Petua Mudah Tambah Susu Badan

Saya sering mendengar rintihan dan kekecewaan di kalangan ibu baru bersalin tentang susu badan yang semakin berkurangan. Sebenarnya ada petua mudah untuk tambahkan susu badan yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu supaya susu badan tidak berkurangan. Malah makin bertambah. 

1. Kerap menyusukan bayi anda. 

Ini berdasarkan prinsip "demand and supply". Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Maka, susu akan bertambah menjadi lebih banyak. Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu.

2. Mengamalkan amalan tradisi orang-orang tua. 

Setengah daripada ibu-ibu kurang yakin dengan petua orang lama. Tetapi, adakalanya petua-petua ini berkesan juga. Petua orang lama selalunya tertumpu kepada pengamalan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja. Malah, kaum Cina dan India turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai menambah susu ialah, ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobak putih, ikan yu dan banyak lagi.

3. Makanan herba


Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian membantu tambahkan susu ibu. Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan di dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba.

4. Minum air yang mencukupi

Selain mengambil makanan yang berkhasiat dalam usaha untuk tambah susu, tak kurang juga pentingnya ibu mengambil air yang mencukupi. Ada pendapat mengatakan ibu perlu minum sehingga lapan gelas air sehari. Namun, paling penting anda harus minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, air kacang soya dan jus oren segar. Jus oren segar berupaya meningkatkan penghasilan susu,

5. Posisi menyusu yang betul

Dapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat, doctor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan

6. Sentiasa berdoa 

Ibu dah boleh start berniat untuk susukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu seawal beberapa minggu kehamilan lagi. Banyakkan berdoa agar Allah memudahkan usaha ibu dalam menyusukan anak. Antara doa yang boleh di amalkan ialah : 

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.

Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku

Sambil membaca doa ini letakkan tangan pada payudara dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu hingga 2 tahun.

7. Pengambilan supplement



Antara produk Shaklee yang boleh di amalkan untuk membantu tambahkan susu ibu ialah ESP Soy Protein dan Alfalfa. Ramai customer yang mengamalkan set ini sangat berpuas hati bila susu badan semakin bertambah dan susu menjadi lebih pekat. Bayi kenyang lebih lama dan tidur lebih lama.  Alhamdulillah. 



Semoga petua-petua ini membantu ibu-ibu di luar sana tambahkan susu badan agar bayi anda mendapat khasiat susu ibu yang secukupnya selama 2 tahun seperti yang di sarankan oleh agama Islam kita. Tidak salah untuk mencuba pengambilan supplement, lebih-lebih lagi Shaklee yang selamat untuk ibu menyusu. Ia bukan hanya untuk tambahkan susu badan, malah ibu akan berasa lebih bertenaga.. insyaAllah.

Harga ESP ialah RM150 dan Alfalfa RM53.75. Murah saja kan? Apa lah sangat pelaburan sebanyak ini jika dibandingkan dengan khasiat susu ibu yang merupakan susu terbaik di dunia. Khasiat yang tidak didapati di mana-mana susu formula pun. 

Tetapi, sekiranya ibu ingin membeli pada harga yang lebih murah, saya sarankan ibu jadi ahli Shaklee dan ibu akan mendapat penjimatan sehingga 20%. Selain dapat membeli pada harga yang lebih murah, ibu juga berpeluang mendapat cash-back sekiranya cukup point. Dan, ibu juga berpeluang berniaga Shaklee seperti saya

Hubungi saya segera untuk pesanan anda! 


Fb Nor Hanim Abu Hassan
✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
☎ WhatApp : +974 55273585 
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com

1 comment:


  1. Info yang menarik mengenai cara untuk menambahkan susu badan. Diet yang sihat juga penting bagi wanita yang menyusukan badan. Di samping itu, bagi mengelak ketidakseimbangan hormon prolaktin yang boleh mengganggu penghasilan susu badan, seseorang wanita juga harus mendapat rehat yang cukup dan tidak terdedah kepada tekanan emosi.

    ReplyDelete

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...