Kebaikan dan keburukan vitamin kepada kanak-kanak

Perlukah kanak-kanak yang sihat mengambil vitamin?

Kalau anda bertanya kepada saya, saya akan jawab TIDAK PERLU. 

Seeloknya, setiap kanak-kanak harus mendapatkan vitamin mereka dari pemakanan yang sihat dan seimbang yang mengandungi:
  • Susu dan produk tenusu seperti keju dan yogurt (dan sebaik-baiknya yang rendah lemak bagi yang berusia 3 tahun ke atas)
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran hijau yang segar
  • Protein seperti ayam, ikan, daging dan telur
  • Karbohidrat dan serat seperti nasi dan bijirin
Tetapi sekiranya kanak-kanak kurang mendapat vitamin dari pemakanan yang seimbang seperti di atas, kerap memakan makanan rapu, maka kanak-kanak akan kurang nutrisi dan lebih senang di jangkiti penyakit seperti demam, selsema dan batuk. Bila sakit, kanak-kanak tidak lalu makan, terlalu memilih makanan dan ini merisaukan ibu kerana anak menjadi semakin kurus dan seperti tidak bermaya. Ibu mesti dah susah hati kan? Bila terjadi sebegini ibu boleh mempertimbangkan pengambilan vitamin untuk anak-anak ibu. 

Sebagai seorang ibu, mestilah kreatif dalam menyediakan makanan yang seimbang untuk anak-anak. Lebih-lebih lagi anak yang jenis picky eater atau yang memilih makanan. Google saja resepi pasti ada idea-idea masakan yang menarik. Ada sesetengah ibu mengambil jalan mudah dengan hanya memberi vitamin supplement untuk anak-anak dan mengharapkan vitamin ini menggantikan diet seimbang anak anda. Ini adalah SALAH. Tujuan vitamin adalah untuk men 'top up' keperluan nutrisi yang kurang diperoleh dari pemakanan anak-anak bukan sebagai pengganti sumber nutrisi anak anda. Ibu mesti sentiasa usaha menyediakan makanan seimbang dan memujuk anak supaya makan makanan seimbang yang disediakan. 

Vitamin supplement yang sepatutnya diberikan untuk kanak-kanak mestilah bersesuaian dengan keperluan mereka dan mengikut sukatan yang diperlukan. Memberi vitamin yang tidak sesuai dengan anak anda dengan kadar yang lebih boleh membawa keburukan kepada kanak-kanak. Jadi, periksa dulu apa keperluan vitamin anak anda sebelum memilih vitamin yang sesuai. Pastikan sukatan yang diberikan betul supaya tidak memudaratkan anak anda. 

Dengan Shaklee, anda tidak perlu risau memilih vitamin lagi. Bagi memenuhi keperluan anak-anak anda, kami di Souq Vitamin mengesyorkan 2 produk ini sebagai set vitamin anak anda iaitu : 

1. Meal Shakes (sumber protein, multivitamin dan multimineral)

2. Omega Guard (minyak ikan yang memberi sumber DHA untuk perkembangan otak)

Hubungi saya untuk mendapat konsultasi cara pengambilan vitamin yang betul secara PERCUMA dengan pembelian set vitamin kanak-kanak ini dari Souq Vitamin. InsyaAllah, semoga usaha ibu ini diizinkan ALlah, anak ibu menjadi lebih sihat, ceria dan lebih berselera ketika makan. Dah ramai ibu-ibu di luar sana mencuba set ini dan alhamdulillah, memberi feedback yang sangat positif bagaimana anak menjadi lebih sihat dan ceria, biiznillah. 




Hubungi saya seperti di bawah untuk info lebih lanjut. Jadi ahli Shaklee untuk membeli produk-produk shaklee pada harga ahli yang jauh lebih murah!


Fb Nor Hanim Abu Hassan 
✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin
☎ WhatApp : +974 55273585 
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...