5 petua buat mak ayah gembira walaupun tinggal jauh beribu batu

Baru-baru ni di FB dah viral satu video tentang "World's Toughest Job". Siapa sangka kan, "job" tu ialah menjadi seorang MAK! Habis saja tengok video tu, air mata saya jatuh berderai. Teringat mak kat kampung. Dah lama tak balik nih...Homesick sungguh!

Orang yang dapat dok dekat mak untung sangat kan? Kalau tetiba teringin nak makan masakan mak boleh calling-calling mintak mak masakkan. Bagi saya yang dok jauh nih, boleh jugak calling-calling tapi mintak resepi..tapi....rasanya pasti TAK SAMA macam mak masak. Kenapa jadi macam tu? Sedangkan masak ikut sebiji sebijan macam mak ajaq. Mak kata bawang 2 biji, 2 biji la kita letak...tapi masih rasa tak sama..why?? why?? Itulah keistimewaannya seorang MAK. Air tangan yang memasak kat kita sejak kita lahir lagi.. berpuluh-puluh tahun dah...OK, now  i miss my mom so much....

Nak mak masakkan laksa..uwaaaaa

Bagi yang tinggal jauh dengan mak ayah beribu-ribu batu seperti saya, ada beberapa tips yang saya nak kongsikan kat sini. Tinggal jauh dengan mereka tidak semestinya kita tak sayang mak ayah kan? Ada banyaaaakk cara sebenarnya yang boleh kita buat boleh menggembirakan mak ayah. 

1. Skype dengan mak ayah selalu. Paling kurang pun seminggu sekali. Kalau mak ayah takdak / tak pandai guna smartphone boleh kol line rumah guna skype. Beli credit skype boleh sembang lama-lama sebab rate dia murah sikit. 

2. Kirimkan wang kepada mak ayah. Dengan kemudahan online sekarang ni, boleh transfer aje duit ke acc mak ayah secara online contohnya transfer ke account tabung haji ke. 

3. Belikan sesuatu untuk mak ayah dan berikan secara 'surprise'. Sekarang ni segala benda boleh beli online. Handbag, kasut, baju, kain..macam-macam lah. Order saja online, bayar duit, bagi alamat, nanti penjual terus pos barang kita beli ke mak ayah kita. Anda bayangkan eh, mak ayah tengah tengok tv tiba-tiba ada posmen mai ting tong rumah, pastu bagi parcel kat depa. Pastu mak ayah bukak parcel tengok-tengok ada handbag untuk mak dengan wallet untuk ayah. Haaa...kan seronok mak ayah dapat hadiah secara tiba-tiba macam tu. Kalau nak hadiah yang terbaik, mestila saya suggest beli Shaklee. Mak ayah selalu komplen sakit pinggang la, sakit lutut, sakit tengkuk. Cuba try shaklee tengok. Hubungi saya untuk sembang-sembang dan saya boleh suggest apa yang sesuai untuk mak ayah dan ikut bajet anda. Saya akan order kan online untuk anda dan shaklee akan hantar terus ke rumah mak ayah anda kat kampung. 

4. Dan yang paling terbaekkkk ialah doa untuk mak ayah anda. Jangan lupa sikit pun kat mak ayah dalam doa lepas solat anda. 


5. Sekali sekala bila balik kampung, bawak la mak ayah jalan-jalan dengan keluarga. Mak ayah mesti seronok dapat habiskan masa dengan cucu-cucu semua. Tak payah bawak jalan jauh-jauh pun. Dalam Malaysia pun boleh ja. Tapi bila mak dah request nak pi Paris, macamana? Haaa...kalau nak tahu, kalau anda serius buat Shaklee anda ada peluang bawak mak, ayah pi Paris tau. Tapi, lebih baik bawak pergi umrah dulu kan? 

Oklah, itu sahaja bebelan saya hari ini. Kalau berminat nak join Shaklee, boleh terus hubungi saya. Nak beli supplement untuk mak ayah dengan harga lebih murah, boleh join Shaklee dan boleh jimat sehingga 20%. 

Jangan lah fikir lama-lama..pelaburan yang sangat baik untuk masa depan!

Fb Nor Hanim Abu Hassan 
✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
☎ WhatApp : +974 55273585 
Email : minahron@gmail.com
souqvitamin.blogspot.com

2 comments:

  1. alhamdulillah mak aiza tinggal dengan aiza sekarang ini..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, untung adik aiza. Berbaktilah pada mak ayah selagi mereka masih ada kan?

    ReplyDelete

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...