Tips ibu hamil makan di gerai tepi jalan

Menjadi kebiasaan ibu-ibu hamil mengidam untuk makan sesuatu. Ini adalah kerana disebabkan perubahan hormon yang menyebabkan lidah ibu hamil rasa lain macam, payau hingga menyebabkan kurang selera makan. Sebab itulah ibu hamil sering inginkan makanan yang luar dari kebiasaan untuk hilangkan rasa tak sedap tu.
Bagi saya pula, semasa mengandung tidak mengidamkan apa-apa makanan sangat cuma semasa third pregnancy saya suka sangat makan western food.
Ada setengah ibu-ibu hamil pula mengidamkan makanan gerai tepi jalan. Sedap kan? Saya pun  selalu makan di gerai tepi jalan..laksa, bihun sup, roti canai...macam-macam lagi...sedapnya.
Ok, kalau ibu hamil mengidam sangat dan tidak boleh melepaskan makanan gerai di tepi-tepi jalan, ingatlah tip-tip berikut:
1. Cari makanan yang panas, tak mentah seperti kway teow goreng atau mi goreng mamak yang dimasak hanya selepas kita order .
2. Elakkan hidangan yang mempunyai ramuan mentah. Buah dan sayur mentah sering menyebabkan keracunan makanan dan infeksi bawaan air, seperti hepatitis dan tifoid. Jadi, kalau boleh elakkan makan rojak buah atau popia yang dijual di tepi-tepi jalan.
3. Elakkan apa saja yang ada sos atau bahan perasa yang dibiarkan di luar peti ais sepanjang hari.
4. Begitu juga dengan snek yang telah dimasak terdahulu seperti goreng pisang atau wade yang selalunya diletak di kaunter yang terdedah. Kita tidak tahu sudah berapa lama makanan itu ditinggalkan di situ, dan dihinggap lalat. Ia mungkin terdedah kepada asap kereta, jerebu atau asap rokok. Tapi kalau yang masih panas, baru digoreng, saya kira ok la tu.
5. Berhati-hatilah dengan minuman ais (sirap bandung, air tebu atau kacang soya, contohnya) yang dijual penjaja di tepi jalan. Bukan saja ais yang digunakan untuk menyejukkan minuman itu, tetapi mesin mengisar tebu itupun mungkin merupakan sumber infeksi. Sebenarnya, minuman seperti ini boleh saja kalau nak beli di pasar raya atau kedai runcit dalam dalam botol atau tin.
Jadi, berhati-hatilah ibu hami di luar sana. Jaga kesihatan diri dan bayi anda.

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...