Cara Elak Demam, Batuk dan Selsema Dengan Mudah dan Selamat

Anda kerap kena batuk dan selsema? Dalam entry ini saya akan ceritakan :

1) Dalam situasi bagaimanakah biasanya saya dan keluarga saya selalu terkena batuk dan selsema
2) Langkah mudah dan selamat yang kami amalkan untuk mengelak dari terkena jangkitan sakit-sakit ini. 


PUNCA
Ada banyak punca bagaimana kita selalu terkena batuk selsema ni, tetapi saya ceritakan di sini 4 punca yang common bagi kami sekeluarga :

1) Alergi kepada habuk atau debu.
Anak saya yang sulong alergi kepada habuk, debu dan paling teruk bulu kucing. Tak boleh pegang langsung kucing. Kesian dia. Dia suka sangat dekat kucing. Tapi, disebabkan alahan ni, dia redho aje tak pegang kucing. Anak-anak yang lain alhamdulillah, so far ok, takde masalah dengan alergi. Anda nak tahu kenapa? Pada jangkaan sayalah sebab anak yang sulong saya breastfeed dia hanya sampai 8 bulan sahaja. Yang lain saya berjaya breasfeed dengan lebih lama. Alhamdulillah. Kesedaran untuk menyusu badan anak-anak saya sepenuhnya makin lama, makin meningkat. 

2) Tak cukup tidur
Ini biasa dialami oleh suami saya. Sekarang dia tengah belajar sambil bekerja. Kalau ada paper, selalu stay up tidur lambat. Bangun awal pulak untuk ke tempat kerja. Badan letih dan tak cukup rehat. 

3) Perubahan cuaca
Doha ada 2 musim yang ketara iaitu musim sejuk dan musim panas. Perubahan cuaca dari sejuk ke panas dan sebaliknya secara tidak langsung menjadi penyebab virus-virus penyakit ini cepat merebak. 

Bila kita bercuti ke luar negara maknanya kita lebih terdedah kepada penyakit berjangkit lain yang belum pernah hinggap di badan kita sebelum ini. Bila kita banyak berjalan,  badan kita akan cepat letih, lebih-lebih lagi bila travel dengan anak-anak kecil. 


LANGKAH MUDAH DAN SELAMAT
Jadi bagaimanakan cara yang lebih mudah dan selamat untuk elak dari dikena batuk, selsema dan penyakit berjangkit ini? 

Kekerapan terkena demam selsema dan batuk ini adalah bergantung kepada tahap ketahanan badan kita dalam melawan penyakit. Jadi, antara usaha kami dalam meningkatkan daya tahan penyakit adalah :

1) Seboleh-bolehnya cubalah breastfeed anak anda sepenuhnya sehingga 2 tahun untuk membina dan  menguatkan sistem imunisasi anak anda. Perbezaan yang amat ketara saya nampak di antara Kak Long (Breastfeed 8 bulan sahaja) dan adik beradik yang lain yang saya berjaya susukan dengan lebih lama.

2) Mengamalkan pengambilan vitamin-vitamin semulajadi Shaklee yang selamat dan berkesan seperti di bawah. Vitamin-vitamin ini InsyaAllah dapat menguatkan sistem imunisasi badan, dapat melawan demam yang biasa dan menentang kerosakan akibat radikal bebas. 


Alhamdulillah, kami sekeluarga sangat setia dengan vitamin-vitamin ini kerana :

Mengandungi minyak ikan laut dalam yang terbaik di dunia. Selain bagus meningkatkan sistem imunisasi badan, kandungan DHA dan EPA nya bagus untuk perkembangan otak kanak-kanak dan mengurangkan paras kolestrol dan tekanan darah. 

Campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi. Menguatkan fungsi sistem imunisasi badan dan melindungi dari jangkitan demam, selsema dan lain-lain. 

Membantu dalam menyalurkan vitamin c secara berterusan di dalam badan bagi melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

Selain dari manfaat di atas, ada banyak lagi kebaikan dengan mengamalkan vitamin-vitamin ini. Vitamin C contohnya, anda akan mendapati kulit anda lebih cantik dan berseri sebab Vitamin C juga adalah anti-oksidan semulajadi. OmegaGuard juga bagus untuk sakit-sakit sendi kerana ianya mampu mengurangkan inflamasi dan radang sendi.  Kandungan Omega juga memberi kuasa pelincir kepada sendi-sendi kita.

Inilah diantara sebabnya kami sekeluarga mengamalkan Shaklee dari dulu lagi. Dah jarang terkena demam selsema. Alhamdulillah, dengan izin Allah jua. Kalau terkena pun, sekejap aje dah hilang. Tak perlu lagi mengambil ubat-ubat berbentuk dadah lagi. Kenapa perlu ambil ubat dadah kalau anda boleh ambil vitamin yang semulajadi..bukan? 

Bagaimana nak dapatkannya?

Vitamin-vitamin ini tidak terjual di mana-mana kedai atau farmasi. Segera hubungi saya seperti di bawah dan saya akan berikan jadual pengambilan vitamin yang betul, dos yang sesuai khas untuk anda, terutamanya anak-anak anda supaya anda sekeluarga mendapat khasiat dan manfaat vitamin-vitamin ini secara optimum.


✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
☎ WhatApp : +974 55273585 
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...