Kembara Doha-UAE-Oman Bersama Anak-anak : Day 1

Trip 6 hari 5 malam keluarga saya dari Doha ke UAE dan Oman 2 minggu yang lalu adalah bersama dengan kakak saya, Kakcag dan Fatin (anak kakcag). Kakcag dan Fatin sampai di Doha terlebih dahulu selama 3 hari. Sempat saya bawak ronda-ronda sekitar Doha...Souq Wakif, Singing Dune, Corniche dan melawat Kak Hizan, junior sekolah kakcag yang juga tinggal di Doha. sekian lama setelah berpuluh-puluh tahun tak jumpa. akhirnya jumpa jugak di doha...sapa sangka kan?

Kami sekeluarga bergerak ke UAE dengan menaiki kereta pada hari Sabtu jam 3.00 pagi, manakala kakcag dan fatin menaiki kapal terbang flydubai ke Dubai pada jam 12.00 tghari. Kakcag dan fatin tidak menyertai kami kerana perjalanan melalui darat perlu melalui saudi yang mana transit visa perlu disediakan terlebih dahulu. Persediaan transit visa untuk visitor adalah mungkin leceh dan rumit. Maka kami tidak mengambil risiko itu. 

Semasa di border. Tak ingatlah border mana.

Perjalanan darat ke UAE mengambil masa lebih kurang 10jam , melalui 4 borders (out doha - in saudi -out saudi  - in UAE ). Alhamdulillah, anak-anak semuanya under control di dalam kereta sepanjang perjalanan. Sebelum memulakan perjalanan saya pastikan :

1) Bekalan makanan yang cukup supaya anak-anak tidak lapar. 
2) Siapkan anak-anak sebelum tidur lagi. Pukul 3.00 pagi terus je angkat masuk ke dalam kereta. 
3) Fawzan dipakaikan pampers standby takut terkencing di dalam kereta. Kalau tak tahan kencing boleh kencing dalam pampers. Hihihi..
4) Entertainment - barney (kesukaan falisha), tablet fully charged. 
5) Bantal, selimut
6) Satu beg berisi baju, pampers, ubat2, wet tissue etc. 


Nota : Memandu 10 jam dari Doha ke UAE kiri kanannya hanyalah padang pasir. Ke toilet semasa berhenti di border sahaja.  Bukan seperti memandu dari Perlis ke Johor melalui highway yang ada RnR yang boleh kita singgah untuk berehat makan, minum, ke toilet dan sebagainya. 




Kami sampai di terminal 1 dubai airport pada pukul 1 tenghari. By the time kami sampai, kakcag dan fatin pun sampai. Memang timing yang cun. 

Lepas pick up kakcag dan fatin kami terus check in ke hotel. hotel yang kami pilih ialah Asfar Hotel Apartment (seperti yang direkomenkan oleh kawan saya hasliana). Alhamdulillah hotel ini cukup selesa bagi kami sebab lengkap dengan dapur, mesin basuh baju, free parking... cuma wifi tak free. Chargeable  at aed 150 per week. Harga sebilik hotel ini adalah mampu milik!. Tak mahal sangat. Boleh check kat booking.com. 


Usai berehat sebentar dan solat maghrib di hotel, kami bergerak ke Global village. Best jugak tempatnya. Ada pelbagai jualan dan pertunjukan dari pelbagai negara-negara timur tengah yang lain seperti Saudi, Iran, Oman, Yaman, Jordan, Turki dan macam-macam lagi. Vetnam, India, China dan Malaysia pun ada tau!



Kat Global Village ni saya dan kakcag beli karpet turki yang sgt murah, cantik dan tidak begitu tebal (senang dan ringan nak carry). Rugi tau tak beli banyak2...hahaha..





Tip ke Global Village ni saya sarankan datang pada waktu malam sebab waktu malam nya sgt happening dengan pertunjukan-pertunjukan traditional dari setiap negara. Sangat menarik!

Salah satu pertunjukan di Global Village

Insyaallah... bersambung lagi ye.. apa aktiviti kami pada hari kedua....


Fb Nor Hanim Abu Hassan 
✉ PM ke : www.facebook.com/messages/SouqVitamin 
☎ WhatApp : +974 55273585 
Email : minahron@gmail.com souqvitamin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...