kak ngah selesai solat, ambil alih tugas jagakan falisha pulak.

7. Selalu berdoa pada Allah agar Allah mudahkan urusan ibadat umrah kita. InsyaAllah, amalan yang baik, Allah pasti permudahkan walaupun kita rasa mula-mula tu macam kurang yakin dan risau takut-takut tak sempurna ibadah kita. Banyakkan berdoa juga supaya Allah terima amalan kita.

8. Semasa tawaf dan saei, saya menggunakan ring sling untuk dukung falisha. Nasib baik falisha tak montel sangat. So, dukung falisha semasa tawaf dan saei tidak lah terasa sangat.  Fawzan pula sekejap jalan, sekejap abah dia dukung. Anda boleh juga nak sewa wheelchair yang ada kat situ untuk tolak anak-anak anda. Ataupun anda rotate jaga anak-anak dengan suami. Si ibu jaga anak-anak kat hotel. Biar si ayah selesaikan umrah dulu sorang-sorang dia. Selesai umrah, si ayah balik hotel jaga anak-anak pulak pastu si ibu pulak ke masjid selesaikan umrah.

gambar dari google

9. Standby ubat-ubatan just in case kalau anak-anak kena demam panas. Kadang-kadang budak-budak ni sensitif dengan perubahan cuaca. Lebih-lebih lagi kalau pi pada musim panas. Kalau saya, saya dosekan siap-siap budak2 ni dengan vitamin-vitamin shaklee (Nutriferon, Omegaguard, dan Vitamin C) yang boleh boost up kan immune sistem / daya tahan sakit. Tapi saya standby jugak paracetamol untuk budak-budak kalau budak-budak ni terkena demam panas. Alhamdulillah, sepanjang trip kami ni anak-anak sihat dan ceria sahaja. Syukur pada Allah.


10. Kalau anda bertawaf dengan anak-anak, sekarang ni anda bole sewa wheelchair dan tolak anak-anak kecil di tingkat tawaf atas. Yang baru buat 2 tingkat tu kan.  InsyaAllah lebih selesa. Tapi kalau waktu siang tu agak panas. Saya dah tawaf di atas dan juga di bawah. Tawaf di bawah kurang panas, lebih cepat habis tapi ramai org. Kalau kat atas, panas sikit, lambat habis tapi tak ramai orang.  Kalau awal pagi, dan malam, kurang sikit panas. So, pilihan di tangan anda. Rancanglah sebaiknya. 

11. Bersabar lah dengan karenah anak-anak. Jangan cepat melenting dan marah-marah. Kalau nak start marah tu istighfar cepat-cepat. Sentiasa berdoa supaya anak-anak bekerjasama dengan anda. 

Oklah..itu sahaja perkongsian 11 tips dan pengajaran yang dapat dikongsi bersama. Harap dapat membantu anda dan keluarga merancang perjalanan umrah anda. InsyaAllah, betulkan niat, berdoa pada Allah agar dipermudahkah segala urusan. Yang penting suami dan isteri mesti bagi kerjasama yang sebaiknya. Jangan pentingkan diri sendiri dan sentiasa re-check, re-pair dan re-do amalan kita untuk yang lebih baik. 

Oh ya, kalau anda berminat dengan vitamin-vitamin shaklee untuk anak anda, sila hubungi saya ye!. Vitamin-vitamin untuk anda juga ada tau. Saya makan ostematrix, alhamdulillah lega sikit sakit-sakit badan dan belakang sebab asik mendukung falisha aje. Dengan izin Allah juga berasbab kan vitamin-vitamin Shaklee nih sedikit sebanyak menbantu urusan saya melakukan ibadah umrah kali ini. Thank you Allah.


Pembelian "Set Musafir Shaklee" melalui eSell

Anda juga boleh membeli sendiri Set Musafir Shaklee yang saya sebutkan di atas secara online. Tak perlu lagi SMS, WhatsApp, PM saya. Sangat jimat, pantas dan mudah. Selesai membuat pembelian, barang yang diorder akan terus di hantar ke pintu rumah atau pejabat anda. Hanya perlu KLIK pada link di bawah. Bila barang dah sampai, hubungi saya segera untuk saya ceritakan cara pengambilan vitamin yang betul supaya anda mendapat kesan yang optimum. 

ORDER : SET MUSAFIR SHAKLEE

Happy Shopping!

✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
✉ SMS : 0166671227
☎ WhatApp : 0198558422
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com

4 comments:

  1. Salam... Nak e-book kak :)
    lutfi_othman@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. lutfi, ebook ni utk budak2 dah besor kot. yg dah boleh membaca :). Hg nak bagi sapa baca? Hanin kecik lagi kot? Neways, nnti kak anim emel je k. Thanks

    ReplyDelete
  3. As salam wbt...
    Bole emelkn sy buku tu...
    nasriyyah@yahoo.com
    In shaa Allah akn g umrah dgn ank2 bln dec ni...
    Tqvm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm wrt Puan. Saya dah emel ye Puan. Harap membantu dan mendapat umrah yang mabrur InsyaAllah

      Delete

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...