Anak ku yang lambat berjalan...cerita dan pengajaran

Falisha, anak saya yang bongsu ni dilahirkan pada 14 August 2012. Alhamdulillah...masa lahir tu saya dan baby sihat. Semuanya berjalan lancar. Disebabkan 3 kelahiran saya sebelum ni adalah melalui c-section, so yang ke-4 ini pun doktor menasihatkan saya untuk c-section jugak disebabkan risiko rahim koyak dan sebagainya. Saya melahirkan falisha ketika kandungan berusia 38 minggu. On ya, mesti anda tertanya-tanya kenapa saya tak dapat bersalin secara normal kan? Nanti saya ceritakan semua pengalaman saya 4 kali czer di entry seterusnya ye! Stay tuned. 

Ok, falisha mula belajar merangkak pada usia 8 bulan. Kalau nak dibandingkan dengan kakak-kakak dan abang dia memang lambat sikit milestone dia. Dari mula meniarap, merangkak dan berjalan. Kakak-kakak dia usia 11 bulan dah boleh berjalan. Fawzan genap setahun dah berjalan. So, bila falisha dah genap setahun belum ada gaya nak berjalan saya mula risau. Bergerak ke mana-mana dia nak merangkak je. Dia boleh berdiri dan berjalan dengan bantuan tapi tak nak berjalan sendiri. Meniti di sofa boleh. Cuma dia tak nak belajar. Bila saya ajar dia tatih, dia merengek dan mintak di dukung. Tapi panjat dan turun naik tangga memang champion!

Dah masuk setahun 3 bulan, Falisha masih tak berjalan sendiri! Doktor kata, takpa tunggu setahun 6 bulan pulak. Hampir hari-hari saya mengadu kat mak dan kakcik saya. Kakcik saya doktor juga. Saya hantar video falisha kat kakcik. Kakcik kata, okla tuu...falisha normal. Kalau budak yang delay development, meniarap dan merangkak dia lambat jugak. Falisha meniarap dan merangkak memang tak delay. Ok, lega sikit. Mak pulak soh bawak falisha berjalan atas rumput yang ada embun. Tapi cakap kat mak, sini takdak embun mak. Pasir banyak la. ;p. Saya ada juga try bawak dia berjalan di atas rumput dekat park tapi letak ja kaki atas rumput...terus dia tunduk dan merangkak dengan pantas sekali...adeeehhh sabor je la.. tak sampai 2 minit, dah merengek mintak dukung pula. 

Bila umur dia setahun setengah, masih tak berjalan sendiri, saya dah mula panik. Saya berjumpa dengan doktor buat check up. Doktor kata takda apa-apa, cuma dia tak mau jalan. Just encourage her to walk. Rasa lega sikit bila doktor cakap macam tu. Tapi being a mother mesti bingung jugak kan? Dok tengok anak orang lain sebaya dia dah pandai lari kot. 



Google dah macam-macam tentang late walker nih. Ada article yang cakap budak yang merangkak lama ni bila besar nanti bijak. Banyak guna motorskill. Mudah-mudahan falisha ni genius lah nnti. InsyaAllah. Pergi umrah doa tak henti-henti kat Allah supaya falisha membesar sihat, nothing serius dan jadi anak yang solehah. Balik umrah saya belikan walker untuk dia, nak bantu dia berjalan. Tapi end up dia tak mau naik pun. Tiap-tiap hari saya cakap kat falisha macam ni ..."falisha, 2 minggu lagi jalan tau!..ingat ni pesan umi. 2 minggu lagi mesti falisha dah berjalan"... ye cakap kat dia macam dia dah besar dan faham. Kuasa Allah, lepas 2 minggu balik dari umrah, falisha dah mula berjalan...ya Allah...riuh satu rumah kelompatan tengok falisha berjalan sendiri. Saya ni air mata berderau-derau dahh...teringat kat mak ngan kakcik. Terus whatsapp kakcik..."kakcik!!! falisha dah mau jalan, Alhamdulilah"

Falisha berjalan genap usia dia 19 bulan. Allah saja yang tahu perasaan saya masa tu. Skang ni dia dah 20 bulan. Dah laju jalannya. Cakap pun dah boleh sikit-sikit. Nak air,nak nyum nyum, babai, helo, no no, pandai dan macam-macam lagi bahasa jerman dia. 

Berdasarkan pengalaman saya ni, ada beberapa point yang nak saya highlight dan kongsikan kat sini sebagai pengajaran:

1. Perkembangan anak berbeza dengan anak-anak yang lain. Jangan compare dan stress.

2. Kalau ragu-ragu dan risau dengan perkembangan anak, cepat-cepat bawak jumpa pakar.

3. Kalau anak tu mula meniarap dan merangkak lambat sikit dari anak-anak yang lain, so, sila expect dia nak mula berjalan pun lambat sikit.

4. Kalau dia lambat berjalan, tapi boleh jalan with support i.e. jalan tolak kereta mainan ke, berjalan sambil meniti sofa ke, so takdak masalah. 

5. Jangan selalu sangat mendukung anak. Secara jujur, memang saya selalu sangat bagi muka kat falisha. Selalu sangat dukung dia. Dalam rumah pun! Nangis sedikit saya ambil dukung. So, falisha dengan cerdiknya telah bermain dengan emosi saya. Maybe dalam hati dia, buat apa  belajar jalan. Buat penat je. Lebih baik aku menangis dan mak aku mesti dukung aku. Yeayy!!

6. Selalu berdoa pada Allah...mintak sungguh-sungguh kat Allah. Mintak supaya dimakbulkan dan itulah yang terbaik buat semua. 

7. Berfikirlah yang positif sahaja. 

8. Bersabar dan bersangka baik dengan Allah. Terima lah ianya satu ujian dari Allah. Tanda Allah sayang tu.



9. Usaha juga dengan memberi supplement-supplement yang sesuai untuk anak anda. Hubungi saya untuk mengetahui vitamin Shaklee apa yang sesuai dan saya akan ceritakan cara pengambilan yang betul.  

Semoga perkongsian ini memberi sedikit kelegaan kepada ibu-ibu diluar sana yang risau bila anak lambat berjalan. Jika anda ingin berkongsi pengalaman anda atau nak saya share lebih lagi kisah anak saya nih, jangan malu-malu nak sembang-sembang ngan saya ye.Boleh whatsapp saya di +974 55273585. Atau email di minahron@gmail.com. Add saya sebagai friend anda di FB saya Nor Hanim Abu Hassan.  


✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
☎ WhatApp : +974 55273585 
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com

2 comments:

  1. Thanks for sharing sis ! 😊

    ReplyDelete
  2. Anak saya 14bulan. Blom boleh berjalan sendiri. Nak kata malas pun ada. Maybe sbb sll didukung

    ReplyDelete

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...