Kembara Doha UAE Oman bersama anak- anak : day 3

Satu dunia sekarang di kejutkan berita kehilangan pesawat MAS MH370  Sabtu yang lalu. Pelbagai pihak sekarang ini bertungkus lumus mencari di mana pesawat ini. Saya berasa amat sedih dan simpati dengan keluarga mangsa. Tiada lah upaya kita melainkan berserah kepada ALlah supaya memudahkan kerja-kerja pencarian dan penyelamat. Semoga keluarga mangsa bersabar dan menerima kejadian ini dengan penuh redha. Keep praying for them ye! Doa doa doa...Allahuakbar. 

Innalillahi wainna ilaihi roji'un. 

Cerita kembara saya ke UAE-Oman terhenti di day 2 tempoh hari memberikan laluan kepada entry- entry saya yang lain yang lebih penting. Maafkan saya membuat anda tertunggu-tunggu (perasan la sikit ramai org baca ).

Hari ketiga di UAE kami ke Abu Dhabi . Bertolak sekitar jam 8 pagi. Dubai-Abu Dhabi lebih kurang 1 jam perjalanan. Lokasi pertama kami ialah Masjid Sheikh Ziyad, masjid terbesar di UAE dan yang ke 8 terbesar di dunia. Masjid ini sangat cantik seni ukiran dan binaannya. Tapi sayang, sebab ruang utama masjid ni dah jadi tempat melawat bukan untuk solat.

Ruang solat lelaki masjid. Dikatakan di buka untuk solat ketika solat jumaat sahaja. 

Lampu yang tersergam indah di dalam masjid


Selesai ziarah masjid, kami terus ke Ferrari World. Ferrari World ni bukak pukul 11.00 pagi. Kami sampai lebih kurang jam 11.30 pagi. Makanan tidak dibenarkan bawa masuk ke dalam park ni. So, di sarankan makan lah siap-siap sebelum masuk terutama yang ada anak-anak kecil supaya perut dah kenyang dan boleh main sampai lebam dengan suka ria. Makanan ada jual tapi biasa la tempat-tempat macam ni makanan mahal. Setakat beli untuk alas perut no problem.

Teruja melihat enjin kereta ferrari

Kami beli tiket Ferrari World ni secara online. So tak perlu beratur panjang di counter. Tapi kami pergi bukan masa musim cuti sekolah. So orang tak ramai sangat.

Fawzan dengan kereta yang akan dibeli nya 20 taun lagi. Ahaks

Once bila dah masuk ke park ni anda dinasihatkan naik semua rides. Rugi tak naik atau miss mana-mana ride sebab semua best sgt!. Bayar mahal-mahal pun kan? So, naik lah semua berulang-ulang kali sampai lebam hehehe.. Untuk optimumkan tiket yang mahal itu, masuklah se awal 11 pagi dan anda pasti akan habis naik semua ride sampai ke malam.

Kami bertolak pulang ke Dubai pada jam 8 mlm dan sampai di hotel lebih kurang jam 10 mlm. Alhamdulillah, budak-budak sangat happy. 

Esoknya kami ke Souq lagi sekali dan ke Dubai Mall. Nnti saya sambung cerita saya lagi ye. Stay tuned. 


No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...