Kembara Doha-UAE-Oman bersama anak-anak : Day 4

Hari ke 4 di Dubai, awal-awal pagi lagi kami bergerak ke Gift Village, berdekatan dengan area Naif untuk membeli souvenir. Barang-barang yang dijual di sini agak murah dan berpatutan berbanding dengan tempat-tempat souvenir yang lain di dalam shopping-shopping complex bertaraf 5 bintang. Kalau nak beli souvenir boleh beli di sini macam key chain, fridge magnet, t-shirt, mainan budak dan macam-macam lagi. Sebenarnya banyak lagi kedai-kedai seperti gift village yang ada di area Naif ni. Kalau anda nampak je kedai yang ada nama gift, cth gift shope, gift village (banyak kedai guna nama ni) boleh terjah saja. 

Selesai beli souvenir, kami terus ke Dubai Mall untuk window shopping dan naik ke atas Burj Khalifa, At the Top of Burj Khalifa. Kalau korang nak tahu, kami hampir tersungkur di Dubai Mall sebab berlari ke kaunter Burj Khalifa tu. Hahaha..kami sebenarnya dah lewat. Nyaris-nyaris macam tak sempat nak naik dah..aduii laa..sakit perut gelak sorang-sorang bila dikenangkan balik. Yang lawak, masa berlari tu, kakcag dukung falisha, dan saya tolak stroller kosong...kah kah kah...dah sampai kat tempat beratur, semua semput dan kakcag sakit lutut dan complain dia dah la veteran, soh dia lari sambil dia dukung falisha lagi. Hahaha..saya masa tu panik dan tercari-cari tempat nak check in tu. So dah tak ingat ke falisha dan stroller lagi hahahaha...


 Pemandangan dari atas


 Kakcag dan Fatin pun tidak melepaskan peluang mengambil gambar

Say cheese!

Kami beli tiket ke At The Top of Burj Khalifa secara online. Anda boleh pilih time yang sesuai. Rancang betul perjalanan anda supaya anda dapat sampai tepat pada waktunya. 

Selesai bertinjau di atas Burj Khalifa dalam lebih kurang sejam di atas sana, kami turun dan window shopping di Dubai Mall. Fatin dan Kakcag beli handbag sorang satu. Lepas tu kami tunggu untuk Dubai Fountain pulak. Show dia start pukul 6.00 ptg. Macam dekat Suria KLCC jugak la concept dia. 

Fatin dan Burj Khalifa

Dubai Aquarium dalam Dubai Mall kami tak masuk pun sebab rasa macam Aquaria KLCC saja. Kami dah pernah masuk Aquaria, so tunggu falisha dah besar sikit la, baru masuk lagi, kalau ada rezeki lagi dan umur panjang, Insyaallah. Selesai dinner di Dubai Mall, kami pun balik ke Hotel. Esok nya kami akan ke Musandam, Oman..huhuhu..yang ni la trip yang paling best. Nnti saya cerita dalam entry saya yang berikutnya. 

Fb Nor Hanim Abu Hassan 
✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin
 ☎ WhatApp : +974 55273585 
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...