7 rahsia perihal kucing yang ramai tak tahu

Entry saya kali ni agak lain kan? Pasal kucing le pulak. hihihi..ini adalah di atas permintaan anak buah saya yang sangat sayangkan kucing. Mak mertua saya pun sayangkan kucing. Pernah memelihara hampir 10 ekor kucing dalam rumah. Sayangnya dah macam anak sendiri. Diberikan makan cukup waktunya. 

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita kucing yang diberi racun sehingga mati semua kucing tu. Sedihkan? Kucing adalah antara binatang kesayangan Rasullullah, mempunyai sifat yang manja dan penyayang. 



Antara keistimewaan kucing ialah : 

1. Nabi mempunyai kucing yang diberi nama Mueeza.

2. Kucing sangat comel, mempunyai sifat penyayang dan manja. 

3. Kucing bila nak melahirkan,  dia akan mencari tempat yang tersorok untuk beranak. Mengikut pengalaman anak buah ni, kucing dia mesti nakkan tuan dia ada bersama dia masa dia beranak. 

4. Kucing suka cakar carpet dengan tujuan nak asahkan kuku dia bagi tajam. 

5. Kucing akan sentiasa ingat dekat kita kalau kita bagi makan kat dia. Kalau ada kucing liar datang rumah kita, dan kita bagi makan kat dia, mesti dia datang balik. 

6. Dapat mengurangkan stress kerana dapat meluahkan perasaan pada kucing dan bercakap-cakap dengan kucing serta membelai-belainya dengan manja. 

7. Bagi yang mempunyai anak kecil, boleh memelihara kucing dari awal supaya antibodi anak anda terbina lebih awal dan membantu mencegah alergi pada anak anda. 

Demikianlah istimewanya kucing. Kalau cari-cari kat google banyak lagi keistimewaan kucing sebenarnya. Tapi yang saya nak listkan hanya 7 ini sahaja yang saya rasa amat menarik bagi saya. Pesan saya, jangan lah menzalimi dan menganiaya binatang. Mereka pun makhluk Allah juga. Mereka pun ada hak untuk di sayangi. 

Sekian bebelan dari Ummu Fawzan
  

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...