9 Jenis Makanan Terbaik Untuk Pesakit Kencing Manis

Saya sering ditanya oleh rakan-rakan saya apakah vitamin shaklee yang sesuai untuk merawat Diabetes. Sebenarnya, istilah 'merawat' di dalam konteks pengambilan supplement adalah tidak betul. Pengambilan supplement lebih kepada mencegah / prevention dan membantu memberi nilai tambah kepada badan kita sekiranya kita tidak mengambil makanan berkhasiat dan seimbang yang secukupnya.

Saya ada membuat sedikit research tentang diet yang harus di amalkan oleh penyakit kencing manis ini atau yang biada juga di sebut Diabetes.  Antara makanan-makanan  untuk diabetes yang sering di sebut di laman-laman web sosial ialah :


1. Buah sayur Karela
Sayur ni saya tak pernah jumpa di Malaysia sebelum ni. Tapi kat Doha memang banyak. Rupa macam buah peria yang pahit tu tapi kulit dia lebih hijau pekat dan lebih menggerutu. Saya dah pernah cuba masak sayur ni. Memang rasa pahit macam peria. 

Kelebihan buah karela ini adalah ianya mengandungi insulin tumbuh-tumbuhan asli yang mampu mengurangkan atau memproses kandungan gula dalam badan kita. Jadi buat mereka yang ada masalah insulin yang lemah tak mampu nak proses kandungan gula dalam darah, dengan adanya amalan makan buah karela ini dapat membantu masalah dalam badan dan darah anda.


2. Yogurt

Yogurt adalah susu masam yang baik untuk kesihatan. Selain baik untuk pesakit kencing manis, ia juga baik untuk menurunkan berat badan anda. Kalau boleh belilah yogurt asli yang ada dijual di pasaraya untuk dimakan dengan buah-buahan.





3. Bawang Putih

Bawang putih banyak khasiatnya. Ia juga dikatakan dapat membantu orang yang mempunyai masalah kolestrol tinggi. Menurut kajian, untuk mendapatkan khasiat yang secukupnya anda perlu ambil sekurang-kurangnya 3 atau 4 ulas bawang putih setiap hari. Lebih elok dihancurkan dan dikunyah begitu saja. Mampu ke? Kalau tak mampu, Shaklee ada supplement bawang putih dalam bentuk pill. Tak perlu gigit dan kunyah bawang putih yang berbau tu lagi. Telan dengan mudah macam tu je. 



4. Buah limau

Semua jenis buah limau termasuk dalam kategori ini. Limau mandarin, sunkist, kasturi, lemon, atau apa saja jenis dari buah limau boleh makan. Makan macam tu je. Tak payah buat jus. 





5. Minyak zaitun

Minyak zaitun dapat mengawal kandungan gula dalam badan anda supaya tidak tinggi dan tidak rendah. Harga minyak zaitun memang mahal berbanding dengan minyak masakan lain. Jangan lah guna untuk buat menggoreng dan memasak pulak. Makan minyak zaitun secara mentah. Orang arab suka jadikan minyak zaitun sebagai hidangan makanan mereka. Di hidangkan bersama HUMUS i.e. campuran kacang kuda yang dilenyekkan seperti di dalam gambar, dan dimakan dengan roti. 



6. Buah ceri

Buah ceri adalah makanan yang sesuai untuk pesakit kencing manis jenis 2. Ia mengandungi tahap anti-oksidan yang tinggi dan serat yang membantu anda meningkatkan pengeluaran insulin anda dan mengurangkan kolesterol anda. Buah ceri juga rendah kalori.

7. Cuka

Kajian yang dijalankan di Universiti Negeri Arizona menunjukkan bahawa cuka, bahan aktif asid asetik, mengurangkan tahap glukosa ketika berpuasa dan selepas makan. Ambil 2-3 sudu besar setiap hari cuka epal untuk dos yang berkesan.


8. Roti gandum asli

Kalau nak makan roti, pilih lah roti gandum asli. Mat Saleh panggil whole grain bread. Ada di jual di supermarket-supermarket. Roti gandum lebih menyihatkan dibandingkan dengan roti putih. Selain mempunyai pelbagai zat gizi, roti gandum dapat menurunkan kolesterol dan risiko terkena penyakit jantung, serta baik untuk diabetes.


