Kembara Doha-UAE-Oman Bersama Anak-anak : Day 2

Hari kedua (ahad) di dubai kami habiskan seharian di souq naif. Selesai sarapan dalam bilik (maggie, cream of mushroom sup instant, roti), kami terus bergerak ke souq naif. Oh ya, hotel asfar yang kami duduk ni adalah di sekitar Diera. Agak dekat dengan souq naif. Lebih kurang 10 minit memandu dari hotel.


Di souq naif, kami membeli beberapa helai abaya dan kemudian ke equitte market (tak sure betul ke tak ejaannya) yang bersebelahan dengan souq naif untuk membeli kain. Saya tak beli ye. Kakcag la yang membelinya. Sebab dia tauke butik yang terletak di kompleks kailan, kepala batas. Beli borong untuk berniaga. Kain-kain memang murah berbanding dengan harga borong di jalan tar. Oh ya. Di dubai ukuran kainnya di jual dengan menggunakan ela atau yard. Kita dah terbiasa dengan meter kan? So kalau nak beli 4 meter kain di dubai, kena sebut 4  1/2 yard. Kalau tidak, silap potong dah takleh sambung dah.




Abaya di dubai pun jauh lebih murah dari abaya doha. So, kalau datang dubai, wajib lah beli abaya.

Selesai memborong kain, petang tu kami bergegas ke Atlantis untuk mengambil gambar. Selesai ambil gambar kami terus ke Mall of Emirates untuk sesi bermain snow di snowpark, skidubai. 

Atlantis

Oh ya. Jalan sekitar naif market agak sibuk dan jam. So sila tambah lebih kurang 15 minit ke setengah jam untuk keluar dari naif market ni. 

Setiba di mall of emirates, terus menuju ke snowpark. Kami dah beli tiket online, so tak perlu beratur lagi. Terus ke kaunter online tiket untuk pick up tiket. Sila bawa topi dan glove sendiri kalau dah ada untuk masuk ke sini sebab topi dan glove tidak disediakan/ tidak termasuk dalam harga. Atau anda boleh juga beli kat kedai kat sini.



Lepas dinner dan window shopping di mall of emirates, kami berangkat pulang kat hotel.. harus mendapat rehat secukupnya sebab keesokannya kami akan bergerak ke abu dhabi untuk ferrari world!... tunggu entry saya seterusnya...hari ke-3 di UAE.


No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...