Apa nak buat bila anak cerewet makan?

Memang pening kan kalau anak-anak cerewet makan. Yang itu tak nak, yang ini tak nak. Asyik-asyik masak lauk yang sama je. Boring pulak. Ia sangat menguji kesabaran ibu. Google sana, google sini cari resepi. Tempek banyak-banyak kat wall fb kononnya nak try masak, tapi tak buat-buat pun. 

Kadang-kadang dah cuba masak sesuatu yang berlainan, lain dari kebiasaan tapi anak enggan bukak mulut jugak. Rasa penat aje. Tapi menjadi seorang ibu, bukan setakat itu sahaja usaha. Saya yakin ibu-ibu pasti membuat sedikit "research", bertanya kepada yang lebih berpengalaman bagaimana mengembalikan selera anak-anak. 


Ibu-ibu terfikir tak bagaimana anak sekecil usia setahun lebih sudah pandai memilih makanan apa yang hendak di makan? Sebenarnya ia bermula daripada didikan awal di rumah. 
Ibu bapa perlu menetapkan undang-undang makan sejak anak mula belajar makan makanan pejal. Ketegasan diperlukan untuk mendidik anak-anak membesar sebagai anak yang tidak cerewet bab makan.
Berikut adalah tips bagaimana mendidik anak-anak sejak dari kecil supaya tidak cerewat ketika makan :
1. Pentingnya menetapkan masa makan yang konsisten setiap masa.
2. Pastikan semua ahli keluarga makan bersama setiap kali waktu makan.
3. Jika anak enggan makan pada waktu makan, anda perlu tegas memberitahunya selepas ini tidak ada makanan jika dia terasa lapar.
4. Elakkan gangguan televisyen, alat permainan ketika waktu makan. Kadang kala ada ibu bapa yang memang mendidik anak sejak usia bayi makan sambil menonton televisyen atau bermain. Alasannya supaya anak mudah makan. Kesannya apabila besar, mereka tidak mahu makan kerana asyik menonton televisyen.
5. Libatkan anak-anak dalam proses penyediaan makanan bermula daripada membeli bahan, menyediakan dan memasak.
6. Tanya anak soalan seperti “Hari ini nak makan ayam ke ikan?” berbanding “Hari ini nak makan apa?”. Ia lebih memberi kesan teruja kepada anak untuk menjamah makanan yang dimasak nanti.
7. Jika anak enggan makan sayur, ceritakan satu watak kartun yang hebat kerana makan sayur. Misalnya kartun Popeye. Dengan melihat kehebatan kartun tersebut disebabkan makan sayur, anak-anak kecil akan terpengaruh.
Semuanya terletak kepada cara pujukan ibu bapa melatih anak mereka membesar sebagai anak yang tidak cerewet makan. Jika anak tak suka makan sayur, periksa diri adakah anda sendiri makan sayur atau tidak? Ibu bapa adalah cermin kepada anak-anak jadi pastikan kita menjadi cermin yang terbaik buat mereka.
Ibu-ibu juga boleh usaha dengan memberikan makanan tambahan sebagai 'top up' kepada keperluan harian zat-zat dan nutrient anak-anak anda. Dengan Shaklee, ibu-ibu boleh mencuba Mealshake untuk membantu menaikkan kembali selera anak anda. Selain sesuai untuk anak-anak yang memilih makan, Mealshake juga sesuai untuk anak-anak yang : 
  • Sering dijangkiti demam dan selsema dari rakan taska atau di rumah pengasuh
  • Mengalami masalah ekzema
  • Perlu berulang ke hospital setiap bulan untuk nebulizer
  • Terlalu ‘sibuk’ main sampai taknak makan
  • Bermasalah untuk membuang air besar Najis terlalu keras



Gandingkan Mealshake bersama OmegaGuard (Minyak ikan terbaik dunia) sebagai set vitamin untuk anak-anak anda hari ini. 

Hubungi saya sekarang!

Fb Nor Hanim Abu Hassan 
✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
☎ WhatApp : +974 55273585 (Malaysia & Qatar)
Email : minahron@gmail.com souqvitamin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...