9. Avacado

Lemak sihat buah-buahan ini dapat membantu meningkatkan sensitiviti insulin anda dan mengawal paras gula dalam darah anda. Walaupun buah Avacado tinggi dalam lemak , tetapi perlu dimakan secara sederhana.


Itulah antara makanan yang seharusnya di amalkan oleh pesakit-pesakit kencing manis di dalam diet seharian. Mungkin nampak mudah, tetapi saya pasti hakikatnya sangat mencabar. Saya tabik spring sekiranya anda dapat makan sayur kerala dan kunyah 3-4 biji bawang putih tiap-tiap hari dalam diet anda. Kalau anda berjaya, tahniah saya ucapkan! Anda memang terbaik. 

Kalau anda rasa was was dengan diet anda, anda boleh mencuba supplement Shaklee sebagai makanan tambahan untuk mengekalkan paras gula sihat dalam darah. Antara rangkaian supplement shaklee yang saya sarankan ialah :

1. Vitalea - Multivitamin dengan 28 vitamin dan mineral penting. Membantu mengekalkan kesihatan yang baik. Membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah

2. Vitamin C Sustained Release - Membantu dalam menyalurkan vitamin c secara berterusan. Mengukuhkan kapilari dan salur darah. Anti-oksidan semulajadi. 

3. ESP - Protein bukan GMO yang lengkap dengan semua Asid Amino perlu. Rendah lemak, bebas laktosa dan kolestrol. Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar. 

4. GLA Complex - Memberi kesan positif kepada diabetic neuropathy

5. Zinc - Membantu penghasilan insulin dan pemulihan luka

6. Alfalfa - Kromium (GTF), membantu menstabilkan gula dalam darah


Banyakkan nak kena telan? Tapi takpe, sekiranya anda membeli dari saya, saya akan memberikan cara pengambilan vitamin-vitamin ini satu persatu dengan jadual yang lengkap khusus untuk anda supaya anda mendapat khasiat yang optimum. Tapi sekiranya anda tak suka telan vitamin yang berbentuk biji, saya ada satu lagi solusi untuk anda iaitu Vivix, anti-penuaan / anti-oksidan pada tahap selular. Campuran elderberry, carrot ungu, muscadine grape dan polygonum cuspidatum yang sedap. Dengan Vivix, langkah pencegahan anda menjadi lebih mudah, ringkas dan cepat bagi mereka yang selalu sibuk sampai tidak sempat untuk makan vitamin yang banyak-banyak, apa tah lagi melihat jadual pengambilan vitamin yang banyak ni.

Antara testimoni pesakit diabetes yang mengamalkan Vivix : 


Hubungi saya sekarang untuk mendapatkan satu set kencing manis shaklee atau pun Vivix untuk anda sendiri atau untuk dihadiahkan untuk mak ayah tersayang anda. Setiap pembelian pasti akan mendapat konsultasi terbaik dari saya. InsyaAllah. 

Jadi ahli Shaklee sekarang untuk mendapat penjimatan sehingga 20% ke atas semua pembelian produk Shaklee. 


✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
 SMS : 016 6671227 
☎ WhatApp : +974 55273585 
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com

ESP Shaklee Untuk Kurus : Cara Makan Yang Betul

ESP adalah protein soya terbaik dari Shaklee. ESP Shaklee memang kegemaran saya. Kalau perut berbunyi-bunyi tu, tak tau nak makan apa, bedal je ESP Shaklee, insyaALlah mesti kenyang terus. Macam pagi tadi, saya breakfast tidaklah heavy sangat. 2 keping pancake saje. Masuk pukul 10-11 pagi, perut dah berbunyi. Al maklumlah, saya masih menyusukan bayi saya. Cepat lepar. So apa lagi, saya bancuh 2 sudu ESP dengan susu segar dan horlicks. Perut terus berhenti berbunyi, terus kenyang. Tak perlu lagi makan junk food, atau makanan bercalori tinggi yang boleh menggemukkan.  Saya berasa kenyang sampai ke lunch. So lunch, saya jamah sikit saje. 

Kalau nak kurus, bila masa yang sesuai nak minum ESP Shaklee?

