Kenapa risiko osteoporosis lebih dikalangan wanita berbanding lelaki?

Semakin meningkatnya usia, tulang menjadi semakin nipis dan ia bermula sebaik seseorang itu mencecah pertengahan usia. Ini kerana sel tulang sedia ada diserap semula oleh tubuh lebih pantas berbanding penghasilan tulang baru. Akibatnya, tulang hilang kandungan mineral, jisim dan struktur hingga mengakibatkan ia menjadi lebih lemah dan risiko patah tulang juga meningkat. Fenomena ini dipanggil osteoporosis
Osteoporosis merupakan penyakit tulang reput yang berisiko besar mengakibatkan patah tulang. Ini adalah kerana tulang tersebut telah hilang ketumpatannya dan kurang kualiti dari segi kalsium atau yang dikatakan kurang “bone mass density “(BMD). BMD  biasanya paling maksima pada umur 30an dan berkurangan dengan bertambahnya umur terutama selepas putus haid (menopos). Osteoporosis jugak dikatakan penyakit yang kronik serta melemah dan mengakibatkan tulang menjadi poros dan kurang padat, seterusnya mudah patah.
Patah tulang boleh berlaku di mana-mana tulang tetapi kebiasaannya berlaku pada tulang belakang, pinggul dan pergelangan tangan. Patah tulang biasanya memerlukan pembedahan, kemasukan ke hospital dengan kadar lama, serta boleh mengakibatkan kecacatan yang kekal, kesakitan yang teruk, terlantar di katil dengan agak lama dan kemungkinan kematian.
Osteoporosis sering dirujuk sebagai penyakit senyap. Ia adalah masalah sejagat yang semakin meningkat selari dengan peningkatan jumlah penduduk yang semakin berusia di seluruh dunia.
Di Malaysia, sekurang-kurangnya 1 dalam 3 orang rakyat berisiko tinggi mendapat osteoporosis. Juga didapati bahawa sekurang-kurangnya separuh atau 50% daripada wanita berumur 50 tahun ke atas mengalami patah tulang disebabkan osteoporosis. 
Berbanding lelaki, Osteoporosis memang lebih kerap melanda wanita. Oleh sebab itu biasanya kita tengok iklan produk osteoporosis lebih menampilkan kesan terhadap wanita berbanding lelaki.


Kenapa wanita lebih berisiko tinggi?

Pertama -Kepadatan tulang wanita lebih rendah berbanding lelaki.

Diusia kanak-kanak dan remaja, pertumbuhan tulang kita akan berlaku dengan pesat dan mencapai tahap tertinggi pada usia 18 tahun untuk wanita dan 20 tahun pada lelaki. Selepas itu, pertumbuhan akan berlaku secara perlahan, tetapi kadar pertumbuhan di kalangan lelaki sedikit tinggi.

Seterusnya pada usia 30 tahun, pertumbuhan jisim tulang akan berhenti. Sistem tubuh kita memerlukan sokongan dari nutrisi dan gaya hidup untuk mengekalkan atau melambatkan kehilangan jisim tulang.


Kedua- kepadatan tulang tulang turut dipengaruhi oleh hormon Estrogen. 

Kestabilan hormon Estrogen akan membantu pertumbuhan tulang yang baik serta melambatkan kerapuhan tulang. Estrogen ialah hormon yang menggalakkan reproduksi wanita. Oleh itu bagi wanita yang mengalami tanda-tanda hormon tidak seimbang - seperti haid tak teratur, mengalami masalah di bahagian rahim/ovari (PCOS) atau putus haid awal, lebih berisiko untuk mengalami Osteoporosis.

Oleh sebab itu bagi wanita yang mengalami menopous, tulang akan mengalami kehilangan kepadatan dengan sangat cepat.

Faktor-Faktor Lain Penyebab Osteoporosis
  • Penuaan / Menopause
  • Bertubuh kecil dan kurus
  • Sejarah keturunan pengidap osteoporosis
  • Mempunyai penyakit yang meningkatkan risiko osteoporosis seperti ( rheumatoid arthritis, type 1 diabetes, premature menopause, anorexia nervosa)
  • Pengambilan ubat-ubatan dalam jangka masa panjang
  • Minum arak
  • Diet yang kurang dengan makanan dari sumber tenusu, atau yang mengandungi Kalsium & vitamin D
  • Tidak bersenam
  • Merokok

Apa tanda-tanda telah mengalami Osteoporosis?

Kebiasaannya kita tidak sedar telah dilanda Osteoporosis atau kerapuhan tulang sehingga mengalami tanda-tanda berikut:
  • Patah/retak pada tulang belakang, pinggang atau pinggul
  • Perubahan pada tulang belakang - berkurang ketinggian atau membongkok
  • Bahu jatuh ke bawah
  • Perut kelihatan menonjol
  • Kesakitan pada tubuh yang teruk, terutamanya sakit belakang
  • Kesukaran pergerakan
  • Kesukaran untuk tidur 

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan yang boleh dilakukan untuk mengelak dari penyakit osteoporosis :
  • Mengambil kalsium yang cukup mengikut jumlah yang diperlukan harian. 
  • Vitamin D yang mencukupi melalui sinaran matahari. 
  • Diet yang sihat melalui pemakanan harian yang seimbang. 
  • Aktifkan badan / bersenam.
  • Elakkan rokok & alkohol. 

Sumber kalsium dan vitamin D boleh diambil dengan mengamalkan pengambilan Ostematrix dari Shaklee. Ostematrix dari Shaklee boleh melindungi tulang kita. Ianya adalah satu formula lengkap, terbukti secara klinikal dan mudah ditelan. 

Ostematrix adalah supplemen Kalsium yang lengkap dengan Vitamin D, magnesium dan banyak lagi nutrien untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat. Kebaikan Ostematrix ialah:

  • Membina tulang & gigi yang kuat
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Membantu dalam pengecutan otot & pelancaran saraf
  • Membantu mengurangkan masalah senggugut ketika haid seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.

Ostematrix membekalkan:
  • 100% keperluan harian kalsium (1000mg)
  • 100% keperluan Vitamin D (400 IU) untuk merangsang penyerapan kalsium kedalam tubuh
  • 100% keperluan harian Magnesium (400mg) untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya.


Hanya RM61 sebotol untuk pengambilan selama sebulan. Apa la sangat pelaburan ini untuk kesihatan dan tulang yang sihat. Anda boleh jadi ahli Shaklee untuk mendapat harga yang lebih murah.

Hubungi saya sekarang!


Fb Nor Hanim Abu Hassan 
✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
☎ WhatApp : +974 55273585 
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...