Hilangkan Migrain Secara Traditional

Saya sejak student lagi memang selalu dapat migrain. Tapi tak teruk sangat. Bila dah tua sikit, makin menjadi-jadi pulak. Tapi sekarang, alhamdulillah, jarang sangat kena migrain. Apa tips saya? Ok nanti saya ceritakan.... 


Migrain ni adalah sakit kepala yang berlaku berulang, berdenyut-denyut selalunya terjadi sebelah kepala sahaja. Ada juga yang bermula di sebelah kepala sahaja dan kemudiannya melarat kedua-dua belah kepala. 


Kalau migrain yang teruk, biasanya akan rasa pening, muntah, cirit-birit dan tak boleh dengar bunyi yang kuat dan sensitif pada cahaya. Kalau saya, sampai muntah-muntah, lepas tu baru rasa lega sikit.  


Sebenarnya ada beberapa faktor yang menyebabkan kita kena migrain : 
  1. Keturunan - Penyakit turun temurun. 
  2. Pemakanan - Makanan yang ada MSG, cheese, coklat, kacang boleh menyebabkan migrain. 
  3. Diet - menurunkan kandungan gula dalam darah mungkin menyebabkan migrain. 
  4. Tidak makan atau lambat makan mengikut waktu juga boleh menyebabkan terjadinya migrain.
  5. Orang yang kerap meminum minuman yang mengandungi kaffein seperti kopi, teh, nescafe, coca-cola dsb 
  6. Hormon tak stabil - turun naik hormon wanita, estrogen, dikaitkan dengan kejadian migrain. Migrain mungkin tidak disebabkan oleh oestrogen secara terus, tetapi disebabkan oleh paras oestrogen yang tidak menentu naik dan turun.
  7. Haid - Ramai wanita yang mengalami migrain sebelum, semasa dan selepas datang haid.
  8. Pengambilan pil perancang Ada pil perancang yang mengandungi estrogen. Ini boleh menyebabkan migrain.
  9. Menopause - HRT (hormone replacement therapy) yang menggunakan hormon termasuk estrogen menyebabkan mereka yang mengambilnya mengalami migrain.
  10. Waktu tidur - Berlaku pertukaran dalam masa tidur dan jaga. Terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migrain.
  11. Pegambilan ubat tertentu - Ubat yang menyebabkan saluran darah mengembang boleh menyebabkan migrain. Begitu juga dengan beberapa persediaan herba seperti yang mengandungi ginkgo biloba. Penggunaan berlebihan ubat migrain juga boleh menyebabkan migrain.



PENYEBAB LAIN :

- Perubahan cuaca.
- Cuaca terang matahari atau lampu.
- Bunyi bising yang kuat. Bau yang kuat.
- Menonton tv, memandang skrin komputer dengan lama.
- Stress dan tekanan emosi. Sesetengah orang mengalami migrain selepas menghadapi tekanan emosi dan sesetengahnya semasa menghadapi tekanan emosi.
- Jantina. Perempuan lebih kerap (tiga hingga empat kali lebih kerap berbanding lelaki).
- Merokok.

TIPS :

i) Menghadkan pemakanan dan makan secara teratur. Perempuan yang menghadapi migrain sebelum haid perlu mengurangkan pengambilan garam kerana garam boleh menyebabkan fluid retention.

ii) Pengurangan stress seperti senaman yang kerap dan teratur dan mengamalkan teknik-teknik untuk mengurangkan tegangan badan.

iii) Kenakan benda yang panas seperti menggunakan botol air panas ke tempat yang kena.

iv) Kenakan benda yang sejuk seperti beg yang mengandungi ais.

v) Cara hidup yang lebih teratur seperti makan secara teratur dan dapatkan tidur yang cukup.

vi) Baring di tempat yang gelap dan senyap pada permulaan migrain.

viii) Rawatan lain yang mungkin boleh menolong anda ialah refleksologi (urut saraf kaki). Petua orang-orang tua seperti basahkan bahagian bawah (iaitu dari kaki ke badan dan ke kepala) dahulu semasa anda mandi mungkin juga berkesan.

PETUA TRADISIONAL :

Ambil daun misai kucing  dan masukkan ke dalam segelas air yang baru mendidih. Minum waktu pagi dan malam sebelum tidur. Jumlah daun bergantung kepada penyakit. Sakit yang serius memerlukan jumlah daun yang lebih banyak.


Bagaimana pula cara saya hilangkan migrain? Sebenarnya, sejak melahirkan anak yang ke-4 saya mengamalkan vitamin-vitamin Shaklee dan antaranya ialah Ostematrix dan B-Complex. Sejak daripada itulah saya perasan saya dah jarang kena migrain, alhamdulillah. Nampaknya vitamin Shaklee sesuai dengan saya, dengan izin Allah. 

Apa khasiat Ostematrix dan B Complex? 


Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan degupan jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium amat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf, otot, serta buah pinggang kita.  

Magnesium pula mustahak dalam mengekalkan metabolisma kalsium.  Ia membantu mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu sebab migrain berlaku. Kajian menunjukkan Magnesium dapat membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan kekerapannya berlaku.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium tanpa vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh menjadi sisa / batu dalam ginjal atau pundi kencing.

B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitan migrain. Vitamin B yang lengkap dalam B Complex Shaklee ini akan memastikan anda bukan saja kurang risiko diserang migrain, tapi juga penyakit-penyakit lain seperti depresi dan strok.

Kepada semua pesakit migrain sekalian, saya nasihatkan cuba cari punca dan sebab migrain anda terjadi. Kalau dah rasa macam tahu puncanya, cuba ubah gaya hidup anda. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka ubahlah pemakanan. 

Sila mempertimbangkan juga tentang mengambil vitamin/supplemen sebagai satu percubaan untuk mengurangkan migrain, kerana ia pasti lebih baik daripada ubat yang berasaskan dadah secara berterusan. 

Hubungi saya sekarang untuk info lanjut. 


Fb Nor Hanim Abu Hassan 
✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
☎ WhatApp : +974 55273585 
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...