Untuk kurus, minum ESP beberapa jam sebelum anda makan. Anda akan berasa cepat kenyang dan rasa kenyang yang lebih lama.  Jadi, nafsu untuk makan tu tak la membuak-buak ketika lunch atau dinner. For info, rutin harian saya ialah mengambil anak-anak pulang dari sekolah waktu tengahari. Apa yang saya buat ialah minum ESP sebelum ambil anak-anak dan bila sampai rumah saya hanya lunch sikit saje bersama anak-anak. Saya dah kenyang dan boleh memberikan tumpuan yang lebih melayan anak-anak ketika mereka lunch. 



ESP Shaklee takkan untuk kurus je. Mesti ada kelebihan lain kan? 

Selain bantu dalam diet kurus anda, anda juga akan dapat BONUS lain yang best bila anda ambil ESP Shaklee. Antara BONUS yang anda tak akan dapat pada mana-mana produk  lain itu ialah : 

  • Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam.
  • Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan  kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit.
  • Merangsang regenerasi kulit dan ototmengurangkan kedutan.
  • Memberi ton warna kulit yang sekata.
  • Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus.
  • Sebagai milkbooster, susu ibu menjadi lebih pekat dan mengenyangkan bayi.
  • Amat sesuai untuk wanita hamil. ESP kuatkan rahim dan bantu pembentukan otot bayi. Protein bagus untuk tumbesaran bayi. 





Teruja bukan? Ambil ESP untuk kurus, tetapi banyak pulak BONUS yang dapat. Ianya seperti membeli kereta sorong tetapi di dalamnya penuh dengan buah-buahan seperti durian, rambutan, manggis, magga dan macam-macam buah lagi. 

Berapa harga ESP ni? 

Berapa harga ESP? Satu canister ESP harganya RM150. Kalau anda rasa mahal, anda boleh jadi ahli shaklee untuk mendapat penjimatan sehingga 20% ke atas pembelian semua produk Shaklee. 

Ok, saya berminat nak cuba ESP. Kat mana saya boleh beli? 

Boleh hubungi saya terus dengan menghantar SMS / Call  ke 0164048891 atau anda juga boleh WhatsApp ke no berikut :
Saya sendiri, Nor Hanim +974 55273585 atau 
Puan Rohana 019 4777736

ATAU

Anda boleh order sendiri dengan menggunakan kredit kad atau debit kad dengan KLIK pada link di bawah :

ORDER : ESP, PROTEIN SOYA TERBAIK ANDA.

Kami sangat mementingkan perkhidmatan selepas jualan. Setiap pembelian produk Shaklee dari kami, kami akan pastikan anda mendapat khasiat yang optimum dengan cara pengambilan supplement yang betul. Anda tak perlu pening-pening lagi mencari dan bertanya dengan agent Shaklee yang lain untuk mengadu masalah anda. Group kami mempunyai pakar-pakar yang sedaya upaya akan cuba menolong masalah anda. 


✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
☎ WhatApp : +974 55273585 
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com

10 simpton awal tanda anda perlu jadi WAHM : Bacaan untuk WANITA sahaja


Apa itu WAHM? Working at Home Mother atau singkatannya WAHM merupakan trend yang tidak asing lagi sekarang ini. Working at Home Mother atau bahasa mudahnya ialah ibu yang bekerja dari rumah. Ada beberapa contoh pekerjaan WAHM yang terlintas di kepala saya sekarang ialah :

1) Freelancer
2) Consultant
3) Baby sitter
4) Online business
5) Homemade bakery

Apa yang best WAHM ini ialah anda masih boleh menjana income dengan melakukan kerja dari rumah. Anda mempunyai masa yang flexible untuk menyiapkan kerja di samping menguruskan urusan rumah tangga sepenuhnya. 

Saya tahu ada di antara anda yang masih berfikir-fikir dan tidak yakin dengan WAHM ini. Mari saya tolong anda membuat keputusan ye!


Dari mr google

Sekiranya anda sudah mempunyai 10 simpton yang saya listkan ini, itu tandanya sesuai sangatlah jadi WAHM. 

1. Anda mempunyai anak berumur kurang dari 3 tahun dan anda mahu anak anda itu berada 24 jam di depan mata anda. 

2. Tak suka orang lain jaga anak-anak anda. Not to your standard. 

3. Tak suka kerja makan gaji. Kerja keluar pagi balik malam. Rutin hidup yang bosan

4. Keras kepala dan selalu tidak sebulu dengan bos. Tidak suka di arah begitu begini oleh bos. Apa bos buat semua tak betul.. aku saja yang betul. Kalau boleh aku sendiri nak jadi bos.

5. Tidak suka keluar rumah. Tapi kalau keluar shopping, travel oversea suka pulak. 

6. Tak pandai bercakap. Lebih suka berdiam bila berada di khalayak ramai.

7. Suka layan fb, blog, twitter, instagram dan sebagainya ketika waktu lapang. 

8. Suke shopping online. Pampers anak pun kalau boleh nak shopping online.

9. Hari-hari nak masak lauk sedap-sedap untuk suami dan anak-anak tercinta. Tak suka makan luar.

10. Nak ambil supplement yang semulajadi sahaja, untuk diri sendiri dan keluarga.  

So, macamana? Anda ada semua atau lebih dari 50% dari simpton-simpton ini? Makna kata anda memang patut mencuba untuk menjadi WAHM. Tak perlu resign dulu dari kerja anda sekarang. Boleh cuba sikit-sikit dulu berjinak-jinak tengok ok ke tak. Kalau dah SUKA, MINAT dan JATUH CINTA tu tanda dah boleh dah la tu. 

Ok, nak buat kerja apa dari rumah? 

Cuba cari apa yang anda minat. Kalau anda minat menjahit, boleh lah cuba jahit beg ke, sarung bantal ke, lepas tu cuba jual di internet. Kalau minat memasak, boleh cuba baking ke, buat biskut raya ke, pavlova ke, pastu jual. Yang penting anda minat dan passion dengan apa yang anda buat!

Anda takdak minat? Tak tahu nak jual apa lagi sekarang ni? Tapi hati dah membuak-buak nak kerja dari rumah ni. Nak tak kalau saya ceritakan bagaimana ibu-ibu bekerja yang sibuk sepanjang hari dengan anak-anak dan keluarga tapi masih boleh menjana side income SETIAP BULAN? Saya cadangkan anda jual lah shaklee sebagai training ground untuk anda belajar menjadi WAHM. Market dah ada, support group yang ohsem, produk bagus dan memang terbukti berkesan. Cubalah dan nanti jangan marah saya pulak sebab menyesal tak buat shaklee dari awal lagi. 

Kalau anda nak tahu, biasanya orang lain kena keluarkan ribu riban untuk dapatkan ilmu dan skill dari group iReach kami tapi anda boleh dapatkannya tanpa bayaran se sen pun. 

So, apa tunggu lagi. Hubungi saya sekarang dan dengan bermodalkan hanya RM75 untuk menjadi ahli Shaklee anda sudah layak menjadi WAHM bersama group rahsia kami dan akan dibanjiri tips-tips WAHM yang anda tak pernah dengar sebelum ini. 

✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
☎ WhatApp : +974 55273585 
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com


Cara Elak Demam, Batuk dan Selsema Dengan Mudah dan Selamat

Anda kerap kena batuk dan selsema? Dalam entry ini saya akan ceritakan :

1) Dalam situasi bagaimanakah biasanya saya dan keluarga saya selalu terkena batuk dan selsema
2) Langkah mudah dan selamat yang kami amalkan untuk mengelak dari terkena jangkitan sakit-sakit ini. 


PUNCA
Ada banyak punca bagaimana kita selalu terkena batuk selsema ni, tetapi saya ceritakan di sini 4 punca yang common bagi kami sekeluarga :

1) Alergi kepada habuk atau debu.
Anak saya yang sulong alergi kepada habuk, debu dan paling teruk bulu kucing. Tak boleh pegang langsung kucing. Kesian dia. Dia suka sangat dekat kucing. Tapi, disebabkan alahan ni, dia redho aje tak pegang kucing. Anak-anak yang lain alhamdulillah, so far ok, takde masalah dengan alergi. Anda nak tahu kenapa? Pada jangkaan sayalah sebab anak yang sulong saya breastfeed dia hanya sampai 8 bulan sahaja. Yang lain saya berjaya breasfeed dengan lebih lama. Alhamdulillah. Kesedaran untuk menyusu badan anak-anak saya sepenuhnya makin lama, makin meningkat. 

2) Tak cukup tidur
Ini biasa dialami oleh suami saya. Sekarang dia tengah belajar sambil bekerja. Kalau ada paper, selalu stay up tidur lambat. Bangun awal pulak untuk ke tempat kerja. Badan letih dan tak cukup rehat. 

3) Perubahan cuaca
Doha ada 2 musim yang ketara iaitu musim sejuk dan musim panas. Perubahan cuaca dari sejuk ke panas dan sebaliknya secara tidak langsung menjadi penyebab virus-virus penyakit ini cepat merebak. 

Bila kita bercuti ke luar negara maknanya kita lebih terdedah kepada penyakit berjangkit lain yang belum pernah hinggap di badan kita sebelum ini. Bila kita banyak berjalan,  badan kita akan cepat letih, lebih-lebih lagi bila travel dengan anak-anak kecil. 


LANGKAH MUDAH DAN SELAMAT
Jadi bagaimanakan cara yang lebih mudah dan selamat untuk elak dari dikena batuk, selsema dan penyakit berjangkit ini? 

Kekerapan terkena demam selsema dan batuk ini adalah bergantung kepada tahap ketahanan badan kita dalam melawan penyakit. Jadi, antara usaha kami dalam meningkatkan daya tahan penyakit adalah :

1) Seboleh-bolehnya cubalah breastfeed anak anda sepenuhnya sehingga 2 tahun untuk membina dan  menguatkan sistem imunisasi anak anda. Perbezaan yang amat ketara saya nampak di antara Kak Long (Breastfeed 8 bulan sahaja) dan adik beradik yang lain yang saya berjaya susukan dengan lebih lama.

2) Mengamalkan pengambilan vitamin-vitamin semulajadi Shaklee yang selamat dan berkesan seperti di bawah. Vitamin-vitamin ini InsyaAllah dapat menguatkan sistem imunisasi badan, dapat melawan demam yang biasa dan menentang kerosakan akibat radikal bebas. 


Alhamdulillah, kami sekeluarga sangat setia dengan vitamin-vitamin ini kerana :

Mengandungi minyak ikan laut dalam yang terbaik di dunia. Selain bagus meningkatkan sistem imunisasi badan, kandungan DHA dan EPA nya bagus untuk perkembangan otak kanak-kanak dan mengurangkan paras kolestrol dan tekanan darah. 

Campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi. Menguatkan fungsi sistem imunisasi badan dan melindungi dari jangkitan demam, selsema dan lain-lain. 

Membantu dalam menyalurkan vitamin c secara berterusan di dalam badan bagi melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

Selain dari manfaat di atas, ada banyak lagi kebaikan dengan mengamalkan vitamin-vitamin ini. Vitamin C contohnya, anda akan mendapati kulit anda lebih cantik dan berseri sebab Vitamin C juga adalah anti-oksidan semulajadi. OmegaGuard juga bagus untuk sakit-sakit sendi kerana ianya mampu mengurangkan inflamasi dan radang sendi.  Kandungan Omega juga memberi kuasa pelincir kepada sendi-sendi kita.

Inilah diantara sebabnya kami sekeluarga mengamalkan Shaklee dari dulu lagi. Dah jarang terkena demam selsema. Alhamdulillah, dengan izin Allah jua. Kalau terkena pun, sekejap aje dah hilang. Tak perlu lagi mengambil ubat-ubat berbentuk dadah lagi. Kenapa perlu ambil ubat dadah kalau anda boleh ambil vitamin yang semulajadi..bukan? 

Bagaimana nak dapatkannya?

Vitamin-vitamin ini tidak terjual di mana-mana kedai atau farmasi. Segera hubungi saya seperti di bawah dan saya akan berikan jadual pengambilan vitamin yang betul, dos yang sesuai khas untuk anda, terutamanya anak-anak anda supaya anda sekeluarga mendapat khasiat dan manfaat vitamin-vitamin ini secara optimum.


✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
☎ WhatApp : +974 55273585 
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com

Anak ku yang lambat berjalan...cerita dan pengajaran

Falisha, anak saya yang bongsu ni dilahirkan pada 14 August 2012. Alhamdulillah...masa lahir tu saya dan baby sihat. Semuanya berjalan lancar. Disebabkan 3 kelahiran saya sebelum ni adalah melalui c-section, so yang ke-4 ini pun doktor menasihatkan saya untuk c-section jugak disebabkan risiko rahim koyak dan sebagainya. Saya melahirkan falisha ketika kandungan berusia 38 minggu. On ya, mesti anda tertanya-tanya kenapa saya tak dapat bersalin secara normal kan? Nanti saya ceritakan semua pengalaman saya 4 kali czer di entry seterusnya ye! Stay tuned. 

Ok, falisha mula belajar merangkak pada usia 8 bulan. Kalau nak dibandingkan dengan kakak-kakak dan abang dia memang lambat sikit milestone dia. Dari mula meniarap, merangkak dan berjalan. Kakak-kakak dia usia 11 bulan dah boleh berjalan. Fawzan genap setahun dah berjalan. So, bila falisha dah genap setahun belum ada gaya nak berjalan saya mula risau. Bergerak ke mana-mana dia nak merangkak je. Dia boleh berdiri dan berjalan dengan bantuan tapi tak nak berjalan sendiri. Meniti di sofa boleh. Cuma dia tak nak belajar. Bila saya ajar dia tatih, dia merengek dan mintak di dukung. Tapi panjat dan turun naik tangga memang champion!

Dah masuk setahun 3 bulan, Falisha masih tak berjalan sendiri! Doktor kata, takpa tunggu setahun 6 bulan pulak. Hampir hari-hari saya mengadu kat mak dan kakcik saya. Kakcik saya doktor juga. Saya hantar video falisha kat kakcik. Kakcik kata, okla tuu...falisha normal. Kalau budak yang delay development, meniarap dan merangkak dia lambat jugak. Falisha meniarap dan merangkak memang tak delay. Ok, lega sikit. Mak pulak soh bawak falisha berjalan atas rumput yang ada embun. Tapi cakap kat mak, sini takdak embun mak. Pasir banyak la. ;p. Saya ada juga try bawak dia berjalan di atas rumput dekat park tapi letak ja kaki atas rumput...terus dia tunduk dan merangkak dengan pantas sekali...adeeehhh sabor je la.. tak sampai 2 minit, dah merengek mintak dukung pula. 

Bila umur dia setahun setengah, masih tak berjalan sendiri, saya dah mula panik. Saya berjumpa dengan doktor buat check up. Doktor kata takda apa-apa, cuma dia tak mau jalan. Just encourage her to walk. Rasa lega sikit bila doktor cakap macam tu. Tapi being a mother mesti bingung jugak kan? Dok tengok anak orang lain sebaya dia dah pandai lari kot. 



Google dah macam-macam tentang late walker nih. Ada article yang cakap budak yang merangkak lama ni bila besar nanti bijak. Banyak guna motorskill. Mudah-mudahan falisha ni genius lah nnti. InsyaAllah. Pergi umrah doa tak henti-henti kat Allah supaya falisha membesar sihat, nothing serius dan jadi anak yang solehah. Balik umrah saya belikan walker untuk dia, nak bantu dia berjalan. Tapi end up dia tak mau naik pun. Tiap-tiap hari saya cakap kat falisha macam ni ..."falisha, 2 minggu lagi jalan tau!..ingat ni pesan umi. 2 minggu lagi mesti falisha dah berjalan"... ye cakap kat dia macam dia dah besar dan faham. Kuasa Allah, lepas 2 minggu balik dari umrah, falisha dah mula berjalan...ya Allah...riuh satu rumah kelompatan tengok falisha berjalan sendiri. Saya ni air mata berderau-derau dahh...teringat kat mak ngan kakcik. Terus whatsapp kakcik..."kakcik!!! falisha dah mau jalan, Alhamdulilah"

Falisha berjalan genap usia dia 19 bulan. Allah saja yang tahu perasaan saya masa tu. Skang ni dia dah 20 bulan. Dah laju jalannya. Cakap pun dah boleh sikit-sikit. Nak air,nak nyum nyum, babai, helo, no no, pandai dan macam-macam lagi bahasa jerman dia. 

Berdasarkan pengalaman saya ni, ada beberapa point yang nak saya highlight dan kongsikan kat sini sebagai pengajaran:

1. Perkembangan anak berbeza dengan anak-anak yang lain. Jangan compare dan stress.

2. Kalau ragu-ragu dan risau dengan perkembangan anak, cepat-cepat bawak jumpa pakar.

3. Kalau anak tu mula meniarap dan merangkak lambat sikit dari anak-anak yang lain, so, sila expect dia nak mula berjalan pun lambat sikit.

4. Kalau dia lambat berjalan, tapi boleh jalan with support i.e. jalan tolak kereta mainan ke, berjalan sambil meniti sofa ke, so takdak masalah. 

5. Jangan selalu sangat mendukung anak. Secara jujur, memang saya selalu sangat bagi muka kat falisha. Selalu sangat dukung dia. Dalam rumah pun! Nangis sedikit saya ambil dukung. So, falisha dengan cerdiknya telah bermain dengan emosi saya. Maybe dalam hati dia, buat apa  belajar jalan. Buat penat je. Lebih baik aku menangis dan mak aku mesti dukung aku. Yeayy!!

6. Selalu berdoa pada Allah...mintak sungguh-sungguh kat Allah. Mintak supaya dimakbulkan dan itulah yang terbaik buat semua. 

7. Berfikirlah yang positif sahaja. 

8. Bersabar dan bersangka baik dengan Allah. Terima lah ianya satu ujian dari Allah. Tanda Allah sayang tu.



9. Usaha juga dengan memberi supplement-supplement yang sesuai untuk anak anda. Hubungi saya untuk mengetahui vitamin Shaklee apa yang sesuai dan saya akan ceritakan cara pengambilan yang betul.  

Semoga perkongsian ini memberi sedikit kelegaan kepada ibu-ibu diluar sana yang risau bila anak lambat berjalan. Jika anda ingin berkongsi pengalaman anda atau nak saya share lebih lagi kisah anak saya nih, jangan malu-malu nak sembang-sembang ngan saya ye.Boleh whatsapp saya di +974 55273585. Atau email di minahron@gmail.com. Add saya sebagai friend anda di FB saya Nor Hanim Abu Hassan.  


✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
☎ WhatApp : +974 55273585 
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com

Antara dua darjat:Collagen Powder dan Vivix, Kisah Benar Puan N (Bukan nama sebenar)

Kisah Shaklee Collagen Powder, Vivix dan Puan N (bukan nama sebenar)

Semalam saya pelik kenapa tiba-tiba saya teringat dekat Puan N. Dia pernah order Vivix dari saya dalam sebulan yang lepas. Sebelum tu dia pernah beli Collagen Shaklee. Saya tanya Puan N, macamana Vivix ok ke tidak... jawapan Puan N sangat lah terkejut sebab dia belum makan lagi. Parahh betul la Puan N ni. Beli mahal-mahal di simpannya buat pekasam. Paduhal saya tiba-tiba teringat kat Puan N. Law of attraction gamaknya. 

Setelah di selidik, Puan N pun ceritalah perkara sebenar. Sebenarnya dia nak habiskan Collagen Shaklee dulu. Collagen yang dia beli dulu-dulu masih ada. Hari tu dia dah stop Collagen sebab macam nak cuba Vivix pulak. Sekali bila stop amik Collagen baru dia perasan kerak kat kulit kepala dia naik balik. Padahal, selama dia ambil Collagen kerak kulit kepala dia dah beransur hilang dia tak perasan. So sekarang ni Puan N dah sambung balik makan Collagen, kerak di kulit kepala dia makin hilang, alhamdulillah..dengan izin Alllah jugak. 



Habis collagen ni baru dia nak try vivix pulak katanya. Dia nak buat experiment yang mana lebih berkesan. Yang mana lebih berkesan, yang itu lah dia nak sambung makan lagi. Saya kata kat Puan N, ambillah dua-dua skali la baru terbaik!! 

So, bagi yang mempunyai masalah kulit-kulit berkerak (psoriasis), kulit kering, berminyak, saya amat menyarankan mencuba Shaklee Collagen Powder ni. Sekotak harga RM298. Beli 3 kotak dan anda akan dapat jadi ahli Shaklee secara PERCUMA. Bila dah jadi ahli Shaklee, anda boleh beli produk-produk Shaklee yang lain jugak pada harga yang jauh lebih murah....boleh jimat sehingga 20%. 

Gandingkan Shaklee Collagen Powder, Vivix dan Vitamin C untuk kulit yang lebih sihat, gebu, cantik dan licin. Hubungi saya sekarang untuk order atau untuk menjadi ahli Shaklee. Menjadi tugas saya untuk memberikan konsultasi percuma khas untuk anda!

✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
☎ WhatApp : +974 55273585 
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com

Jadi ahli Shaklee : 'Healing Crisis' versi saya yang unik

Alhamdulillah, selesai sudah coaching dengan anak-anak shaklee saya semalam. Ini baru episod pertama. Akan datang lagi episod - episod seterusnya dalam membantu anak-anak shaklee saya berjaya bersama-sama dengan saya. Memang tugas saya untuk memastikan anak-anak shaklee saya yang ingin serius berniaga, faham konsep marketing Shaklee dan bagaimana tips untuk berniaga.  

Berbalik kepada tajuk entry saya "Jadi Ahli Shaklee : 'Healing Crisis' versi saya". Sebelum itu mari kita tengok apa itu healing crisis atau bahasa melayunya krisis pemulihan? 

Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil supplement. Simpton-simpton ini kelihatan seperti penyakit tetapi sebenarnya tidak. Ianya hanya tidak balas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplement, krisis pemulihan terjadi. 

Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan anda berasa pening-pening, extra lapar, badan terasa letih, sakit-sakit badan dan seperti nak demam. Biasanya hanya akan terjadi beberapa hari bergantung kepada tahap kandugan toksin dalam badan. Toksin-toksin ini berpunca daripada sisi-sisa, bahan berkimia, lemak, stress, diet tak seimbang, kurang tidur, antibiotik dan pengambilan ubat-ubatan. Supplement membantu tingkatkan sistem imun, detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita. 

Dalam masa krisis pemulihan ini, apa yang hanya perlu buat ialah relax, minum air secukup nya, berehat secukupnya dan  lebihkan makan sayur dan buah-buahan. Jangan panik dan cepat putus asa. Bersabar!



Eh apa kaitannya jadi ahli shaklee dengan healing crisis? 

Kalau nak tahu healing crisis yang saya alami bukan sahaja lepas makan supplement, tapi juga selepas jadi ahli Shaklee dan bila bertekad nak serius dengan menjual Shaklee heheheh...apa healing crisis versi saya tu?

1. TAKUT-TAKUT 
Mula-mula tu takut nak promote dan share apa yang saya suka pasal Shaklee. Takut orang tak beli. Takut kawan unfriend ke,  kawan dah tak nak kawan ke. 

2. MALU
Malu kat rakan-rakan fb sebab saya jual Shaklee. Malu kat kawan-kawan yang saya terlibat dengan MLM.

3. PENING
Kepala saya asyik pusing kerana memikirkan macamana nak beranikan diri untuk start promote dan share kebaikan Shaklee di FB dan blog. 

4. BADAN RASA NAK DEMAM
Rasa nak demam bila excited sangat dapat order yang pertama hihihihi

5. SAKIT-SAKIT BADAN
Sakit-sakit badan sebab dok update blog , fb sambil nyusu baby dan sambil dukung baby. 

Haa...itulah 'healing crisis' saya sebelum ini. Banyak sangat 'toksin-toksin' dalam badan dan minda. Sekarang tidak lagi! Dengan bersama-sama group Shaklee saya, saya lebih berani, dah tak malu, lebih berstrategy, lebih bersemangat dan sangatttt happy apa yang saya buat sekarang. Alhamdulillah... Mari bersama-sama group saya. Saya akan bantu hilangkan semua healing crisis ni. Anda pasti merasa sama seperti yang saya rasa. 


Jadilah ahli Shaklee dan anda ada peluang untuk menjana income hanya dari rumah!

Hubungi saya sekarang!

✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin
☎ WhatApp : +974 55273585
Email : minahron@gmail.com 
souqvitamin.blogspot.com

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...